Sunday, 26 November 2023

Wuduk dan ilmu (106)

Wuduk diambil adalah untuk dijaga, bukan untuk dibatalkan. Memperbaharui wuduk tidak bermakna kerana wuduk sebelumnya telah terbatal. Air yang mengalir ketika berwuduk, dosa-dosa kita juga mengalir keluar bersamanya.

Ilmu dipelajari adalah untuk difahami, dihadam, diamalkan dan diajarkan, bukan sekadar dijadikan hujah yang hanya berlepas di tenggorokan.

Mencintai ilmu itu indah. Tatkala ilmu dirindui, kalam dan kitab kembali dibuka, kita sentiasa ingin mempelajarinya semula. Dan, yang didapati setelah itu adalah kita mula menjumpai penyelesaian masalah hidup, dan ketenangan.

"Kita akan bersama dengan apa yang kita cinta."

27.11.2023 
[13 Jamadilawwal 1445H]

Monday, 6 November 2023

Menua, atau bertambah umur? (105)

Sabda Nabi s.a.w.: "Tidak bertambah umur seseorang muslim melainkan bertambah kebaikannya"

Adakah selama ini umurku bertambah, berkurang, atau sama?
Atau aku hanya menua?

Apa kebaikan yg telah kulakukan?
Mendewasakah aku?
Atau aku masih tahap budak hingusan.
Tiada apa kebaikan yg kulakukan.
Aku hanya menua... Tidak?

Nafikannya. Dengan..
Biar bertambah kedut di muka, tetapi rohmu segar mendewasa.
Jangan bertambah kedut di muka, tetapi yang engkau ada tiadalah apa.

Di syurga nanti, tiada orang tua.

Kepada siapa engkau mahu tunjukkan kedewasaanmu?

07.11.2023
[23 Rabiulakhir 1445H]
Kurang 5 bulan lagi menuju Ramadan yg dirindukan.

Saturday, 4 November 2023

Doa Qunut Nazilah dan P@le$tin (104)

Pesan ustaz di dalam kelas akidah pada hari ini:

"Yang penting adalah wisdom (hikmah) bukannya emosi.
- Kalau kita sayang dengan P@le$tin, kita mulakan dengan kesatuan hati kita (sesama umat Islam) dahulu.
- Ibrah kisah Nabi Musa a.s. dalam kisah hujan yg tidak lama turun disebabkan ada seorang daripada umatnya pada waktu itu telah melakukan dosa yang berpanjangan:
- Adakah doa orang P@le$tin serta umat Islam yang lain itu, Allah sedang menunggu taubat kita?"
04.11.2023
[20 Rabiulakhir 1445H]

Wednesday, 1 November 2023

Motivasi dan harapan (103)

Sepatutnya, lebih lazim kita dengan doa, lebih kuat motivasi kita.
Pada setiap doa itu, bersamanya harapan.
Apabila berdoa tiada istilah "harapan telah dikecewakan" sepertimana sifat makhluk (manusia) apabila dipasang harapan padanya.
 
Kita meminta pada level hamba, dan Tuhan tidak memberikannya pada level Tuhan.
Level kita, kita berharap dalam keadaan kita 'tidak mengetahui' apa yg terbaik. Tetapi, Level Tuhan, Dia tidak memberikan yg diminta kerana Dia 'Maha Mengetahui' apa yang lebih baik, terbaik.
 
Kadang kita doa agar Allah berikan keselamatan, tetapi, tiba-tiba kita tergelincir ketika terpijak lantai yang basah. Kita terjatuh itu bukan sebab Allah tidak 'melayan' doa kita. Tapi, ada sesuatu yang lebih baik di hadapan kita. Barangkali, kita sudah lama melupakan-Nya. Lalu, kita terjatuh kita sebut, "aduh. Ya Allah sakitnya!" maka, zikrullah di situ. Barangkali kita diselamatkan daripada bahaya yang lebih besar (bahaya apakah yang paling besar?).
 
Apabila kita lazim dengan berdoa, kita lebih yakin menghadapi yang sedang, yang telah dan yang akan jadi. Sama ada yang diminta itu dapat atau tidak dapat pada masa yang diingini, kita tetap yakin, ini semua ketentuan dan perhatian Allah pada sesuatu yang terbaik untuk hamba-Nya yang tidak ingin putus berhubung dengan-Nya.
 
Tiada gunanya berdoa dalam masa yang sama meragui kemakbulan.
 
Perelok kualiti (adab) doamu!
 
02.11.2023
[18 Rabiulakhir 1445H]

Palitkan kembali! (102)

Mengandaikan.. atau membayangkan apa jua bentuk senjata yg akan melumpuhkan atau memalit kembali kepada si pelontar peluru, bom dan sebagainya.

Ianya tidak mustahil.

Allah mengikut sangkaan hamba-Nya✊🏽
Tingkatkan keyakinan dan istiqamahmu!

01.11.2023
[18 Rabiulakhir 1445H]

Monday, 30 October 2023

Bangunan dan tumbuh-tumbuhan (101)

Apabila melihat bangunan-bangunan begini, seringkali terfikir, sedangkan bangunan yang kelihatan begitu kompleks ini kita boleh meyakini ada orang yang membinanya.

Kemudian apabila meninjau pula di tingkap sabelah kanan, saya melihat keratan pokok yang tumbang, merekah, besar. Di sekelilingnya ada pokok-pokok yang terus tumbuh menghijaukan bumi.
Tumbuh-tumbuhan ini (kebanyakan di bumi) telah banyak dikaji komponen yang ada padanya. Paling kurang pun, umum mengetahui adanya akar, pucuk, batang yang terkait antara satu dengan yang lain.
Namun, kita sukar untuk terus memikirkan penciptaan pokok yang kompleks itu adanya Tuhan yang menciptanya dengan keilmuan yang tidak berjilid.
Kata ustaz di dalam kelas aqidah, "Membuktikan adanya Tuhan itu lebih mudah daripada membuktikan ketiadaan Tuhan"
Ada satu golongan yang terus menerus menafikan keberadaan Pencipta yang Maha Agong dengan mengatakan alam ini wujud dengan sendirinya. Subhanallah, Maha Suci Allah daripada sifat-sifat yang menyamai makhluk yang bersifat baharu, dan yang ada permulaan dan penghujung.
Segala ciptaan Tuhan yang penuh kepelbagaian tetapi begitu sistematik. Sedarkah kita bahawa aturan Tuhan itu tersangat dekat? Malah kita berada di dalamnya.
31.10.2023
[16 Rabiulakhir 1445H]

Thursday, 26 October 2023

Kecaman yang telah tercatat (100)

Seorang hamba Allah yang membuat kesilapan, bila-bila masa jika Allah mahukan kebaikan untuknya, Allah membuka hatinya untuk berasa insaf dan bertaubat, serta mengambil pengajaran daripada kesilapannya. Pintu keampunan terbuka untuk menerimanya.

Tapi, tatkala kita yang telah mengecam orang yang membuat kesilapan dengan kata-kata nista dalam khalayak umum, sejauh mana usaha kita boleh meminta maaf kepada orang itu? Sejauh mana kita nak tundukkan kembali nafsu amarah kita? Bersihkah kita dari dosa?
Kedua-duanya telah tercatat, dan akan dibawa ke Hari Perhitungan.
Kawal nafsu ammarahmu! Asah imanmu.
27.10.2023
[12 Rabiulakhir 1445H]

Kemanisan memaksa diri (099)

Tips nak rasa terikat hati dengan ilmu adalah kita sendiri yang berusaha mencari ilmu, bukan orang lain yang suruh.

Kerana tidak dapat dinafikan bahawa, kita tidak suka dipaksa-paksa kan?
Jadi, sebelum orang memaksa, better kita terima ilmu yang kita sendiri bersusah payah mencarinya. Kerana kita sendiri akan rasa nikmatnya. Memaksa diri itu lebih manis rasanya berbanding dipaksa.
Kita mendekati-Nya dengan berjalan, Dia dekati kita dengan berlari.
Catatan,
MimRa
26.10.2023
[12 Rabiulakhir 1445H]

Monday, 23 October 2023

Sumpah syaitan (098)

Pernah tak kita terfikir, kenapa sebelum baca Al-Quran, kita dianjurkan untuk berta'awuz iaitu memohon perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang direjam?

Sedar, atau tidak sedar, nak memulakan amalan soleh pun tidak terlepas daripada kejahatan syaitan.
Mula-mula, 'aku buat baik ni kerana Allah, nak collect pahala'. Masa on the way tu, dan-dan ada orang lalu atau duduk kat sebelah. 'Eh, agak-agaknya dia nampak ke, eloklah kalau dia nampak, dia tau kebaikan aku' Hmm, jahatnya bisikan syaitan. Free-free je, amalan kita tu terbang seperti debu. Then, ada juga, 'alamak, ada orang pula, nanti dia ingat aku riak pulak' Haaa, dah satu hal. Terus tak buat.
Subhanallah, enaknya kamu (syaitan)! Habis semua hal dia nak sapu.
"... maka aku akan selalu menghalang mereka daripada jalan-Mu yang lurus. Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka daripada depan, belakang, kanan, dan kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur." (Surah Al-A'raf, 7: ayat 16 & 17)
Bayangkanlah, amal soleh pun dia akan spoil, apatah lagi, perkara yang terang-terang mungkar. Maka, senang kerja dia untuk bawa kita memenuhi neraka Jahannam. Na'uzubillah.
Cabaran sekarang adalah normalisasi. Saya teringat cuplikan ceramah ustaz di Surau Al-Munir, Hulu Langat. Ramai antara kita mudah berkata, "tak apalah, sesiapa yang beriman walaupun sebesar zarah tetap akhirnya akan masuk syurga" sedangkan kita sedar tak, berapa lama kita diazab di neraka terlebih dahulu? Orang miskin akan masuk syurga dulu, kemudian setengah hari kemudian baru orang kaya masuk. Setengah hari di akhirat = 500 tahun di dunia. Nak sebut tentang azab neraka? Tak sanggup, tuan-tuan dan puan-puan. Di neraka, kita dibakar tapi tidak mati. Kulit hancur, tumbuh baru, kemudian hancur lagi, again and again.
Jadi, insyaAllah, sama-samalah kita membenteng diri kita daripada ajakan syaitanirrajim. Kita dan syaitan, bukan satu team. Syaitan hina kita sebab kita dicipta daripada tanah. Malah bersumpah untuk sesatkan kita.
"Tunjukilah kami jalan yang lurus. (iaitu) Jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat; bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat" - minima 17 kali sehari kita baca dalam solat.
Wallahua'lam.
Catatan,
MimRa
23.10.2023
[09 Rabiulakhir 1445H]

Friday, 20 October 2023

Engaged with (097)

Kita selalu engaged dgn sekeliling kita. Dengan family kita, kawan-kawan kita, pekerjaan kita. Engage dengan permasalahan, engage dgn game, social media, makanan, dan macam-macam hal.

Tapi, kita ada masa tak untuk engage dgn diri kita sendiri? If ada, berapa lama kita ambil? Masa bila? Dan berapa kali?
Kita lihat tangan kita, kita lihat kaki kita, mata ada dua, hidung yg masih boleh breath in and out.. seperti melihat cermin.
If kita engage dgn orang lain, kadang kita lihat mata dia. Pada tatapan mata, kadang seolah kita cuba membaca sesuatu yg connect dgn hati orang itu. Kita cuba nak faham.
Masa kita lihat cermin, sedalam mana kita merenung mata kita, sehingga connect pada hati kita sendiri? Dan.. kita cuba nak faham.
Kita engage dgn diri kita. Aku fikir tentang aku.. and what is it?
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Catatan,
MimRa
[06 Rabiulakhir 1445H]

Wednesday, 11 October 2023

Pemilikan yang tidak putus (096)

Semakin kita lebih duit, semakin kita susah nak mengeluarkan.

Kalau kita ada RM10, kita tak kisah nak keluarkan RM1.
Kalau kita ada RM100, kita boleh lagi nak keluarkan RM10.
Bila ada RM1,000, kita mula berfikir-fikir sama ada keputusan utk mengeluarkan RM100 utk orang lain itu tepat atau tidak.
Apatah lagi lebih daripada itu.
"Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yg tidak putus-putus" (Surah At-Tin, ayat 6)
Tanpa disedari, kita merasakan 'duit' (rezeki) yg diberikan kpd kita itu adalah milik kita. "Kenapa apa perlu beri apa yg aku sendiri telah usahakan?"
Bukankah rezeki itu takkan jadi milik kita andai Allah s.w.t. tidak mengizinkan?
Sungguh, Nabi s.a.w. sangat mengasihi orang yg fakir dan miskin. Bukankah kita umat Baginda s.a.w.? Sebagaimana yg disukai Baginda s.a.w. maka perlu kita ikuti. Demi, peroleh reda & cinta Allah s.w.t..
Sedarilah jua, setiap amal ibadah yg kita lakukan; solat, berdoa, bersedekah dan lain-lain, ia tidak terhenti di situ. Malah amalan itulah yg menjadi punca pahala yg tidak putus.
Catatan,
MimRa
[25 Rabiulawwal 1445H]

Monday, 11 September 2023

Tips Meluah Kedukaan (095)

1. Channels: orang (termasuk med sos), diri sendiri dan kpd Allah s.w.t..

2. Orang (precautions):
- usah berlebih-lebihan dalam meluah. Try to minimize.
- orang tidak akan faham. Kefahaman org ada peratusnya (terhad). Walaupun dgn partner, bestie, parents, guru, apatah lagi netizen (orang umum).
- Orang boleh salah faham.
- Orang boleh judgemental.
- Jangan sampai kita banyak membuka aib diri sendiri. Mengundang padah. Kerana manusia lain juga dibisikkan dgn syaitan sepertimana kita. Syaitan itu sikapnya suka memecahbelahkan manusia.
- Kadang kita tak ready dgr nasihat dpd org, membuatkan jiwa memberontak bila teguran atau nasihat itu kadang suruh diri sendiri perbaiki. Merasakan orang yg mendengar itu tidak menyebelahi apa yg kita telah lakukan. Kita tak ready nak dengar kenyataan dpd orang yg menyalahkan diri kita balik. At last, lepas meluah, menambah stres.
- Tips dptkan solusi dgn orang: musyawarah (berbincang dgn matlamat cari solusi), dan meminta nasihat straight to the point (berlapang dada)
- hikmah perciptaan telinga ada dua, dan mulut ada satu.
- Ambil kesempatan apabila bersama dgn orang, kita dapatkan motivasi daripadanya melalui nasihat dan mendengar pengalamannya.
- Apabila kita banyak mendengar, kita akan terima ilmu atau info baru, mengetahui apa yg tak diketahui sebelumnya (added value). Apabila kita banyak bercakap, kita hanya bercakap benda yg kita tahu (less/no added value).
3. Diri sendiri (to avoid toxic within self):
- dgn cara: bermonolog di hadapan cermin, bermonolog dlm hati, dan menulis diari
- precautions: elakkan diri dengan soalan "kenapa aku mcm ni?" yg berterusan.
- Fikirkan solusi
- Kembalikan keyakinan bahawa "aku dah pernah hadap masalah lain sebelum ni dan aku berjaya melaluinya. And this time, sure i can do it too"
- Syarat:
- Pujuk dan nasihati diri pada penghujung luahan.
- Letakkan harapan (mohon bantuan, berdoa) kepada Allah atas masalah yg dihadapi
4. Allah s.w.t..
- bercakap dgn Allah, berdoa penuh rendah diri dan pengharapan
- saat paling dekat dgn Allah: ketika bersujud
- sedarilah Allah yg mendatangkan kedukaan dan kepada Allah ia kembali
- Allah Maha Baik. Dan Allah lebih mencintai hamba-Nya yang menunaikan hak-Nya. Apabila Allah mencintai hamba-Nya, Dia akan kurniakan rahmat-Nya tanpa disangka-sangka.
- Perbaiki diri dlm perhambaan diri kepada-Nya: Jaga solat (khusyuk, solat dgn cara yg betul, solat awal waktu). Jaga akhlak. Jaga agama Allah.
- apabila muncul resah gelisah, first thing adalah muhasabah kualiti solat kita
- Tunaikan hak bahawa Allah adalah Tuhan, dan segala yg lain adalah makhluknya. Jangan meletakkan kedudukan makhluk seperti Tuhan (berpada dlm berharap kpd makhluk). Dan Tuhanlah yg Maha Berkuasa atas setiap makhluk (termasuklah keadaan yg dihadapi).
- Berbeza dgn makhluk, Allah faham da Maha Mengetahui setiap keadaan hamba-Nya kerana Dialah yg mencipta segala sesuatu termasuklah keadaan yg kita hadapi.
- Allah Maha Memberi Petunjuk: Allah akan tunjuk jalan terbaik utk kita keluar dpd sesuatu kesempitan, especially hamba itu 'meminta' diberi petunjuk
- slowly but surely: apabila Allah tangguh solusi (kerana Dia berkehendak) dan kita tidak berputus asa dari rahmat-Nya, Allah akan gandakan pahala dalam kita bersabar menghadapinya
- Pahala menghadapi ujian/musibah
- Pahala teguh dalam kesabaran
- Kesabaran mendewasakan kita, untuk kita harungi hal mendatang
5. Doa Mengubati Perasaan Duka atau Stres:
"Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba-Mu (lelaki) dan anak hamba-Mu (perempuan). Ubun-ubunku dalam genggaman-Mu, hukuman-Mu berlalu kepadaku, qadak-Mu kepadaku adalah adil, aku mohon kepada-Mu dengan setiap nama yang telah Engkau berikan untuk diri-Mu, atau yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang daripada makhluk-Mu atau yang Engkau simpankan dalam perbendaharaan ghaib daripada ilmu-Mu, agar Engkau jadikan Al-Quran sebagai penyejuk hatiku, cahaya dadaku, pelenyap dukaku dan penghilang kesedihanku." (Riwayat Ahmad)
Wallahua'lam.
Catatan,
MimRa.
[26 Safar 1445H]

Thursday, 27 July 2023

Kata-kata (094)

Edisi: There is no coincidence! (02)

"Kurangkan berfikir, banyakkan berzikir"
(Kata-kata yg melekat pada ingatan saya disampaikan oleh Ustazah Fatimah Syarha, entah bila)
Sometimes, kata-kata yg bermanfaat ni merata ada. It's just at that time it really hit us, conditionally. Kadang orang yg berkata tu pun tak perasan yg kata-kata dia tu punyalah digarap dan menjadi pedoman kepada orang yg mendengar. Boleh jadi ia berlaku di kaki lima, boleh jadi ketika menonton movie, mendengar orang lain sedang berbual, dan boleh jadi memang orang itu sedang menasihati kita secara langsung.
Jika ia bermanfaat, maka mengalirlah manfaat itu. Jika sebaliknya, maka mengalirlah bersama nodanya.
For you to choose, which you want to take or be?
Kata-kata yang sampai kepada kita tu, termasuklah suatu takdir yang Allah s.w.t. telah takdirkan tepat pada diri kita. Either we take it, or we leave it.
Dan, sometimes juga, kita sendiri tidak pernah ingat pun kata-kata itu. Tetapi, bila tiba situasi tertentu, Allah lintaskan ingatan tepat bahawa "suatu masa dulu, aku terdengar sekian-sekian ucapan daripada si fulan" dan, kata-kata itu memandu kita.
Seperti sebagaimana kebanyakan perkataan ada sinonim dan antonimnya, begitu juga, kata-kata yg baik lawannya adalah kata-kata yg tidak baik. Ia membekas ke dalam jiwa.
Sebagai orang beriman, kata-kata yg tidak baik dan membekas ke dalam jiwa juga ada cara kita mengendalikannya. Pentingnya ilmu. Carilah jika belum pernah dijumpai. Yang kita nakkan solusi yang membawa kita kepada ketenangan.
Wallahu'alam.
Catatan,
MimRa.
[10 Muharram 1445H]

Wednesday, 19 July 2023

Perjalanan dengan Al-Quran, Ramadan 1443H - Muharram 1445H (093)

Now 1445H, these posts menguatkan keyakinan saya pada kesan yg dikatakan "kata-kata itu doa." Alhamdulillah, Allah tepiskan rasa give up untuk mendekati Al-Quran, dari tahun ke tahun. It's a very long process, but don't ever underestimate a process.

Tahun 1443H, ibarat membuka pintu yg dah lama terkunci. On that year, saya rasa saya gagal sbb KPI yg saya letak ni ibarat tak capai 20% pun kalau diikutkan kemampuan. After Ramadan, mmg rasa down sbb post 'benda' yg kita tak buat atau tak betul-betul serious utk buat.
Kata ustaz dalam kelas tasawuf, dengan Al-Quran ni buatlah apa saja, sama ada baca dlm hati, melihatnya, baca dengan lafaz, mentadabburnya, menghafaznya, dan banyak lagi, semua akan dapat pahala dan ganjaran di sisi Allah.

Tidak memadai dengan itu, selain dapat pahala, malah memberi kesan kebaikan dan mendalam kepada kita baik rohani, emosi, mental, fizikal, cara kita berfikir, hubungan keluarga, dan sebagainya yg tidak tersebut di sini.
Syukur pada Allah🤍
Catatan,
MimRa
[01 Muharram 1445H]

Friday, 14 July 2023

The chosen one (092)

Edisi: There is no coincidence! (01)

Setiap manusia itu dicipta unik.
Baik rupanya, perangainya, emosinya, kemampuan fizikalnya dan banyak lagi.
Kita hidup di dunia bukan sebatang kara.
Kita dilahirkan dan dibesarkan oleh kedua ibu bapa. Kita ada adik beradik, kita ada guru-guru, kita ada kawan-kawan, kita ada rakan sekerja, kita berinteraksi dengan komuniti tempat kita tinggal (jiran), kita bertembung dengan orang miskin di jalanan, kita bermuamalat di pasar, bank, surau, hospital, dan banyak tempat lagi. Dan ramai lagi orang yang kita saling berinteraksi di sekeliling kita. Sama ada interaksi sehala, dua hala atau.. boleh juga tiada hala?
Sedar atau tidak, orang-orang yang dipertemukan dengan kita semua itu bukanlah kebetulan. Allah dah aturkan khas untuk kita pada setiap perjalanan kehidupan kita.
Barangkali bertemu dengan mereka memberi kesan yang pendek dan panjang. Sama ada kesan positif dan negatif.
It's up to us on how we interact with them.
Sempat senyum ke?
Sempat bertegur sapa ke?
Sempat beri manfaat ke?
Dan, pelbagai kebarangkalian kesempatan yang boleh jadi.
Bagaimana ia boleh jadi ia sebahagian daripada ujian?
Sebagai contoh, berurusan di kaunter, receptionist tidak memberi layanan yang baik - ujian kesabaran kita.
Ketika kita berseronok berbual dengan kawan, mula bercerita tentang orang lain - ujian menutup aib, dan cuba mengelak dpd meneruskan perbualan.
Kita berkawan dengan ajnabi (lawan jantina) - ujian ikhtilat (batas pergaulan antara lelaki dan perempuan).
Kita bertemu dengan seseorang dan kemudiannya menjadi sahabat yang selalu mengingatkan kita - ujian dalam menerima kekurangannya.
Kita balik kampung, ibu bapa menyuruh melakukan pelbagai kerja rumah - ujian bakti dan ketaatan kepada kedua ibu bapa.
Kita bertemu dengan orang yang baik dan tidak baik - ujian membezakan yang hak dan batil untuk diikuti, ujian dalam mengambil manfaat, ujian dalam membentuk sempadan pengaruh
The chosen one at once.
Mereka adalah orang-orang yang dipilih Allah untuk ditakdirkan dipertemukan dengan kita. Keunikan setiap seorangnya menguji cara kita bermuamalat dengan mereka.
Segalanya memberi kesan pada diri kita.
Dan, akhirnya, tindakan kita membawa kepada peringatan bahawa semua itu takdir yang dikembalikan kepada Allah.
Dengan manusia ini, antara perkara penting untuk diutamakan adalah akhlak. Ianya meneladani Nabi s.a.w. dan ia juga medan dakwah (imej syiar Islam).
Wallahu'alam.
Catatan,
MimRa
[26 Zulhijjah 1444H]

Wednesday, 12 July 2023

Anak-anak perempuan kita (091)

Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad 🤍

Selalu terpacul di mulut-mulut orang perempuan kebanyakan yang mengatakan "penatnya jadi perempuan"
Kadang-kadang ucapan tu tidak serious pun. But, still it's a sentence that might originally come from heart.
Boleh jadi dituturkan mengikut keadaan, especially bila penat. Contohnya, bila nak cari tempat makan apa, nak pilih baju apa, menghadapi keuzuran, dan macam-macam lah lagi.
Dan, ada juga para ibu bapa yang terasa berat tanggungjawab apabila menerima kelahiran anak perempuan, kerana memikirkan cabaran dalam membesarkannya dan menjaga mereka, daripada kecil sehingga tumbuh dewasa.
Sebelum ini, pernah juga saya menulis tentang untungnya orang lelaki. Seolah-olah macam saya ni tidak bersyukur / kurang bersyukur ditakdirkan lahir sebagai perempuan, na'uzubillah. Bukanlah begitu niatnya, barangkali menulis ketika beremosi pada suatu hal. Penulisan itu, setelah dirujuk kepada seorang ustaz, ustaz itu malah menekankan kepada saya bahawa kesemua isi penulisan saya itu dikalahkan dengan kemuliaan wanita yang bergelar ibu. Syurga (reda Allah) itu dibawah telapak kaki mereka.
Dalam kesempatan ini, kita doakan hidayah buat kawan-kawan yang diuji dengan perasaan dan keinginan menukar jantina disebabkan kecelaruan pemahaman tentang fitrah yang Allah takdirkan. Jika mereka berjaya dalam mujahadah mereka, mereka boleh jadi lebih baik daripada kita. Allah cintakan pendosa yang bertaubat, termasuklah kita. But (if - no, we are), we pendosa tapi tak bertaubat? Hinalah kita.
Baiklah, kembali kepada tadi. Tentang perempuan. Hari ini (exactly, semalam), Allah ilhamkan kepada saya untuk memikirkan tentang keistimewaan perempuan. Ia berbunyi:
"Cuba awak fikirkan, anak-anak Rasulullah s.a.w. yang dipanjangkan umur, semuanya perempuan - contohnya Saidatina Fatimah r.a."
"Bermakna, kita ada contoh tauladan yang sangat besar dan agong dalam didikan seorang perempuan, yakni didikan Rasulullah s.a.w. dalam membesarkan anak-anak perempuannya sejak lahir, kanak-kanak, usia baligh, dan mendewasa"
"You should explore this!"
MasyaAllah❤️
Jika contoh tauladan para rijal (orang lelaki) selain Rasulullah s.a.w. sendiri adalah para nabi, para sahabat Rasulullah s.a.w., para pemimpin Khulafa' Ar-Rasyidin, tabiin, tabi' tabiin, para imam setiap mazhab, para ilmuwan Islam, para ulamak dan para lainnya dalam menegakkan Islam. Daripada karakter yang paling lembut, sehingga yang paling garang. Daripada yang paling 'hodoh' kepada yang paling tampan. Daripada yang fakir sehingga yang paling kaya.
Wanita pun ada! For sure, wanita might be 'behind the scene' bagi memelihara kemuliaan dan 'kerahsiaan' (ketidakterbukaan) seorang wanita. Wanita tetap bergerak dalam arus perkembangan Islam.
Ada kata mutiara yang mengatakan "jika hancur wanita, maka hancurlah negara" (petikan puisi/ucapan yang selalu berlegar di siaran radio ikim)
Let's explore more sirah about wanita-wanita contoh! A lot of recommended books on this.
Dear girls, women,
Jom didik diri kita dengan acuan Rasulullah s.a.w., insan termulia, didikan penuh akhlak dan menyeluruh. Percayalah!
You can do this! Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad 🤍
The most inspiring women that always come to my mind:
1. Rabiatul Adawiyah
2. Saidatina Aisyah r.a.
3. Zainab Al-Ghazali
4. Saidatina Fatimah r.a.
5. Ibu Imam An-Nawawi r.a.
- Saidatina Khadijah r.a., yes. But she is in another level.
- Who's yours?
Saya prefer mengambil contoh daripada sirah berbanding kontemporeri, kerana mereka yang dalam sirah sudah dinyatakan pengakhiran hidup mereka, berbanding yang masih hidup sekarang.
- Namun, segala yang baik sama ada yang datang daripada yang hidup atau yang mati, yang muda atau tua, yang Islam mahupun bukan Islam, serta lainnya, tetap kita boleh jadikan contoh ikutan (perlu pandai bezakan sempadannya dengan yang tidak baikl/buruk/melampaui batas)
- "Seseorang itu akan mati sebagaimana hidupnya"
Another thing, ada satu buku yang saya currently baca (from time to time) "Berbicara Tentang Perempuan" oleh Buya Hamka, terbitan Jejak Tarbiah; yang boleh dijadikan panduan dalam memahami fitrah dan kemuliaan seorang perempuan (my expectations to this books - memandangkan baru baca cover buku depan belakang dan sehingga halaman 13 per 167). More to learn, insyaAllah!
Wallahu'alam.
Semoga bermanfaat.
~CM~
[04 Zulhijjah 1444H]
23/06/2023

Friday, 9 June 2023

Give me an advise in dakwah (090)

Musuh utama dlm nak dptkan ikhlas dlm dakwah:

Emosi
Sometimes we 'try hard' (put effort) to explain to people without trying hard to explain to ourselves. It might end up, we feel not performed enough when we started to see people's reaction that does not satisfy our intention.
We are our own mad'u.
Sesuatu yang datang dari hati, akan sampai ke hati.
Sesuatu yang datang dari akal, akan sampai ke akal, tapi boleh jadi tidak sampai ke hati.
Love Triangle:
Akal - ilmu; pertimbangan sama ada perkara itu betul salah; teknik pendekatan; hikmah; problem solution
Emosi - rasa bersemangat, rasa berkobar-kobar, gembira, rasa down, sedih, rasa marah, rasa kecewa, rasa kosong, rasa hilang (Perlu sentiasa berjaga-jaga bila ia menaik mendadak dan menurun mendadak. Sama ada emosi itu positif atau negatif. Kena bijak mengawal, tak boleh push.)
Hati - ikhlas, reda, tenang, gelisah, ragu-ragu, keliru, was-was, dan penyakit hati yang lain-lain
Love Triangle A (Da'i)
- Bekalan diri kita nak berdakwah
Love Triangle B (Mad'u)
- Persiapan diri kita dalam memahami orang lain. 3 aspek ni kita analayse bila terdetik nak judge orang yang datang atau didatangkan kepada kita. 3 aspek ni juga yang menentukan teknik dakwah apa yang lebih sesuai untuk kita dekati orang tu.
- cth, akal - dia tau (ada ilmu) tak yang dia tengah buat salah? Emosi - dia sedar tak, apa pilihan dia, adakah dia memilih jalan itu kerana emosi dia, kerana masalah hidup dia? Hati - cuba cari apa sebenarnya yang dia sedang rasa, hati dia sedang mencari cahaya atau sedang tidak merasa apa-apa (kosong/tawar hati) atau boleh jadi juga sedang keliru atau memberontak
Ujian:
- iman itu menaik dan menurun
- hari ini mungkin kita sedar dan faham, dan akan ada hari yang Allah hantar "lupa" & "lalai"
- tanda lalai & lupa ni tak semestinya bila kita buat maksiat
- tapi lalai & lupa ni akan datang waktu kita disibukkan dengan perkara lain atas desakan kehidupan
- sbb kita kena sedar, hidup ni bukan tentang dakwah sahaja. Akan ada hari kita bersama keluarga, kita nak have fun with friends, kita diuji dengan musibah, kita diuji dengan nikmat, termasuklah nikmat bila follower (orang yg terkesan dgn dakwah kita) dah bertambah - semua ini akan berjalan bersama, sehingga terkadang dakwah kita tenggelam
- then, lepas tenggelam tu, kita akan melalui fasa nak menyelam dan berenang semula untuk naik ke permukaan
- masa ni, tahulah kita, dekat laut tu, airnya bukan tenang-tenang macam tu je. Air laut tu bergelora! Ada jerung, ada jellyfish yang menyengat. That's our fight untuk naikkan semangat dakwah kita semula. Kita akan rasa sakit digigit, sakit disengat. Jerung dan jellyfish tu bukan datang dari luar tapi datang dari diri sendiri. Rasa berdosa, rasa tak mampu, rasa tak boleh nak go on sebab susah nak datangkan ikhlas, dan boleh jadi peyakit hati yang lain, rasa ketinggalan oleh masa, tiba-tiba rasa duit tak cukup untuk sacrifice, rasa berkira-kira, fikir apa tanggapan orang - ni lah jerung dan jellyfish tu.
- apabila berhadapan dengan jerung dan jellyfish, bukan senang nak atasi. Kita nak kena tahu macamana nak elak, atau boleh jadi kita terpaksa bunuh mereka untuk selamatkan diri kita, untuk kekal hidup. Even kalau kita kena gigit dan satu kekuatan telah hilang, tetap kena terus melawan.
Istidraj dalam dakwah:
"Rasa 'asyik' ini,
ku sangka Kau redai"
(Hilang - Rabithah)
Outcome:
Apa yang kita harapkan selepas kita sampaikan dakwah?
Reda Allah semata-mata, atau... ada expectation lain?
Kita nak bawa orang kepada Allah,
Atau sebenarnya kita nak bawa orang kepada kita?
All in all. All above also an explanation to the concept of:
Kita buat nak dapatkan reda Allah,
Bukan reda manusia.
Beri, dan reda.
Beri, dan tawakkaltu 'alallah.
Beri, dan mohon ampun dari Allah andai terkurang dalam menyampaikan agama.
---
Catatan di atas sudah lama disimpan di dalam "Keep Note" saya memandangkan pada asalnya saya berniat untuk mengupaskan secara rakaman audio dan beri kepada sahabat saya yang bertanyakan soalan (tajuk) di atas.
Walaubagaimanapun, hal itu tidak terjadi. Saya cuma sempat merakamkan "Love Triangle" pada sudut seorang da'i (boleh mendengar rakaman no.001 dalam Telegram Catatan MimRa pada link https://t.me/catatanmimra) dan tidak sempat merakamkan pada sudut da'i melihat mad'u. Then, saya mengambil keputusan untuk mengongsikan terus apa yang ada, sebelum saya mengambil masa yang lebih lama untuk memeram ilham daripada Allah s.w.t. yang bagi saya sepatutnya boleh dimanfaatkan bagi yang memerlukannya.
Wallahu'alam.
~CM~
[27 Syawal 1444H / 21 Zulkaedah 1444H]

Thursday, 8 June 2023

Syurga yang dirindui (089)

Rindu taman syurga dunia.

Hari ini dimaklumkan kelas kitab hujung minggu ini ditunda. Sedih.
Ibarat mendapati rombongan lawatan untuk ke suatu tempat indah (seperti dalam dokumentari National Geography) dibatalkan.
Segala peringatan, dan ilmu baru itu menyuburi dan menyegarkan hati yang kusam layu sepanjang tempoh perantaraan satu kelas dengan kelas yang lain.
Pergi ke majlis ilmu ibarat melangkah masuk ke suatu dunia penuh dengan tumbuh-tumbuhan menghijau indah berembun, mengalir pada tanahnya sungai jernih berada di puncak gunung, udaranya nyaman, sejuk. MasyaAllah, bagaimanalah rupa syurga sebenar nanti. Segala yang dibayangkan ini tersangatlah 'low standard' berbanding syurga sebenar nanti!
Di dalam majlis ilmu, disertai oleh orang-orang yang hatinya ingin tahu, ingin belajar tentang agama. Menundukkan keegoan, dan rasa sombong. Menyucikan jiwa dengan mendengar kisah-kisah orang soleh. Dan bersedia membetulkan apa yang salah selama ini telah dilakukan. Malah, ada malaikat yang melebarkan sayap dan mendoakan keampunan dan rahmat kepada ahlinya.
InsyaAllah saya taknak give up ajak dan cuba mempengaruhi kawan-kawan untuk sama-sama join kelas agama. Saya nak kalian juga merasai keindahan dan ketenangan dalamnya. Keindahannya sungguh saya tak mampu ungkapkan.
Saya yakin, pada setiap jiwa itu ada rasa ingin "mencari".. tiada wujudnya pencarian tanpa suatu kehilangan. Pada jiwa kita ada sesuatu yang hilang. Yang dicari oleh orang beriman adalah hikmah. Hikmah itu kita akan jumpa hanya apabila kita temuinya, kita kutipnya, lalu kita tepuk-tepuk dan membersihkan debu keraguan yang ada padanya. Iaitu, dengan curahan ilmu tentangnya pula. Cari.. cari.. dan cari.
Perjalanan pencarian ini tiada titik tamatnya sehingga kita dijemput Pencipta.
---
Saya belum ada sifat "daring" untuk mengajak secara terang-terangan atau lebih aggresif atau aktif. Jadi, platform seperti penulisan di FB, status Whatsapp dan Telegram sahaja fokus pendekatan saya buat masa ini.
Saya ingin mengambil tauladan sifat seorang ulamak, bahawa andai saya ikhlas menyampaikan, insyaAllah akan ada hati-hati yang akan terpaut dan terkesan. Keep on mengingatkan diri bahawa semua yang dilakukan hanya untuk bawa kalian kepada Allah s.w.t. dan bukan kepada diri saya.
"Belum" itu tidak bermakna tidak akan melakukannya, cuma belum tiba lagi masanya. InsyaAllah, petunjuk Allah s.w.t. sentiasa diharapkan. Demi menjaga hati daripada penyakit-penyakit yang akan menyebabkan usaha saya itu sia-sia dan dalam masa yang sama tidak mahu berhenti dalam usaha "dakwah" iaitu sunnah Rasulullah s.a.w. yang paling besar. Tanpa dakwah baginda s.a.w., Islam tidak sampai kepada kita. Islam = sejahtera. Tanpa Islam, hari ini kita tidak sejahtera. Dengan Islam, kita peroleh sejahteraan jiwa.
Saya ingin quote potongan petikan yang saya baca di dalam kitab Syamail Rasulullah s.a.w. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Hanyasanya dibangkitkan akan daku jadi Nabi kerana memberi rahmat akan manusia dan tiada dibangkitkan akan daku kerana melaknat mereka itu"
- walaupun doa Nabi s.a.w. itu makbul, baginda s.a.w. tidak menggunakan kelebihan itu untuk melaknat musuh supaya mereka binasa (dibalas dengan balasan yang buruk).
- sebaliknya, Rasulullah s.a.w. tidak berputus asa untuk menyampaikan rahmat (Islam) kepada sesiapa sahaja tidak kira raja mahupun rakyat marhaen.
MasyaAllah, indahnya akhlak Nabi s.a.w.. Tiada siapa manusia yang lebih indah daripada baginda s.a.w.🤍
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.
Wallahu'alam.
~CM~
[20 Zulkaedah 1444H]

Lupa, atau sanggup? (088)

Kadang-kadang,

Bila kita terlalu fokus pada "apa yang menarik?"
Kita lupa yang kita telah meletakkan halal dan haram, baik atau buruk itu ke tepi.
Sama ada kita "lupa" dan letak tepi, atau
Kita "sanggup" dan letak tepi.
Begitu mudah dunia mempermainkan kita.
Mohonlah ampun pada Allah s.w.t..
Allah berhak menghukum kita.
~CM~
[19 Zulkaedah 1444H]

Wednesday, 31 May 2023

Yakin (087)

Allah s.w.t. itu Maha Sempurna.

Sempurna Allah bukan bersifat seperti makhluk. Malah, tidak boleh dibayangkan.
Tinggal kita yakin atau tidak yakin sahaja.
Yakin itu tanda iman.
Tidak yakin itu membawa persoalan kepada tahap keimanan.
Jika yakin dengan sepenuh keyakinan (tawakkaltu 'alallah), maka beruntunglah kita. Hidup akan lebih tenang.
Jika yakin beserta keraguan, atau
Tidak yakin, merugi lah kita. Membuatkan kita memikirkan yang tidak sepatutnya atau tidak perlu, yang lebih-lebih.
Yakin atau tidak yakin kita pada kesempurnaan-Nya tidak memberi kesan langsung pun pada Allah.
Sebab yang bersifat memerlukan itu adalah kita. Allah itu tidak berhajat kepada kita. Sebab Dia Pemilik segalanya. "Kun fayakun"
Setiap baik yang menimpa kita, Allah yang aturkan.
Setiap buruk yang menimpa kita pun Allah yang aturkan.
Bukan "kebetulan", tapi takdir.
Allah rancang semuanya, kita yang lalai.
Again, "innalillahi wainna ilaihi rajiun"
- daripada Allah tiap sesuatu itu datang, kepada Allah kita kembali.
- tidak terhad kepada musibah, malah apabila kita diberi nikmat, pegangan ini yang perlu kita pegang.
- termasuklah apabila kita melihat orang lain ditimpa musibah atau dianugerah kebaikan, ucapan itu juga perlu disegarkan semula dalam hati.
Wallahu'alam.
~CM~
[12 Zulkaedah 1444H]

Kesan melazimi zikir (125)

Bismillahirrahmanirrahim. Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad. PERMULAAN Biasa kan, tasbih digital dijadikan sebagai...