Monday, 30 October 2023

Bangunan dan tumbuh-tumbuhan (101)

Apabila melihat bangunan-bangunan begini, seringkali terfikir, sedangkan bangunan yang kelihatan begitu kompleks ini kita boleh meyakini ada orang yang membinanya.

Kemudian apabila meninjau pula di tingkap sabelah kanan, saya melihat keratan pokok yang tumbang, merekah, besar. Di sekelilingnya ada pokok-pokok yang terus tumbuh menghijaukan bumi.
Tumbuh-tumbuhan ini (kebanyakan di bumi) telah banyak dikaji komponen yang ada padanya. Paling kurang pun, umum mengetahui adanya akar, pucuk, batang yang terkait antara satu dengan yang lain.
Namun, kita sukar untuk terus memikirkan penciptaan pokok yang kompleks itu adanya Tuhan yang menciptanya dengan keilmuan yang tidak berjilid.
Kata ustaz di dalam kelas aqidah, "Membuktikan adanya Tuhan itu lebih mudah daripada membuktikan ketiadaan Tuhan"
Ada satu golongan yang terus menerus menafikan keberadaan Pencipta yang Maha Agong dengan mengatakan alam ini wujud dengan sendirinya. Subhanallah, Maha Suci Allah daripada sifat-sifat yang menyamai makhluk yang bersifat baharu, dan yang ada permulaan dan penghujung.
Segala ciptaan Tuhan yang penuh kepelbagaian tetapi begitu sistematik. Sedarkah kita bahawa aturan Tuhan itu tersangat dekat? Malah kita berada di dalamnya.
31.10.2023
[16 Rabiulakhir 1445H]

No comments:

Post a Comment

Kesan melazimi zikir (125)

Bismillahirrahmanirrahim. Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad. PERMULAAN Biasa kan, tasbih digital dijadikan sebagai...