Edisi: There is no coincidence! (01)
Setiap manusia itu dicipta unik.
Kita hidup di dunia bukan sebatang kara.
Kita dilahirkan dan dibesarkan oleh kedua ibu bapa. Kita ada adik beradik, kita ada guru-guru, kita ada kawan-kawan, kita ada rakan sekerja, kita berinteraksi dengan komuniti tempat kita tinggal (jiran), kita bertembung dengan orang miskin di jalanan, kita bermuamalat di pasar, bank, surau, hospital, dan banyak tempat lagi. Dan ramai lagi orang yang kita saling berinteraksi di sekeliling kita. Sama ada interaksi sehala, dua hala atau.. boleh juga tiada hala?
Sedar atau tidak, orang-orang yang dipertemukan dengan kita semua itu bukanlah kebetulan. Allah dah aturkan khas untuk kita pada setiap perjalanan kehidupan kita.
Barangkali bertemu dengan mereka memberi kesan yang pendek dan panjang. Sama ada kesan positif dan negatif.
It's up to us on how we interact with them.
Sempat senyum ke?
Sempat bertegur sapa ke?
Sempat beri manfaat ke?
Dan, pelbagai kebarangkalian kesempatan yang boleh jadi.
Bagaimana ia boleh jadi ia sebahagian daripada ujian?
Sebagai contoh, berurusan di kaunter, receptionist tidak memberi layanan yang baik - ujian kesabaran kita.
Ketika kita berseronok berbual dengan kawan, mula bercerita tentang orang lain - ujian menutup aib, dan cuba mengelak dpd meneruskan perbualan.
Kita berkawan dengan ajnabi (lawan jantina) - ujian ikhtilat (batas pergaulan antara lelaki dan perempuan).
Kita bertemu dengan seseorang dan kemudiannya menjadi sahabat yang selalu mengingatkan kita - ujian dalam menerima kekurangannya.
Kita balik kampung, ibu bapa menyuruh melakukan pelbagai kerja rumah - ujian bakti dan ketaatan kepada kedua ibu bapa.
Kita bertemu dengan orang yang baik dan tidak baik - ujian membezakan yang hak dan batil untuk diikuti, ujian dalam mengambil manfaat, ujian dalam membentuk sempadan pengaruh
The chosen one at once.
Mereka adalah orang-orang yang dipilih Allah untuk ditakdirkan dipertemukan dengan kita. Keunikan setiap seorangnya menguji cara kita bermuamalat dengan mereka.
Segalanya memberi kesan pada diri kita.
Dan, akhirnya, tindakan kita membawa kepada peringatan bahawa semua itu takdir yang dikembalikan kepada Allah.
Dengan manusia ini, antara perkara penting untuk diutamakan adalah akhlak. Ianya meneladani Nabi s.a.w. dan ia juga medan dakwah (imej syiar Islam).
Wallahu'alam.
Catatan,
MimRa
[26 Zulhijjah 1444H]
No comments:
Post a Comment