Catatan MimRa
"Dunia telah masuk kepadaku untuk memusnahkan akhiratku" (Kitab Hayatussahabah)
Tuesday, 16 June 2026
Bezanya sambutan Maal Hijrah dengan Tahun Baru Masihi (131)
Tuesday, 9 June 2026
Tidak Semua Perkara Boleh Dinilaikan Dengan Wang Ringgit (130)
Bismillahirrahmanirrahim.
Muqaddimah
Saya triggered dengan satu video yang ditonton melalui Whatsapp Status salah seorang Pengarah Syarikat Perakaunan yang pernah memberi perkhidmatan kepada majikan saya sebelum ini. Iaitu perkongsian potongan podcast temu bual dengan seorang Pengusaha Syarikat berkenaan Generasi Z (Gen Z) yang dianggap generasi yang berkira dan suka menggunakan 'short form' walaupun ketika 'interview' pekerjaan dengan mengambil contoh Gen Z akan bertanya tentang "JD" (short form) instead of menyebut "Job Description" (long form).
Kebanyakan komen daripada lebih 300 komen (di platform Facebook) mengkritik kenyataan Pengusaha Syarikat berkenaan antaranya mengatakan bahawa pertanyaan tentang JD itu adalah keperluan dan telah menjadi lumrah sejak generasi sebelum-sebelum ini lagi.
Disclaimer / Latar Belakang Saya
Saya sudah tentu 'belum' menjadi seorang Pengusaha Syarikat. Namun jawatan sebagai Eksekutif Pentadbiran (Admin) di firma jenis Perkongsian (Partnership) yang turut merangkul peranan Sumber Manusia (HR) dan Akaun sering berhadapan situasi di pertengahan dalam meletakkan diri sebagai pekerja dan majikan, dan juga sebagai seorang rakan sekerja kepada pekerja lain. Kadang rasa tersepit, kadang rasa perlu rasional, dan sentiasa pula ingin bersikap profesional.
Saya juga seorang hamba Tuhan yang sering mengharapkan agar setiap pekerjaan saya diberkati dan ketiap keculasan dalam bekerja diampunkan Allah dan dihalalkan majikan.
Pengalaman Pekerja-Majikan Berkira
"Kalau dia mula hendak berkira, maka saya pun akan mula berkira dengannya," kalimah yang pernah disebut oleh majikan saya dalam satu perbincangan ketika saya hendak mendapatkan pengesahan tuntutan perjalanan oleh pekerja.
Sebagai Admin saya perlu seimbang dalam menerima kenyataan daripada kedua-dua pihak. Saya ingin jadi pekerja yang patuh secara tidak membuta tuli dan saya juga ingin menjadi HR yang menjaga kebajikan pekerja secara sewajarnya.
Asas kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh majikan saya adalah konsep "give and take" yang tidak berlaku secara material iaitu:
- Fleksibiliti masa yang diberikan. Aspek masa ini sangat besar cakupannya. Termasuk proses yang singkat untuk mendapatkan kebenaran pelepasan untuk tujuan peribadi, jam bekerja yang masih memberi ruang untuk melakukan hal peribadi (melayari media sosial dan berkomunikasi dengan orang luar hal kerja).
- Sistem yang tidak ketat. Tiada clock in clock out, boleh solat ikut masa sendiri (di luar waktu rehat), jika datang lambat boleh 'adjust' sendiri, proses tuntutan perjalanan yang tidak ketat dan tiada kod pemakaian yang tetap.
- Effisiensi dan kompetensi ketika melaksanakan tugasan secara seorang mahupun berkumpulan.
- Kesan baik dan buruk kepada syarikat daripada hasil pelaksanaan tugasan yang cekap mahupun tidak cekap. Pekerja tidak akan menanggung kerugian daripada ketidakcekapan. Keuntungan syarikat daripada kecekapan tidak dinikmati oleh majikan secara peribadi tetapi diagihkan melalui kos operasi, perbelanjaan berkaitan syarikat, atau disimpan sebagai 'reserved' kegunaan mendatang.
Sesuatu yang Perlu Direnungkan:
1. Di dunia ini, ada perkara yang boleh dihargakan dan ada perkara yang tidak boleh dihargakan.
2. Bagi saya secara peribadi, sikap berkira lebih menjerumuskan diri saya kepada sifat tidak ikhlas, tidak tenang dan sukar berlapang dada.
3. Sikap mempertahankan hak lebih mendedahkan diri kepada meninggalkan tanggungjawab. "Dia tak buat, maka aku pun tak buat," sedangkan dia akan ditanya tanggungjawab dia, dan kita akan ditanya tanngungjawab kita.
4. Dalam "give and take" sebagai mukmin tidak hanya melibatkan dua pihak tetapi ada Tuhan yang Maha Melihat lagi Maha Pemberi.
5. Hubungan antara manusia sentiasa beriringan dengan hubungan dengan Tuhan.
6. Sikap mempertahankan hak tidak menjadikan kita seorang yang belajar dan berkembang.
Sesuatu Yang Boleh Dipertimbangkan:
1. Bagaimana Rasulullah SAW menghadapi situasi begini?
- Ibrah hubungan Rasulullah SAW dengan Saidina Anas RA.
- Upah diberikan sebelum "peluh jatuh ke tanah"
2. Contoh Hubungan Antara Ibu dan Anak
- Jika kita mula mematerialkan semua perkara, maka tidak hairanlah berlaku fenomena anak yang menjadi 'derhaka' kerana dia cuba membalas jasa ibu bapa dengan cara mengira dan membayar semula kos membesarkannya. Bagaimana dia boleh menghargakan pengorbanan ibu mengandung, melahirkan, menyusukan dan bapa mencari rezeki dengan penuh kasih sayang?
3. Jangan membuta tuli. Racun boleh datang daripada majikan dan racun juga boleh datang daripada pekerja atau sesama pekerja. Bertindak dengan prinsip.
Penutup
Hubungan antara manusia adalah hubungan yang mempunyaikan keunikan tersendiri bagi setiapnya. Islam adalah agama yang mikro dan makro. Ada perkara kecil tetapi dinilai besar di sisi Tuhan, dan ada perkara yang besar dinilai kecil di sisi Tuhan.
Hubungan perkerja-majikan tidak terkecuali daripada penilaian Tuhan. Siapa yang berusaha, Allah lihat. Siapa yang sengaja melampaui batas, Allah lihat. Pemberi rezeki adalah Tuhan, bukan majikan.
Di akhirat nanti, majikan akan ditanya akan tanggungjwabnya, dan pekerja akan ditanya akan tanggungjawabnya. Allah tidak menghisab hanya yang zahir (boleh dilihat) tetapi Allah juga menghisab apa yang batin (tidak boleh dilihat mata).
Wednesday, 11 February 2026
Adakah aku ditakdirkan bertemu dengan Ramadan? (129)
Sunday, 25 January 2026
Terikat ketika solat (128)
Last time ketika pulang ke kampung, saya sempat ada perbualan dengan emak saya tentang solat.
"Masa solat, kita mudah terganggu dengan hal-hal lain. Masa tu, semua benda teringat. Bila habis solat tak ingat dah." saya mentioned kepada emak. Emak senyum, tanda mengiyakan.
"Masalahnya, kat luar solat nak dapat moment macam tu tak ada!" sambung saya lagi. Emak kali ni bertambah senyum dan mengiyakan lagi.
*Gambar sekadar ilustrasi.Kenyataan masalah itu, membuatkan saya sendiri terngiang-ngiang. Kenapa eh?
Kita letak tepi soal gangguan syaitan.
What is the secret behind solat? yang membuatkan kita, once dah start takbiratul ihram, kita locked dan hanya unlocked seusai memberi salam?
'Ini bahasa Allah nak suruh saya fikirkan sesuatu.'
Subhanallah, iya, memang ada banyak program-program, kelas-kelas yang memfokuskan peserta pada penghayatan solat, memperbaiki solat, khusyuk solat dan yang seangkatan. But, but persoalan yang come across ni, I never heard about it before. It's about, how we apply the concept of solat dalam tugasan-tugasan yang kita laksanakan.
Few points, untuk diperincikan the effect of doing it towards solat yang kita perform:
1. Solat dimulakan dengan niat, posisi berdiri mengahadap kiblat, tegak, dan diikut doa iftitah.
"Inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi Rabbil'alamin"
(Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan sekalian alam)
- objektif, fokus, ultimate goal kepada segala tugasan/ibadah/gerak adalah "Allah"
2. Pandangan mata disunatkan fokus ke tempat kita sujud, tanpa mengalihkan pandangan ke tempat lain. Dan ini adalah tips khusyuk juga.
- peranan mata
3. Rukun solat. Dalam solat, ada rukun hati, rukun lisan, dan rukun perbuatan. Dan juga ada perkara-perkara sunat yang membantu dapat bonus (pahala).
- bagaimana setiap jenis rukun ni memainkan peranan terhadap tugasan melaksanakan solat.
- how do we apply in tugasan lain? (jika niat yang betul - menjadi ibadah)
- kunci: hati, lisan, perbuatan
4. Disudahi dengan salam.
- solat ada penutup, dan "salam sejahtera ke atas kamu" seolah-olah pembuka kepada hubungan dengan selain Allah.
- konsep penutup tu - like, it's a wrap! (tapi not literally like that la, sebab solat kan supposedly, kita semakin tunduk menghambakan diri kepada Allah, bukan untuk kita merasa cukup dengan ibadah yang dilakukan). Nak, kata macam, ok dah selesai, what's next?
- kepentingan berhubungan dengan selain Allah (makhluk, manusia, dll.)
5. Telinga kena alert dengan sekeliling.
- point ini more kepada peranan imam. Imam kena alert siapa makmumnya, tua ke muda ke, ada bawa anak kecil ke, supaya dapat tentukan boleh solat panjang atau ringkas.
- meanwhile, as makmum, kena hanya alert kepada imam.
- attitude ketua dan attitude pengikut/orang bawah
Jadi, dipersilakan sambung explore behind these five points (and to add more) to apply into our dunyawi tasks that help us gain victory in akhirah as well!
Wallahua'lam.
Catatan MimRa,
25 Januari 2026
Wednesday, 7 January 2026
Pengesahan daripada person-in-charge (127)
Wednesday, 31 December 2025
Entering 2026 (126)
Tuesday, 17 December 2024
Kesan melazimi zikir (125)
Biasa kan, tasbih digital dijadikan sebagai hadiah tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan? Siapa sangka itu menjadi jalan hidayah untuk melazimi zikir kerana objek itu wajar dimanfaatkan.
Bukankah terlalu mendadak? Saya melihatnya pada sudut positif terlebih dahulu. Amalan ini hanya memerlukan amal lisan dan hati, juga sedikit pergerakan tangan mengikut keadaan. Jadi, saya menyimpulkan bahawa ia tidak boleh disamakan dengan perubahan seperti seorang wanita yang baru ingin memakai tudung, hendak terus memakai purdah. Maka, keadaan seperti ini perlu berperingkat untuk mencipta momentum.
Berdasarkan pengalaman peribadi, ianya mudah dicapai ketika berada dalam pemanduan yang panjang, seorang diri. Iaitu, antara masa terbaik beruzlah.
Keadaan menjadi semakin sukar, apabila satu-satu hari itu dilalui dengan banyak interaksi dengan orang lain, ada tugasan mendesak, dan obviously pada hari-hari yang kamu leka dengan urusan duniawi termasuklah berhibur.
Wallahua'lam.
Bezanya sambutan Maal Hijrah dengan Tahun Baru Masihi (131)
Alhamdulillah. Telah masuknya tahun baharu Hijrah, 1448 Hijrah. Alhamdulillah, dikurniakan pinjaman nyawa yang merupakan keluasan kesempata...
-
Mukadimah Bulan April tahun ini insyaAllah genap empat (4) tahun saya berkhidmat di salah sebuah firma perunding ukur bahan di Bangi, Sela...
-
Bismillah. Saya masih terngiang-ngiang dengan dua soalan yang dikemukakan juri semasa temuduga Calon Daie Muda Yadim 2024 yang berlangsung 2...
-
Mereka kuat di celah kelaparan, kezaliman, kesempitan, kesakitan dan sebarang kemungkinan (syahid). Kita lemah di samping keselesaan, keka...