Showing posts with label Muhasabah. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah. Show all posts

Monday, 6 November 2023

Menua, atau bertambah umur? (105)

Sabda Nabi s.a.w.: "Tidak bertambah umur seseorang muslim melainkan bertambah kebaikannya"

Adakah selama ini umurku bertambah, berkurang, atau sama?
Atau aku hanya menua?

Apa kebaikan yg telah kulakukan?
Mendewasakah aku?
Atau aku masih tahap budak hingusan.
Tiada apa kebaikan yg kulakukan.
Aku hanya menua... Tidak?

Nafikannya. Dengan..
Biar bertambah kedut di muka, tetapi rohmu segar mendewasa.
Jangan bertambah kedut di muka, tetapi yang engkau ada tiadalah apa.

Di syurga nanti, tiada orang tua.

Kepada siapa engkau mahu tunjukkan kedewasaanmu?

07.11.2023
[23 Rabiulakhir 1445H]
Kurang 5 bulan lagi menuju Ramadan yg dirindukan.

Wednesday, 1 November 2023

Motivasi dan harapan (103)

Sepatutnya, lebih lazim kita dengan doa, lebih kuat motivasi kita.
Pada setiap doa itu, bersamanya harapan.
Apabila berdoa tiada istilah "harapan telah dikecewakan" sepertimana sifat makhluk (manusia) apabila dipasang harapan padanya.
 
Kita meminta pada level hamba, dan Tuhan tidak memberikannya pada level Tuhan.
Level kita, kita berharap dalam keadaan kita 'tidak mengetahui' apa yg terbaik. Tetapi, Level Tuhan, Dia tidak memberikan yg diminta kerana Dia 'Maha Mengetahui' apa yang lebih baik, terbaik.
 
Kadang kita doa agar Allah berikan keselamatan, tetapi, tiba-tiba kita tergelincir ketika terpijak lantai yang basah. Kita terjatuh itu bukan sebab Allah tidak 'melayan' doa kita. Tapi, ada sesuatu yang lebih baik di hadapan kita. Barangkali, kita sudah lama melupakan-Nya. Lalu, kita terjatuh kita sebut, "aduh. Ya Allah sakitnya!" maka, zikrullah di situ. Barangkali kita diselamatkan daripada bahaya yang lebih besar (bahaya apakah yang paling besar?).
 
Apabila kita lazim dengan berdoa, kita lebih yakin menghadapi yang sedang, yang telah dan yang akan jadi. Sama ada yang diminta itu dapat atau tidak dapat pada masa yang diingini, kita tetap yakin, ini semua ketentuan dan perhatian Allah pada sesuatu yang terbaik untuk hamba-Nya yang tidak ingin putus berhubung dengan-Nya.
 
Tiada gunanya berdoa dalam masa yang sama meragui kemakbulan.
 
Perelok kualiti (adab) doamu!
 
02.11.2023
[18 Rabiulakhir 1445H]

Friday, 20 October 2023

Engaged with (097)

Kita selalu engaged dgn sekeliling kita. Dengan family kita, kawan-kawan kita, pekerjaan kita. Engage dengan permasalahan, engage dgn game, social media, makanan, dan macam-macam hal.

Tapi, kita ada masa tak untuk engage dgn diri kita sendiri? If ada, berapa lama kita ambil? Masa bila? Dan berapa kali?
Kita lihat tangan kita, kita lihat kaki kita, mata ada dua, hidung yg masih boleh breath in and out.. seperti melihat cermin.
If kita engage dgn orang lain, kadang kita lihat mata dia. Pada tatapan mata, kadang seolah kita cuba membaca sesuatu yg connect dgn hati orang itu. Kita cuba nak faham.
Masa kita lihat cermin, sedalam mana kita merenung mata kita, sehingga connect pada hati kita sendiri? Dan.. kita cuba nak faham.
Kita engage dgn diri kita. Aku fikir tentang aku.. and what is it?
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Catatan,
MimRa
[06 Rabiulakhir 1445H]

Wednesday, 11 October 2023

Pemilikan yang tidak putus (096)

Semakin kita lebih duit, semakin kita susah nak mengeluarkan.

Kalau kita ada RM10, kita tak kisah nak keluarkan RM1.
Kalau kita ada RM100, kita boleh lagi nak keluarkan RM10.
Bila ada RM1,000, kita mula berfikir-fikir sama ada keputusan utk mengeluarkan RM100 utk orang lain itu tepat atau tidak.
Apatah lagi lebih daripada itu.
"Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yg tidak putus-putus" (Surah At-Tin, ayat 6)
Tanpa disedari, kita merasakan 'duit' (rezeki) yg diberikan kpd kita itu adalah milik kita. "Kenapa apa perlu beri apa yg aku sendiri telah usahakan?"
Bukankah rezeki itu takkan jadi milik kita andai Allah s.w.t. tidak mengizinkan?
Sungguh, Nabi s.a.w. sangat mengasihi orang yg fakir dan miskin. Bukankah kita umat Baginda s.a.w.? Sebagaimana yg disukai Baginda s.a.w. maka perlu kita ikuti. Demi, peroleh reda & cinta Allah s.w.t..
Sedarilah jua, setiap amal ibadah yg kita lakukan; solat, berdoa, bersedekah dan lain-lain, ia tidak terhenti di situ. Malah amalan itulah yg menjadi punca pahala yg tidak putus.
Catatan,
MimRa
[25 Rabiulawwal 1445H]

Wednesday, 19 July 2023

Perjalanan dengan Al-Quran, Ramadan 1443H - Muharram 1445H (093)

Now 1445H, these posts menguatkan keyakinan saya pada kesan yg dikatakan "kata-kata itu doa." Alhamdulillah, Allah tepiskan rasa give up untuk mendekati Al-Quran, dari tahun ke tahun. It's a very long process, but don't ever underestimate a process.

Tahun 1443H, ibarat membuka pintu yg dah lama terkunci. On that year, saya rasa saya gagal sbb KPI yg saya letak ni ibarat tak capai 20% pun kalau diikutkan kemampuan. After Ramadan, mmg rasa down sbb post 'benda' yg kita tak buat atau tak betul-betul serious utk buat.
Kata ustaz dalam kelas tasawuf, dengan Al-Quran ni buatlah apa saja, sama ada baca dlm hati, melihatnya, baca dengan lafaz, mentadabburnya, menghafaznya, dan banyak lagi, semua akan dapat pahala dan ganjaran di sisi Allah.

Tidak memadai dengan itu, selain dapat pahala, malah memberi kesan kebaikan dan mendalam kepada kita baik rohani, emosi, mental, fizikal, cara kita berfikir, hubungan keluarga, dan sebagainya yg tidak tersebut di sini.
Syukur pada Allah🤍
Catatan,
MimRa
[01 Muharram 1445H]

Thursday, 8 June 2023

Lupa, atau sanggup? (088)

Kadang-kadang,

Bila kita terlalu fokus pada "apa yang menarik?"
Kita lupa yang kita telah meletakkan halal dan haram, baik atau buruk itu ke tepi.
Sama ada kita "lupa" dan letak tepi, atau
Kita "sanggup" dan letak tepi.
Begitu mudah dunia mempermainkan kita.
Mohonlah ampun pada Allah s.w.t..
Allah berhak menghukum kita.
~CM~
[19 Zulkaedah 1444H]

Wednesday, 31 May 2023

Yakin (087)

Allah s.w.t. itu Maha Sempurna.

Sempurna Allah bukan bersifat seperti makhluk. Malah, tidak boleh dibayangkan.
Tinggal kita yakin atau tidak yakin sahaja.
Yakin itu tanda iman.
Tidak yakin itu membawa persoalan kepada tahap keimanan.
Jika yakin dengan sepenuh keyakinan (tawakkaltu 'alallah), maka beruntunglah kita. Hidup akan lebih tenang.
Jika yakin beserta keraguan, atau
Tidak yakin, merugi lah kita. Membuatkan kita memikirkan yang tidak sepatutnya atau tidak perlu, yang lebih-lebih.
Yakin atau tidak yakin kita pada kesempurnaan-Nya tidak memberi kesan langsung pun pada Allah.
Sebab yang bersifat memerlukan itu adalah kita. Allah itu tidak berhajat kepada kita. Sebab Dia Pemilik segalanya. "Kun fayakun"
Setiap baik yang menimpa kita, Allah yang aturkan.
Setiap buruk yang menimpa kita pun Allah yang aturkan.
Bukan "kebetulan", tapi takdir.
Allah rancang semuanya, kita yang lalai.
Again, "innalillahi wainna ilaihi rajiun"
- daripada Allah tiap sesuatu itu datang, kepada Allah kita kembali.
- tidak terhad kepada musibah, malah apabila kita diberi nikmat, pegangan ini yang perlu kita pegang.
- termasuklah apabila kita melihat orang lain ditimpa musibah atau dianugerah kebaikan, ucapan itu juga perlu disegarkan semula dalam hati.
Wallahu'alam.
~CM~
[12 Zulkaedah 1444H]

Sunday, 28 May 2023

Hati orang, atau hati kita? (086)

Bila kita meragui, mempersoalkan keikhlasan (atau tujuan) seseorang melakukan sesuatu,

Adakah dia tak ikhlas,
Atau, kita yang dengki?
Atau, kita yang sedang berburuk sangka?
Niat orang, bukan kawalan kita.
Dan, bukan tanggungkawab kita mengawalnya.
Dan, kita tak akan ditanya tentangnya.
Tetapi, hati kita,
Kita yang dipertanggungjawabkan untuk menjaganya, mengawalnya.
Dan diperhisab, dipersoalkan oleh-Nya.
Wallahu'alam.
~CM~
[09 Zulkaedah 1444H]

Saturday, 30 January 2021

Muka (044)

"Allahumma ahsanta khalqi, fa ahsin khuluqi,"

(Ya Allah, sepertimana Engkau mencantikkan kejadianku, maka perbaiki pula akhlakku)
Berapa ramai kita yang perasan cantik? handsome?
Dan, berapa ramai juga kita yang cukup "down" bila muka "buat hal" Mana tidaknya, muka lah anggota utama yang orang akan lihat bila bertembung dengan kita dan komunikasi dengan kita + bergambar, dan kita sendiri hadap bila melihat cermin.
Disebabkan muka saya pun sekarang ini sedang ada "isu", entri ini saya tulis untuk perkongsian santai dan sama-sama sebagai nasihat diri, dan untuk amalkan doa di atas.
Doa di atas tu selain kita biasa kenalnya sebagai "Doa Melihat Cermin", sebenarnya doa itu adalah "Doa memohon akhlak yang baik," (Dalam Hadis Riwayat Ahmad). Bacalah setiap kali lepas solat, melihat cermin dan setiap kali rasa cantik atau hensem atau juga ketika muka bermasalah. Dengan harapan, Allah mencantikkan akhlak kita sepertimana kita nak Allah cantikkan fizikal kita (terutamanya bahagian muka).
Tentang muka ini, berbaik sangkalah pada Allah seandainya ia sedang bermasalah. Syukur, masalah yang sedang saya hadapi sekarang bukanlah tahap "break out" atau pengalaman yang saya lalui pada tahun 2019 dan tahun sebelumnya.
- Mungkin "Allergic"
Masalah muka saya pada tahun 2019 dan tahun sebelumnya itu adalah apabila muka saya mudah timbul ruam (malah macam bengkak) apabila dalam keadaan tidak selesa, mungkin kerana lama dalam panas atau aktiviti yang berpeluh atau outdoor lagi-lagi melibatkan tumbuh-tumbuhan. MasyaAllah masa tu gatal yang amat! Bukan setakat pada muka, malah kawasan permukaan tangan saya yang terdedah juga, ada timbul sedikit ruam.
Disebabkan pada masa itu saya kerja di klinik dan tidak sibuk, saya ambil kesempatan berjumpa dan meminta nasihat doktor di situ. Beberapa minggu saya ambil saranan untuk elakkan makanan yang mungkin membuatkan allergic seperti sesetengah makanan laut, dan mengunakan ubat sapu yang diberi. Namun setelah melepasi tempoh pemerhatian tu, sama juga keadaannya. Oh, lupa. Bukan setakat timbul ruam pada masa tertentu sahaja. Muka saya ini bertompok-tompok yang kalau kita tunjuk kat orang, semestinya orang cakap itu "panau". Saya taknak panau 😂
Doktor pun beri saya surat rujukan untuk berjumpa dengan Pakar Dermatologi di HKL. Saya mula mengikuti temujanji dengan pakar. Masa tu sebelum Covid-19 lagi. Saya sempatlah dapatkan nasihat doktor dan darah saya diambil sedikit untuk ujian. Semasa temujanji yang ke berapa kali entah, dan keputusan ujian darah dah dapat, doktor beritahu saya kekurangan darah merah. Tanda-tandanya, badan mudah terasa lemah. Hmm, yeke? 🤔 Mudah tertidur tu memang ada lah 😁
Antara ubat yang doktor beri adalah Vitamin C, Folic Acid dan Iron Tablet (supplement wanita mengandung sangat!) Kalau ada yang lain saya pun dah lupa. Disebabkan saya mengatakan saya tidak pernah amalkan memakai sunscreen, doktor suruh saya pakai memandangkan kawasan yang bermasalah itu kawasan terdedah kepada matahari. Temujanji seterusnya, saya bersetuju untuk dilakukan "patch test" yang sebenarnya saya sendiri ragu-ragu nak buat atau tidak. Sebab, patch test ni ada pantang larang! Renyahlah. Tidak boleh lakukan aktiviti yang membuatkan berpeluh (masa tu saja setiap hari saya kena balik jalan kaki dalam 10 mins jarak), tidak boleh mandi (kawasan patch tidak boleh terkena air), dan pergerakan terbatas (seperti postur untuk mengambil barang) lebih-lebih lagi tidur tidak boleh tindih kawasan patch itu. Kawasan patch itu kalau ikutkan, doktor kata tampal di bahagian belakang badan. Jenuhlah saya... tak sanggup.
Waktu temu janji itu makin dekat. Covid-19 tu pun sudah mula bertapak di Malaysia. Jadi, apalagi. Saya hubungi pihak hospital, saya nak cancel temujanji dengan alasan saya tak boleh elakkan aktiviti berpeluh 🤭
Tapi alhamdulillah, masalah muka saya mula lenyap dari semasa ke semasa. Warna muka saya mula seimbang. Pada saya, perkara paling penting adalah memakai sunscreen berbanding yang lain (makan ubat) saya boleh menggantikannya (sekiranya ubat dah habis) dengan memperbaiki diet pemakanan saya setiap hari. Untuk tambah darah merah, saya perlu makan banyak cendawan (iron), bahagian organ haiwan (hati, paru) dan daging.
Begitulah serba sedikit pengalaman saya.
---
Berbalik kepada doa itu. InsyaAllah saya yakin doa itu boleh jadi ubat sebab Allah Maha Berkuasa kan? Perkara yang bagi kita "miracle/impossible" pun boleh jadi. Sabaaar sahaja. Sabaaar je lagi. Walaupun mulut ini banyak kali juga merungut kan.. Tidak mengapa, sebab kita manusia biasa (tapi kena kurangkan juga mengeluh). Dalam masa yang sama, kenalah juga jaga muka tu. Sambil cuci muka, lintaskan dalam hati doa itu. Sambil pakai moisturizer ke, sunscreen ke, apatah lagi make-up (sekiranya berkaitan) Dan, dari sudut kerohanian juga, kita perlu juga muhasabah sejauh mana kita nak luar kita nampak cantik sedangkan dalaman itu pula bagaimana "concern" nya. Awak dan Allah sahaja tahu.
Sama-samalah kita perjuangkan muka yang lebih elok dan akhlak serta hati juga elok. InsyaAllah.. hiks.
Catatan,
MimRa.
18 Jamadilakhir 1442H,
31 Januari 2021.



Tuesday, 15 September 2020

Muharram Yang Bakal Meninggalkan Kita (026)


Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar.

Perginya bulan Muharram bererti perlu menanti lima bulan lagi untuk menemukan bulan haram lagi, yakni bulan Rejab. 

Bulan-bulan haram adalah istimewa sebab setiap kebaikan yang kita lakukan akan dilipatgandakan pahala. Namun begitu juga sebaliknya, kezaliman (pada diri sendiri) yang dilakukan juga dosanya turut berganda. Astaghfirullahalazim. Astaghfirullahalazim. Astaghfirullahalazim. Moga Allah ampuni dosa kita...

Agak gementar untuk bertemu dengan Safar. Memikirkan sejauh mana Muharram yang dilalui ini.. adakah bekalan yang dibawa untuk mengukuhkan bulan-bulan "biasa" yang mendatang ini. Hijrah yang ingin dibawa untuk memandu usia yang kian bertambah. Moga lebih matang dalam membawa iman dan agama. Allahuakbar.

Mujahadah itu memang bukan biasa-biasa, untuk menggapai matlamat yang luar biasa. Pimpinan Allah jua yang diharapkan selalu. Tanpa rahmat dan hidayah-Nya, mana mungkin hamba-hamba-Nya ini mampu menepis pujuk rayu dunia yang indah di mata yang manis dirasa.

Satu sahaja matlamat yang paling utama...
Iaitu redha DIA...

Tanpa redha-Nya apalah makna hidup di dunia ini. Moga Allah terus mencurahkan Rahman, Rahim dan Ghafir-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang berusaha untuk tidak lemah pada jalan-Nya ini. InsyaAllah.

Perjalanan hidup ini masih panjang untuk mengharungi satu per satu nikmat dan ujian dunia andai nyawa ini diizin-Nya. Moga penuh dengan barakah di sisi-Nya. InsyaAllah, aamin.

Catatan,
MimRa.
Sudah masuk 29 Muharram 1442H,
16 September 2020.

Buat Safar yang bakal tiba, #1h1k "1 hari 1 kebaikan", insyaAllah.

First Edition: 16/09/2020

Monday, 6 July 2020

Keseorangan - Bersendirian – Sepi (023)

“Kita akan jumpa hikmah hanya apabila kita cari,” (MimRa, 060720)

Terngiang-ngiang di fikiran gurauan oleh abang, “Awak ada kawan-kawan ke?” 
Dahulu, semasa bekerja dalam dua organisasi yang berbeza, gurauan itu dapat dinafikan sebab dapat bekerja dengan ramai kawan dan dapat bergaul seperti belia-belia yang lain tetapi kini tidak lagi. Jawapan kepada gurauan itu lebih kepada, “Ya, tidak ada,” Dan ia agak membawa diri ini kepada rasa “Oh, tidak ada orang yang memilih untuk berteman dengan aku. Buktinya, selepas aku keluar daripada sesebuah organisasi, aku tidak bisa “hang-out” dengan mereka,” 

Pada asalnya, ia sesuatu yang agak menyedihkan, bukan? Namun, hikmah itu perlu digali. Tidak mungkin keadaan ini sesuatu keadaan yang begitu buruk, cuba fikirkan lagi! Ya, kita yang kena usaha cari positiviti supaya kita boleh keluar daripada kedukaan kepada kebahagiaan. Kadang, sesuatu keadaan yang memang kita tidak boleh terlepas daripadanya; Allah takdirkan sesuatu untuk kita berfikir dan bukan untuk kita keluhkan. Dan dengan itu kita boleh jadi lebih bijak dan tidak memandang sesuatu itu hanya sebagai masalah semata-mata. Kalau kita mengeluh, layakkah kita dikira sebagai orang yang bersabar?

Bagaimana saya boleh atasi pemikiran merasa diri keseorangan?

1. Usah merasa lemah! – Ya. Bila kita rasa keseorangan, adakah bermakna yang kita sedang akui yang kita tidak boleh berdiri sendiri? Adakah ia bermaksud kita perlu bergantung kepada orang lain? Habis tu, sampai bila? Sebab, apabila sahaja berasa sebegitu adakah secara tidak langsung perkara yang kita merancang untuk lakukan atas dasar keperluan (contohnya, membeli barangan keperluan) terbantut hanya kerana tidak ada kawan untuk bersamaku? Bermakna? Kita ini lemah? Oh tidak! Jadi, kehidupan perlu diteruskan. “move on” Memikirkannya, hanya akan membuat kita terus merasa diri ini tidak bernilai sedangkan kita bukan sebegitu. Memikirkannya hanya membuang masa kita untuk mengorak langkah. Kita nak tunggu sampai bila orang nak datang pada kita? Kehidupan tidak selalu seperti yang kita impikan, tetapi, Allah Maha Mengetahui kegusaran yang kita lalui, dan Dia sentiasa bersama dengan kita terutamanya bila kita meyakininya.

2. Sebenarnya bukan selalu kita melalui keadaan sebegitu, cuma kita ini yang kurang bersyukur dengan masa-masa yang kita ada bila ada orang di sekeliling kita. Saat tiadalah dicari.

3. Bersyukurlah, kita hanya merasa “keseorangan” pada sesetengah masa sahaja jika dibandingkan dengan orang yang benar-benar terpaksa menerima takdirnya untuk tidak dapat bergaul normal seperti kita yang masih boleh bergaul ketika keluar bekerja, ada saudara mara ketika pulang ke kampung dan sempat merasai fasa-fasa mepunyai kawan berkumpulan. Ada orang itu, kehidupannya hanya terhad di rumahnya disebabkan penyakit yang dihidapi. Ada orang tidak boleh bergerak, terlantar di atas katil dan hanya televisyen sebagai peneman. Ada orang, kehidupan dia memang disisihkan, usah kata tidak ada kawan malah orang memang tidak mahu berkawan dengannya dan bukan dia meminta untuk jadi sebegitu. Jadi bersyukurlah, kita hanya ditakdirkan beberapa ketika sahaja mungkin akibat kebosanan, kegagalan merancang aktiviti, pertindihan program atau sebagainya sedangkan mereka lebih merasainya lebih lama dan memakan masa.

4. Apabila kita mula mengatasinya, insyaAllah akan datang kita boleh kata “Selamat Tinggal” kepada keadaan itu. Sebab, kita sudah pun merekodkan satu solusi yang kalau kita jumpa lagi keadaan sebegitu, kita sudah tahu bagaimana untuk mengendahkannya. Keadaan apa ya? Ya, keadaan yang merasakan diri keseorangan.

5. Padah tidak merancang masa. Hari esok perlu dirancang seawal hari ini. Cuba bayangkan kalau awak dah merancang hari itu nak kena buat apa, dan selepas itu perlu buat apa, agak-agak ada masa ke mahu fikir pasal nasib diri macam itu? Mesti hari kita itu akan jadi bermatlamat. Tidak akan peduli dengan nasib apa, yang penting kita nak checked-kan “to-do list” itu tidak kira apa.

Habis kalau dah memang tidak ada aktiviti, mahu buat apa? Alahai… Usahalah, fikirkanlah lagi potensi diri! Takkanlah sampai macam itu sekali. Cipta aktiviti. Kalau pun mungkin sahaja tidur solusinya, tidur itu pun perlu dirancang bila mula dan akhirnya. Jangan sampai masa solat pun dilanggarnya. Tapi, seriuslah… takkanlah tidak ada perkara yang mendatangkan hasil yang boleh awak fikir dan lakukan?

6. Mencipta pergaulan cara sendiri. Berbalik kepada “perancangan” Rancanglah program sendiri untuk kita bergaul dengan masyarakat. Kalau sudah pergaulan secara bersahaja kita tidak mampu, mungkin dengan cara kita cari dan susun aktiviti atau program untuk kita sertai, dengan cara itu kita boleh bercampur dengan masyarakat. Cuma, hal seperti ini biasanya lebih kepada tekad/matlamat lah. Tidak semua orang minat ke arah itu. Lagi-lagi masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (Pemulihan) ini, mungkin juga kita masih lagi ada banyak kekangan untuk melakukannya. Apabila kita bercampur dengan masyarakat, fikiran kita akan lebih terbuka. Kita dapat memerhatikan kepelbagaian cara orang lain bergaul dan berkomunikasi jika dibandingkan jika kita hanya bergaul dalam kalangan kawan yang kita kenal. Dan yang penting, pada masa itu, kita tidak akan fikir tentang diri sendiri. Kita cuma akan fikir tentang orang lain. Cabarannya, kita memang perlu mencarinya atau kita yang perlu mengadakannya. Ok? InsyaAllah.

Moga-moga kita disegerakan dipertemukan jodoh yang baik… Eh! Ke situ pulak.

Baiklah, sekian sahaja. Semoga bermanfaat.

Catatan,
MimRa.
06-07 Julai 2020
15-16 Zulkaedah 1441H (Bulan Haram)

First Edition: 07/07/2020

Friday, 3 April 2020

Tidak Malu Berbuat Apa Saja (018)

Manusia,
Selalu tidak malu melakukan apa saja.
Di alam fana.
Juga tidak terkecuali,
Di alam maya.

Bersemangat menaip itu ini.
"Tentu mereka akan bersetuju denganku,"
"Mereka akan menyukai caraku,"
"Biarlah apa aku nak kata, itu aku. Lamanku adalah milikku, bukan milik mereka. Hak aku,"
"Biarlah, ini caraku menghilangkan kebosanan,"
"Menariknya apa yg mereka lakukan, aku juga mahu melakukannya,"
"Biarlah aku menontonnya, tiada siapa akan melihat apa yg aku tonton. Cuma aku yg boleh melihatnya, mendengarkannya,"
"Masaku adalah milikku, bukan milik orang lain. Suka hati aku mahu melakukan apa saja mengikut keinginanku,"

Adakah mereka tidak lagi sedar?
Tuhan itu Maha Melihat.
Walaupun sekecil zarah.
Walaupun sekecil plankton atau sebutir pasir halus,
Yang hidup di dalam laut dalam,
Di malam hari.
Allah Maha Menghisab.
Allah Maha Mengetahui.
Allah Maha Menghukum.
Tidakkah mereka takut?

Atau sekelumit iman sudah tiada?
Atau mereka cuma manusia yg sering "mengulangi" kesilapan,
Lalu, tidak dikesalinya?

Di manakah janji,
"Inna solati, wanusuki, wamahyaya, wamamati,
LILLAHI RABBIL 'ALAMIN," ?

Faghfirlana, ya Ghafur.

Catatan,
MimRa.
4 April 2020

First Edition: 04/04/2020

Bezanya sambutan Maal Hijrah dengan Tahun Baru Masihi (131)

Alhamdulillah. Telah masuknya tahun baharu Hijrah, 1448 Hijrah.  Alhamdulillah, dikurniakan pinjaman nyawa yang merupakan keluasan kesempata...