Monday, 23 October 2023

Sumpah syaitan (098)

Pernah tak kita terfikir, kenapa sebelum baca Al-Quran, kita dianjurkan untuk berta'awuz iaitu memohon perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang direjam?

Sedar, atau tidak sedar, nak memulakan amalan soleh pun tidak terlepas daripada kejahatan syaitan.
Mula-mula, 'aku buat baik ni kerana Allah, nak collect pahala'. Masa on the way tu, dan-dan ada orang lalu atau duduk kat sebelah. 'Eh, agak-agaknya dia nampak ke, eloklah kalau dia nampak, dia tau kebaikan aku' Hmm, jahatnya bisikan syaitan. Free-free je, amalan kita tu terbang seperti debu. Then, ada juga, 'alamak, ada orang pula, nanti dia ingat aku riak pulak' Haaa, dah satu hal. Terus tak buat.
Subhanallah, enaknya kamu (syaitan)! Habis semua hal dia nak sapu.
"... maka aku akan selalu menghalang mereka daripada jalan-Mu yang lurus. Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka daripada depan, belakang, kanan, dan kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur." (Surah Al-A'raf, 7: ayat 16 & 17)
Bayangkanlah, amal soleh pun dia akan spoil, apatah lagi, perkara yang terang-terang mungkar. Maka, senang kerja dia untuk bawa kita memenuhi neraka Jahannam. Na'uzubillah.
Cabaran sekarang adalah normalisasi. Saya teringat cuplikan ceramah ustaz di Surau Al-Munir, Hulu Langat. Ramai antara kita mudah berkata, "tak apalah, sesiapa yang beriman walaupun sebesar zarah tetap akhirnya akan masuk syurga" sedangkan kita sedar tak, berapa lama kita diazab di neraka terlebih dahulu? Orang miskin akan masuk syurga dulu, kemudian setengah hari kemudian baru orang kaya masuk. Setengah hari di akhirat = 500 tahun di dunia. Nak sebut tentang azab neraka? Tak sanggup, tuan-tuan dan puan-puan. Di neraka, kita dibakar tapi tidak mati. Kulit hancur, tumbuh baru, kemudian hancur lagi, again and again.
Jadi, insyaAllah, sama-samalah kita membenteng diri kita daripada ajakan syaitanirrajim. Kita dan syaitan, bukan satu team. Syaitan hina kita sebab kita dicipta daripada tanah. Malah bersumpah untuk sesatkan kita.
"Tunjukilah kami jalan yang lurus. (iaitu) Jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat; bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat" - minima 17 kali sehari kita baca dalam solat.
Wallahua'lam.
Catatan,
MimRa
23.10.2023
[09 Rabiulakhir 1445H]

No comments:

Post a Comment

Kesan melazimi zikir (125)

Bismillahirrahmanirrahim. Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad. PERMULAAN Biasa kan, tasbih digital dijadikan sebagai...