"Allahumma ahsanta khalqi, fa ahsin khuluqi,"
(Ya Allah, sepertimana Engkau mencantikkan kejadianku, maka perbaiki pula akhlakku)
Dan, berapa ramai juga kita yang cukup "down" bila muka "buat hal" Mana tidaknya, muka lah anggota utama yang orang akan lihat bila bertembung dengan kita dan komunikasi dengan kita + bergambar, dan kita sendiri hadap bila melihat cermin.
Disebabkan muka saya pun sekarang ini sedang ada "isu", entri ini saya tulis untuk perkongsian santai dan sama-sama sebagai nasihat diri, dan untuk amalkan doa di atas.
Doa di atas tu selain kita biasa kenalnya sebagai "Doa Melihat Cermin", sebenarnya doa itu adalah "Doa memohon akhlak yang baik," (Dalam Hadis Riwayat Ahmad). Bacalah setiap kali lepas solat, melihat cermin dan setiap kali rasa cantik atau hensem atau juga ketika muka bermasalah. Dengan harapan, Allah mencantikkan akhlak kita sepertimana kita nak Allah cantikkan fizikal kita (terutamanya bahagian muka).
Tentang muka ini, berbaik sangkalah pada Allah seandainya ia sedang bermasalah. Syukur, masalah yang sedang saya hadapi sekarang bukanlah tahap "break out" atau pengalaman yang saya lalui pada tahun 2019 dan tahun sebelumnya.
- Mungkin "Allergic"
Masalah muka saya pada tahun 2019 dan tahun sebelumnya itu adalah apabila muka saya mudah timbul ruam (malah macam bengkak) apabila dalam keadaan tidak selesa, mungkin kerana lama dalam panas atau aktiviti yang berpeluh atau outdoor lagi-lagi melibatkan tumbuh-tumbuhan. MasyaAllah masa tu gatal yang amat! Bukan setakat pada muka, malah kawasan permukaan tangan saya yang terdedah juga, ada timbul sedikit ruam.
Disebabkan pada masa itu saya kerja di klinik dan tidak sibuk, saya ambil kesempatan berjumpa dan meminta nasihat doktor di situ. Beberapa minggu saya ambil saranan untuk elakkan makanan yang mungkin membuatkan allergic seperti sesetengah makanan laut, dan mengunakan ubat sapu yang diberi. Namun setelah melepasi tempoh pemerhatian tu, sama juga keadaannya. Oh, lupa. Bukan setakat timbul ruam pada masa tertentu sahaja. Muka saya ini bertompok-tompok yang kalau kita tunjuk kat orang, semestinya orang cakap itu "panau". Saya taknak panau
Doktor pun beri saya surat rujukan untuk berjumpa dengan Pakar Dermatologi di HKL. Saya mula mengikuti temujanji dengan pakar. Masa tu sebelum Covid-19 lagi. Saya sempatlah dapatkan nasihat doktor dan darah saya diambil sedikit untuk ujian. Semasa temujanji yang ke berapa kali entah, dan keputusan ujian darah dah dapat, doktor beritahu saya kekurangan darah merah. Tanda-tandanya, badan mudah terasa lemah. Hmm, yeke? Mudah tertidur tu memang ada lah
Antara ubat yang doktor beri adalah Vitamin C, Folic Acid dan Iron Tablet (supplement wanita mengandung sangat!) Kalau ada yang lain saya pun dah lupa. Disebabkan saya mengatakan saya tidak pernah amalkan memakai sunscreen, doktor suruh saya pakai memandangkan kawasan yang bermasalah itu kawasan terdedah kepada matahari. Temujanji seterusnya, saya bersetuju untuk dilakukan "patch test" yang sebenarnya saya sendiri ragu-ragu nak buat atau tidak. Sebab, patch test ni ada pantang larang! Renyahlah. Tidak boleh lakukan aktiviti yang membuatkan berpeluh (masa tu saja setiap hari saya kena balik jalan kaki dalam 10 mins jarak), tidak boleh mandi (kawasan patch tidak boleh terkena air), dan pergerakan terbatas (seperti postur untuk mengambil barang) lebih-lebih lagi tidur tidak boleh tindih kawasan patch itu. Kawasan patch itu kalau ikutkan, doktor kata tampal di bahagian belakang badan. Jenuhlah saya... tak sanggup.
Waktu temu janji itu makin dekat. Covid-19 tu pun sudah mula bertapak di Malaysia. Jadi, apalagi. Saya hubungi pihak hospital, saya nak cancel temujanji dengan alasan saya tak boleh elakkan aktiviti berpeluh
Tapi alhamdulillah, masalah muka saya mula lenyap dari semasa ke semasa. Warna muka saya mula seimbang. Pada saya, perkara paling penting adalah memakai sunscreen berbanding yang lain (makan ubat) saya boleh menggantikannya (sekiranya ubat dah habis) dengan memperbaiki diet pemakanan saya setiap hari. Untuk tambah darah merah, saya perlu makan banyak cendawan (iron), bahagian organ haiwan (hati, paru) dan daging.
Begitulah serba sedikit pengalaman saya.
---
Berbalik kepada doa itu. InsyaAllah saya yakin doa itu boleh jadi ubat sebab Allah Maha Berkuasa kan? Perkara yang bagi kita "miracle/impossible" pun boleh jadi. Sabaaar sahaja. Sabaaar je lagi. Walaupun mulut ini banyak kali juga merungut kan.. Tidak mengapa, sebab kita manusia biasa (tapi kena kurangkan juga mengeluh). Dalam masa yang sama, kenalah juga jaga muka tu. Sambil cuci muka, lintaskan dalam hati doa itu. Sambil pakai moisturizer ke, sunscreen ke, apatah lagi make-up (sekiranya berkaitan) Dan, dari sudut kerohanian juga, kita perlu juga muhasabah sejauh mana kita nak luar kita nampak cantik sedangkan dalaman itu pula bagaimana "concern" nya. Awak dan Allah sahaja tahu.
Sama-samalah kita perjuangkan muka yang lebih elok dan akhlak serta hati juga elok. InsyaAllah.. hiks.
No comments:
Post a Comment