Beberapa aspek yg saya lihat daripada kekecohan fenomena 18/19 ini, di mana seorang pendakwah selebriti yg dikhabarkan telah mengahwini isteri kedua, sedang isteri pertamanya (bekas) sedang mengandung, dan dengan mengeluarkan kenyataan bahawa isteri keduanya adalah calon ke-19 yg telah berjaya menawan hatinya dengan aura Kaabah. MasyaAllah.
1. "Penunggang agama"
Label ini adalah label yg saya paling tak senangi atau sensitif. Kecewa & sedih. Dalam masa yg sama membawa kpd diri utk bermuhasabah. Ya. Bagi setiap individu yg bergelar selebriti, anda kena sedar walaupun anda rasa anda juga manusia biasa, anda mempunyai kedudukan tertentu pada mata masyarakat. Jadi, bila jadi perkara seperti ini, dengan title "pendakwah/ustaz/ustazah", setiap keputusan dan tindakan perlu dilakukan dengan sangat teliti dan tidak terburu-buru. Walaupun sudah bergelar 'alim dalam kalangan masyarakat, tak bermakna kita tak perlukan nasihat dan boleh buat keputusan sendiri. Kena mengambil nasihat daripada guru, walaupun tentang hal peribadi, supaya keputusan yg dilakukan lebih rasional dan tak bersifat mementingkan diri sendiri.
2. Kecam
Tidak terkecuali, saya. Asalnya saya memang terima berita ini dengan pandangan negatif, beserta rasa macam tak percaya. Orang kata dia macam-macam, memang teruklah. Semuanya atas kenyataan yg dia sertakan masa dia announce yg dia telah bernikah yg kedua. Tapi, bila saya fikir balik, buat apa semua tu? Maksud saya, kenapa nak kena sibuk-sibuk? Itu kan hal rumah tangga dia? Kan?
Yalah... Lumrah satu perkahwinan itu ada pasang surutnya, ada gaduhnya, ada nikah & talaknya. Bukan bermakna saya nak menyokong tindakan si fulan. Tapi, bila difikir balik dan mufti pun kata hukum menjatuhkan talak semasa isteri sekian sekian tidak jatuh kepada haram, tu dah cukup dah nak meredakan kebahangan jiwa. Soal yg dia ustaz tak patut buat camgitu, kita letak tepi. Kita pandang pada sudut manusia biasa, yg ada emosi, yg rasa ada maruah, yg rasa orang itu fitnah kita dan sekian sekian. At least, dia tak buat sesuatu yg haram. Dan apa yg dia buat masih ada dalam hukum agama, masih boleh dipandu. Cuba berbaik sangka.
Manusia tak ada yang sempurna. Punyai kekurangan dan membuat kesilapan. Kadang sengaja, kadang tidak. Allah lebih mengetahui.
3. Pandangan terhadap poligami
Dalam kekecohan fenomena ini, ada juga terkait bahawa si pendakwah itu ingin bernikah dengan mengingati semula kisah-kisah zaman Rasulullah s.a.w.. Bila dah dikaitkan dengan baginda s.a.w., saya tak berani nak kata apa, sebab saya sedar, saya tak arif sirah secara menyeluruh, jadi saya tak pasti nak dikatakan benar atau tidak jika keluar dpd mulut selain ustaz/ustazah yg dipercayai. Yg pasti saya still nak mengakui saya cintakan Rasulullah s.a.w. (Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad), walaupun saya sedar siapalah saya, sama ada saya layak terima balasan cinta daripanya atau tidak.
Dulu masa belajar, saya ingat, ustaz-ustaz selalu highlight kat budak-budak lelaki bahawa hukum poligami adalah haaruuuuus. Tapi, jika kamu nak kata ia sunnah atau nak ikut nabi, baik-baik sikit ngomongnya! Hang kalau nak kata sunnah, pastikan detail ya! Kronologi sunnah kekeluargaan yg baginda lalui. Dan baginda adalah orang yg paling baik dengan keluarga. Contohilah, jangan sekadar mata kasar sahaja, tapi setiap inci tu, ikutlah juga! Kenapa baginda s.a.w. bernikah lebih dpd seorang, masa bila, apa ciri-ciri atau latar belakang isteri-isteri baginda s.a.w., dan sebagainya. Belajarlah full jangan nak pertahankan point yg kau ambik ikut sedap hati ja. Astaghfirullah.
4. Bersabarlah wahai wanita
Kesian dengan bekas isteri. Ya Allah. Cuma Allah sahaja yang tahu. Saya yakin, dan saya yakin juga ramai orang memikirkan yg sama tentang nasib bekas isteri yang ditinggalkan. Satu, emosinya. Kedua, kandungannya sehingga dilahirkan (semoga Allah pelihara kandungannya). Ketiga, bagaimana nak survive dengan akur (redha) bahawa perlu mengharungi kehidupan seterusnya tanpa seorang insan bergelar suami? (*Terdetik di hati saya, andai takdir jodohnya bersama si pendakwah berkenaan hanya smpai di situ sahaja, moga-moga dia ditemukan dengan jodoh yg lebih baik)
Saya kagum dengan kenyataan mufti yg mention bagaimana keadaan wanita yg mengandung kena dijaga, dan Islam ajar para suami utk didik isteri, dan memuliakan wanita. Saya sedar perbincangan saya dengan kawan-kawan mengambil sudut pandangan belah perempuan, saya tak sempat dengar pendapat orang lelaki. Tapi, cukuplah bila digariskan oleh mufti, dengan nasihat sampingan, kita ambil yg lebih awla. Mufti juga lelaki, dan lebih afdhal (dan memang sepatutnya) utk didengari pandangannya.
6. Hargailah rumahtangga
Subhanallah. Saya sedar, saya pun belum menjejakkan ke alam itu lagi. Tapi, alhamdulillah Allah izikan utk belajar macam-macam daripada apa yg dilihat, diberitakan, dan dikongsi setiap hari. Biasalah, ramai akak-akak selalu pesan, "kau kena macam ni... Macam ni.." "nanti kau dah kahwin,..." "Lelaki ni..." Bla..bla..bla.. saya terima sebagai satu input untuk diambil pengajaran.
Takut, risau ke nak kahwin? Siapa tidak? Mungkin yg tengah angau bercinta tu tak rasa, sebab mgkin dia dah selesa, dah rasa pilihannya itu yg terbaik untuknya. Tapi, bagi yg belum mempunyai calon, masyaAllah.. siapa yg ingin dipercayainya? Isy, lelaki itu baik ke, tidak ke, macamana nak tahu semua itu. Lepastu, setiap hari diberitakan dengan cerita sebegini rupa.. bagaimana tak risau?
Bagi yg telah berkahwin, sesetengah isteri atau suami itu sahaja yg dapat rasa bagaimana dia mula mempunyai syak wasangka pada pasangannya bahawa pasangannya mungkin sedang berlaku curang padanya. Di manakah kesetiaan? Jika sudah beranak pinak, atau sudah bertahun-tahun berkahwin, di mana rasa penghargaan pada sebuah perkahwinan yg telah diikat janji semasa lafaz akad nikah dahulu? MasyaAllah. Tolonglah ingat, bahawa dunia ini penuh dengan tipu daya dan fitnah. Berwaspadalah dengannya! Pertahankanlah kasih sayang yg telah pernah dibina dahulu.
Lupa dah ke, lagu-lagu tema cinta antara anda dan pasangan anda sewaktu awal pernikahan? Takkan sekelip mata atau hadirnya insan ketiga, kita sudah lupa? Di mana iman kita? Saya bukan nak kata orang yg mempunyai orang ketiga ni tak beriman. Tapi, bayangkanlah, saya cuma buatnya sebagai perumpamaan. Kalau pegangan kita pada cinta pada pasangan boleh longgar, macamana pula dengan iman kita? Cuba cek balik, betul ke setiap hari kita solat 5 waktu kita lakukannya dengan sempurna, menghambakan diri pada Allah, masakan kita tidak punyai rasa simpati pada pasangan halal kita, yg telah hidup sudah payah dgn kita pada awal pernikahan dahulu?
Selamatkanlah, selagi ada jalan menyelamatkannya dengan damai.
7. Doa yang baik-baik
Setahu saya, pada setiap talak (sebelum talak tiga) masih ada peluang untuk rujuk selagi dalam tempoh 'iddah. Jadi, kita doakan yang baik-baik, ya. Doakan kebaikan bagi kedua-dua, ketiga-tiga pihak. Si bekas isteri, suami, dan isteri kedua. Semoga Allah kurniakan sakinah, mawaddah warahmah buat mereka dan kita semua. Aamiin.
Catatan,
MimRa.
4-5/12/2019
First edition: 05/12/2019
No comments:
Post a Comment