Tuesday, 17 December 2019

Hidayah Centre Foundation (004)

Petang Selasa, pukul 5.15-6.00 petang di radio ikim merupakan slot bersama saudara baru (mualaf). Jarang saya sempat mendengarnya. Tapi, petang semalam Allah izinkan dengar bagi 15 minit terakhir. 

Mualaf kali ni bernama Roslin (kalau tidak silap) dan berasal dari Sabah. Tersentuh di hati saya apabila dia menyimpulkan temubual petang itu dengan pesanan kepada saudara seIslamnya. Dia berpesan supaya yg bukan mualaf (saudara muslim sejak lahir) membantu golongan mualaf bagi setiap aspek kerana mereka amat memerlukannya. Kemudian, dengan nada menangis, beliau berpesan kepada saudara-saudara baru yg lain agar istiqamah menghadiri kelas bersama HCF yg diadakan setiap minggu bagi mendapatkan ilmu dan sokongan daripada orang lain. 

Lin berkongsi bahawa baru hari sebelum dia menghadiri temu bual tersebut, beliau telah mendapat mesej daripada salah seorang saudara baru dpd HCF juga yg tidak dikenalinya, yg juga berasal dari Sabah, meluahkan kepadanya bahawa dia memerlukan "support" kerana bila-bila masa sahaja dia boleh "berpatah balik" (ke agama sebelumnya). Hati saya terkedu mendengar perkataan berpatah balik itu.

Sedih sebab bila kita muhasabah diri dan persekitaran mengenai sejauh mana dakwah secara umum dan khusus kepada golongan mualaf disampaikan kepada masyarakat. Bagi saya tidak memberangsangkan. "Aku sendiri tak reti dekati orang yg bukan Islam untuk menyentuh atau memperkenalkan Islam kepada mereka," Allahu Allah, faghfirlana (ampuni kami). 

Temubual sekejap yg sempat saya dengar itu secara tidak langsung memberi pendedahan kpd saya kepada badan yg bertanggungjawab besar dalam membimbing golongan mualaf iaitu Hidayah Centre Foundation. Besar pahala badan itu. Timbul di hati saya hasrat untuk lebih mengenali badan itu, corak dakwah, program, supaya saya dapat menyertai usaha yg kalau tidak dapat banyak dapatlah sedikit, dan akan dikembangkan kelak, insyaAllah.

Setelah saya melayari laman web HCF, saya tertarik dengan satu buku. Buku pengenalan kepada Islam, yg mencakupi beberapa aspek umum dlm Islam yg sangat sesuai utk dibaca oleh golongan yg ingin mengenali Islam, termasuklah kita yg memang sejak lahir Islam. Ada perkara yg selama ni tak terpandang tentang Islam, tetapi di highlightkan di dalam buku itu. Buku itu boleh dibaca secara percuma. 

Harapan saya:
1. Moga golongan mualaf dan golongan yg ingin mengenali Islam diberi petunjuk dan kekuatan dari Allah dalam keluar dari kegelapan kepada cahaya.
2. Moga saya, kita, dan saudara seIslam yg lain diberi kesedaran tentang kepentingan dakwah yg sebenarnya wajib bagi setiap muslim.
3. Moga saya dipermudahkan dan diberi kesempatan oleh Allah untuk menyertai program atau mengunjungi salah sebuah cawangan HCF, mungkin di Kuala Lumpur.
4. Moga Allah beri petunjuk kepada saya dan kalian untuk mempelajari dakwah kepada masyarakat & orang yg "belum" Islam.
5. Moga HCF tetap kukuh dan berkembang dalam membantu dan menyampaikan dakwah kepada golongan mualaf dan yg belum Islam, termasuklah dalam menerima sokongan dana daripada masyarakat.

InsyaAllah :)

Catatan,
MimRa.
18 Disember 2019

First Edition: 18/12/2019

No comments:

Post a Comment

Kesan melazimi zikir (125)

Bismillahirrahmanirrahim. Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad. PERMULAAN Biasa kan, tasbih digital dijadikan sebagai...