Sunday, 8 December 2019

Mr. Google (003)

Dalam mencari bahan bacaan & panduan, of course, selalunya tempat paling ekspres utk dirujuk adalah Mr. Google. Normal kan utk kita, budak-budak zaman sekarang. Tp, ada satu hari tu yg membuatkan saya terngiang-ngiang tak menyudah bila ada ustaz dalam satu kuliah yg saya hadiri sentuh hal ni, dan dia bagi statement sentap, "...dekat Google tu sesiapa saja boleh edit, boleh post, jadi macamana nak tahu yg ditulis tu benar ataupun baaathil?" 😶

Ok, lepas daripada kuliah haritu, saya dah dikira macam... "Aku tak boleh nak terima bulat-bulat lagi dah.. kena pastikan sumber tu betul-betul dipercayai" contohnya, kalau tentang agama, bab hukum, boleh rujuk website rasmi mufti wpkl, kalau bab kesihatan, cuba utamakan website kkm atau yg mmg ahlinya, dan begitulah utk skop yg lain (setakat ni 2 ni jelah skop yg jadi snek bacaan Mar 😅). 

Macamana pulak dengan website berita, blog? Hmm...? Still lah kena tengok. Kena tapis gak, lagi-lagi yg jenis kejar berita sensasi tu, errrk, sorry i dont think so. Takut-takut bersifat bias, berkepentingan utk pihak tertentu, tak menyeluruh, dan sebagainya.

"...BENAR atau BAAAATHIL," 😥
Kita taknaklah jadi generasi ikut-ikutan. Setiap sesuatu kena ada panduan yg sepatutnya sahih, right? InsyaAllah, kita usaha, selebihnya kita serahkan kpd Allah...
Sekian, saja 😉

Catatan,
MimRa.
9/12/2019

First Edition: 09/12/2019

No comments:

Post a Comment

Kesan melazimi zikir (125)

Bismillahirrahmanirrahim. Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad. PERMULAAN Biasa kan, tasbih digital dijadikan sebagai...