Suatu hari, saya ingin withdraw duit di sebuah ATM di petrol station. Que saya yang ketiga, memandangkan depan saya ada seorang aunty dan yang depan sekali, yang sedang menggunakan ATM itu seorang budak lelaki.
Beberapa ketika, aunty di depan saya mula mendengus tanda sudah tunggu agak lama.
"Entah apalah yang dia buat tu, lama sangat" Api mula nak menyala dalam hati saya. Sambil kita rasa gelisah sebab kita berniat nak buat urusan tu sekejap je, dan kereta masih di salah satu petrol pump. Risau menyusahkan orang lain atau buat orang tertunggu-tunggu. Ini kes isi minyak bayar di kaunter lah.
Rasa macam nak hint pun ya juga supaya dia faham orang lain tengah beratur kat belakang ni kot ya pun urusan transaksi dia tu asyik kena tendang (rejected) je. Grrr.
"Sabar.. sabar.. astaghfirullahal'azim.. tak payah bagi hint.. kejap lagi dia pergi la tu" pujuk hati belah lain.
Pada masa itu, kita memang sudah siap-siap keluarkan kad ATM. Freezer aiskrim dah ditengok, kerepek-kerepek sekeliling dah ditengok, tak tahu nak alihkan kepanasan hati ke mana lagi.
Lalu, kad ATM itu mula saya belek.
"Oh expired 2030, lamanya, lebih 7 tahun eh.." (kata hati)
Memang haritu baru renew kad tu. Tak perasan se-lama itu jangka masa valid kad itu untuk digunakan.
"Hmm.. entah masa itu saya masih hidup lagi atau tidak.." (hati menyambung)
Lately, memang terlalu kerap ingat pada kematian. Boleh jadi ajal saya memang amat dekat, boleh jadi juga saya akan termasuk orang yang dipanjangkan umur hingga 70 ke 80 tahun, apatah lagi if lebih daripada itu. I will never know.
Sangat tidak boleh dijangka. Jadi, hati ni banyak tak merasa senang, daripada bergembira sakan. Atau, lepas gembira sakan, bila teringat, terus turun mood tu. Takut, resah. Dan dalam masa yang sama, sangat mengharapkan rahmat daripada Allah.
Awak tahu ke, bila awak akan mati?
Sama kan, tidak tahu juga.
Bila saya akan mati?
Bagaimana saya akan mati?
Di mana saya akan mati?
Siapa orang pertama yang akan jumpa saya mati?
Malah yang lebih merisaukan, soalan-soalan yang lebih susah daripada itu, oleh malaikat munkar dan nakir dia alam kubur nanti. Yang menjadi penentu nasib di situ, dan ke alam-alam seterusnya. Hanya amal soleh di dunia yang akan membantu menjawab. Saya tak boleh jawab on my behalf.
Berapa banyak kali lalai dan leka, then cuba bertaubat. Kemudian ulang lagi. Taubat lagi.
Entah cukup atau tidak, ya Allah. After setiap kali taubat tu, Allah hadirkan nikmat, tetapi kita belum sempat ganti yang selayaknya atas dosa-dosa kita sendiri, kemudian Allah bagi lagi rahmat yang lain. Banyak sangat hutang kepada Allah yang belum terbayar.
"Aku sedang di-istidrajkan Allah ke?
Kenapa aku masih buat lagi? Dan Allah masih bagi nikmat dan rahmat tak putus?"
- ayat ini boleh jadi jarum syaitan. Kerana apabila kita terlalu menyalahkan diri dan merasa tidak layak diberi rahmat, kita akan mulai give up. Dan give up itulah yang syaitan tunggu-tunggu nak angkat bendera kemenangan.
Lagi tinggi kita rasa nak give up, nak give up, tapi kita lawan dan lawan sekuat hati, insyaAllah Allah akan genggam erat hamba-Nya ini. Kita berjalan ke arah Allah, Allah datang kepada kita dengan berlari. Betapa Allah sayangkan hamba-Nya yang berdosa lalu ia bertaubat seikhlas hati. Lagi berat beban yang kita lawan tu, lagi tinggi darjat Allah nak bagi.
Just, don't give up. Allah tu Maha Pengampun. Allah kalau nak ampunkan, sekelip mata je, tak kira dosa kita besar gunung ke, besar bumi ke, besar antara langit dan bumi ke, ikut kehendak Allah lah kalau Allah nak ampunkan. Kembalilah, kembalilah, dan terus... kembalilah.
Until we die.
Allah takkan pernah jemu menerima taubat kita. Dengan syarat, ikhlas.
Kepanjangan usia, setiap kali bangun tidur, atau terselamat daripada apa-apa kemalangan, memaknakan peluang untuk kita tebus hutang-hutang kita kepada Allah. Sayangnya jika umur yang diberi lebih berbanding orang yang telah pergi itu, kita malah kumpul dosa. Sedang mereka nak kembali ke dunia, dah tak boleh dah walau hanya minta nak solat dua rakaat, atau ucapkan astaghfirullahal'azim satu kali.
Wallahu'alam.
~CM~
[02 Zulkaedah 1444H]
No comments:
Post a Comment