Saya ada memegang satu pendirian bahawa saya tidak patut 'obses' atau 'taksub' apabila meminati atau terinspirasi seseorang walaupun atas kebaikan-kebaikan dia, ilmu dia, amalan dia; kerana sangat meyakini setiap orang pasti ada silap. Jadi, pendirian ini akan menyelamatkan saya daripada 'terlalu mengecam' apabila suatu hari dapat tahu si fulan itu telah membuat satu jenayah, satu pembohongan, satu kesalahan - dan sehingga mencetuskan "boikot dia!" oleh sebahagian masyarakat umum - terutama-utama sekali apabila si fulan masih saudara se-Islam saya. Pada saya, "yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan"
Tuesday, 16 May 2023
Dengki? (083)
Perkara ini terlalu banyak berlaku pada zaman kita sekarang ini dengan kemunculan ramai 'influencer' hatta golongan ilmuwan. Zaman di mana semua perkara akan mudah tersebar sama ada content-nya akan melahirkan rasa "bagusnya dia!" dan tidak terkecuali "bodohnya dia!" (dan segala perkataan yang membawa maksud yang sama).
Apabila kita terlalu taksub dengan kebaikan seseorang, kita akan mudah kecewa hingga ke dasarnya - sehingga kita menafikan segala kebaikan yang telah dilakukan selama ini. Bukan setakat yang buruk sahaja menjadi sempadan malah yang baik juga. Dan bagi saya ini bukan sesuatu yang sihat untuk diri kita (penyakit hati) dan orang lain yang mempunyai rangkaian dengan kita (mempengaruhi orang lain turut berpenyakit hati seperti kita).
Masyarakat kita hari ini terlalu banyak dihidangkan dengan 'sesuatu' yang turut datang bersama bakteria-bakteria penyakit hati. Bakteria-bakteria inilah apabila tidak di-diagnosis awal dan tidak dinyahkan akan mengembang menjadi suatu virus yang menyebabkan penyebaran yang lebih besar - pendemik. Saat itu, untuk mendapatkan rawatan segera sangatlah susah. Sehingga ada yang melihat seolah-olah tiada harapan lagi untuk menyembuhkan. Melainkan ada golongan-golongan yang bersungguh-sungguh sedaya upaya menghasilkan antivirus itu. Namun, bukan mudah diterima oleh semua. Ada puak yang malah menentang - kita ambil contoh sahaja Covid-19 dan vaksin.
Begitu jugalah keadaan penyakit nurani yang mengancam dunia kita hari ini. Sangat halus.
---
Berbalik kepada tajuk. Seperti kebiasaan, kadang kala tajuk tertulis disebabkan isu semasa.
Saya berasa amat janggal apabila melihat orang yang saya pernah terinspirasi, melakukan sesuatu hal di luar garisan ke-tsiqah-an (kepercayaan) atau expectation (kita expect dia terkecuali daripada melakukan sesuatu yang kita tidak gemari, atau bagi kita tidak patut). Lebih spesifik lagi, dalam konteks mempamerkan kemewahan demi kemewahan, atas nama ianya suatu kejayaan.
Pada peringkat awal, kita memang ikut perkembangan dia. Dari waktu dia 'susah' sehingga dia mampu menginspirasikan orang lain dengan meraih kejayaan demi kejayaan hasil tidak putus asa. Semestinya turut menambah inspirasi apabila dia menunjukkan sifat-sifat pemurah dan kemanusiaan.
Namun, hari demi hari. Persoalan demi persoalan mula timbul. Kita mulai merasa tidak senang dengan 'kesenangan' yang ditunjuki. Merasakan dia melakukan sesuatu yang 'tidak penting' atau tidak patut dipamerkan kepada umum kerana mempersoalkan 'apa tujuan dia?'
Siapa tahu?
Yang penting, 'bakteria' (penyakit hati) mulalah muncul. Persoalan bertukar menjadi prasangka. Kita cuba menyandarkan sesuatu dengan ilmu terhad (ilmu setakat yang dipelajari) yang kita ada.
Contoh teragong, Rasulullah s.a.w.. Rasulullah s.a.w. bukan orang miskin. Namun, baginda s.a.w. sendiri mengalami kelaparan hanya disebabkan bahan makanan yang sepatutnya menjadi simpanan di rumah baginda s.a.w. habis diberi kepada orang lain yang meminta atau memerlukan. Baginda tidak pernah berbangga dan tidak pula tenggelam dengan kemewahan yang ada. Tahap mewah itu tidak wujud disebabkan semuanya dikorbankan untuk agama sebelum ia terkumpul begitu lama tanpa pengagihan.
Seperti suatu lirik:
"Akhirnya tujuh dinar diagih,
Barulah tenteram nurani."
(Tujuh Dinar Terakhir - Soutul Amal)
Mungkin inilah yang dikatakan fitnah akhir zaman. Zaman yang terlalu mudah untuk tidak bersembunyi atau berselindung. Bila orang tu buat baik, kita mudah puji. Bila orang tu buat tidak baik, kita mudah kecam.
Ujian untuk kita, boleh jadi ujian untuk orang lain juga. Dan, ujian untuk orang lain turut sama menjadi ujian untuk kita. The difference is the way we handle it.
Kita tidak boleh expect seseorang itu sempurna, termasuklah influencer yang kita gemari pada awalnya itu. Mungkin sudah sampai masanya mencapai had untuk kita lebih berwaspada. Berwaspada dalam konteks menyelamatkan diri kita daripada penyakit hati. Iaitu, dengki dan iri hati.
- 'To-do':
Istilah 'boikot' itu terlalu ekstrim tujuannya. 100% of saying 'no'. Bukan jalan yang terbaik. Sebab kita berhadapan dengan 'perbuatan' dan juga 'pembuat'. Islam mengajar untuk membenci 'perbuatan' namun jangan membenci 'pembuat' Kerana setiap pembuat ada harapan untuk 'kembali' dan dia boleh jadi lebih baik daripada itu, sehingga akhirnya kematian menjemput. Kita bukan penghukum. Yang berhak menghukum adalah Allah.
Kita ambil jalan berpisah atau memutuskan sumber (unfollow/skip). Tujuannya, mewujudkan tempoh bertenang dan merawat hati. Barangkali, kemewahan yang ditunjuki hanya sekarang sahaja kerana dia sedang bersenang-senang bersama keluarga, atas dasar cinta kepada keluarganya. Jadi, kita ambil some gap of time, sehinggalah keadaan menjadi lebih baik, untuk hati kita.
Ingat, kita buat semuanya untuk dapatkan reda Allah, bukan reda manusia.
Tetap, perlu seimbangkan 'hablumminannas' dan 'hablumminallah'. Kita perlu bertindak se-"wise" yang termampu. Selebihnya andai ada terkurang, kita bertawakkal kepada Allah, mohon petunjuk dari-Nya dan mengharap pengampunan-Nya.
Buat orang yang kita sedang membina sempadan ini ke atasnya, kita doakan hidayah buat mereka. Barangkali, mereka sedang diuji tanpa sedar. Atau sebenarnya kitalah yang sedang diuji.
Mahukah kita, masa kita diuji dan kita tidak sedar, lalu Allah terus menghukum kita? Sudah tentu 'tak nak'
Kita mahukan petunjuk yang membawa kita kepada reda-Nya, kepada pengakhiran yang bahagia, bukan sengsara.
Kita hayati sebentar doa solat witir (maksudnya):
"Ya Allah, aku memohon perlindungan-Mu dengan keredaan-Mu daripada ditimpa kemurkaan-Mu, dan aku memohon dengan keafiatan-Mu daripada ditimpa hukuman-Mu, dan aku memohon perlindungan-Mu. Aku tidak mampu untuk membuat pujian ke atas-Mu sebagaimana Engkau memuji diri-Mu sendiri"
(HR Al-Tirmizi)
Wallahu'alam.
~CM~
[26 Syawal 1444H]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kesan melazimi zikir (125)
Bismillahirrahmanirrahim. Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad. PERMULAAN Biasa kan, tasbih digital dijadikan sebagai...
-
Apabila kita melihat poster ini, apa yang kita jangkakan? --- Alhamdulillah, berlalulah program ini pada hari ini dengan memuatkan saya seba...
-
Jika kita ingin merasa kecewa dengan layanan sahabat kepada kita, Fikirkanlah kembali, sepanjang bersamanya, adakah kehendak dia selalu dib...
-
Bismillah. Saya masih terngiang-ngiang dengan dua soalan yang dikemukakan juri semasa temuduga Calon Daie Muda Yadim 2024 yang berlangsung 2...
No comments:
Post a Comment