Wednesday 10 May 2023

Panas! (082)

Kadang-kadang kita sekat kesenangan dan kemudahan yang kita mampu gapai,

Kerana kita takut bila kita capai kesenangan itu kita jadi kurang bersyukur.
Bila kita merasa susah, sulit, dan sukar, antara perkara yang bisa memadamkan perasaan itu adalah dengan memikirkan orang yang lebih susah, lalu, meningkatkan kesyukuran kita walau terasa begitu diuji. Nah, dengan kesusahan kecil itu membantu kita untuk hadirnya perasaan memikirkan orang lain, dan pengharapan serta kebergantungan kita kepada Allah. Meningkatkan kesabaran untuk menahan diri sekuatnya untuk tidak mengeluh dan merungut dengan takdir yang Allah datangkan kepada kita.
Kadang perkara ini tersangatlah kecil atau remeh untuk dibincangkan. Tetapi, perkara kecil-kecil inilah yang akan mendidik perkara-perkara yang lebih besar. Jika perkara kecil ini kita pandang enteng dan kita anggap "boleh mengeluh sikit kot", lalu bagaimana apabila kita diuji dengan ujian yang lebih besar, dan kita tak ada satu 'flashback' untuk mengatakan kita mampu hadap the next level of ujian.
Macam kalau kita main game, even macam candy crush tu. Bila kita baru nak belajar memainkannya, untuk level awal-awal tu, kita belum dapat pick up teknik nak dapatkan mata yang tinggi. Banyak kali jugalah disusuli dengan butang "play again" sebab belum melepasi mata yang patutnya dicapai. Lalu, bila kita cuba banyak kali, wah.. rasa makin 'terer' dan semakin banyak mata yang kita raih. Dengan itu, kita layak ke level seterusnya.. wuhuu🎉
Begitulah ujian yang Allah aturkan untuk kita, ujian-ujian kecil ni kita patut 'terer' menghadapinya. Antara tekniknya adalah bagaimana kita urus sabar kita, bagaimana kita urus baik sangka kita kepada aturan Allah, bagaimana mengawal diri kita untuk tidak merungut dan mengeluh, bagaimana kita berjuang untuk mengatasinya. Semua teknik ini akan meningkatkan mata-mata (pahala) yang kita kumpul. 'High score' yang kita mahu capai itu adalah 'darjat tinggi' yang diimpikan. Ganjarannya bakal menanti di akhirat kelak.
PANAS
Ilham untuk menulis entri ini adalah daripada ujian kepanasan cuaca sepanjang siang dan malam yang negara atau sebahagian bumi sedang hadapi. MasyaAllah, benar-benar menguji. "Ya Allah, panasnya!" Soal berpeluh, tidak tahu sudah berapa balang kalau kita tadah. Air yang diminum seolah-olah hanya untuk proses dehidrasi badan.
Bila panas ni, mulalah banyak benda kita fikir dan tuding jari. Kita pandang kipas yang belum dibersihkan sebagai punca; kita salahkan sistem ventilasi rumah; rasa 'nak' membeli pendingin hawa (maka perlu bersedia dengan pengkatan kos hidup - inilah contoh sekatan kepada kesenangan yang di-highlightkan pada ayat pertama penulisan ini); dan macam-macam lagi. MasyaAllah, hebatnya Allah mengaturkan satu perkara ini (kepanasan) membuatkan kita terfikir macam-macam. Daripada punca, punca, dan punca... sehingga kepada solusi/alternatif yang terbentang. Kemudian, outcomes kepada alternatif, adakah ia memberi kesan, dan mana satu alternatif yang lebih beri kesan yang besar. Semua kita fikirkan. Itulah namanya manusia. Fungsi akal kita untuk hadapi 'benda-benda' macam ni lah. Haiwan tidak fikirkan semua ini. Istimewanya kita manusia. We shouldn't stop at thinking the problems only, but we should use our brain to overcome them. Dengan itu, barulah pintu kejayaan itu terbuka.
Wallahu'alam.
Menulis-menulis juga, masa yang berbaki untuk melakukan hal-hal lain pun kena fikir juga.
~CM~
[20 Syawal 1444H]

No comments:

Post a Comment

Kes Bunuh Di Malaysia Meningkat (CG003)

#tanyaapahariini #chatgpt "Kenapa kebelakangan ini ramai orang berani membunuh di Malaysia" Masalah peningkatan jenayah, termasuk ...