Wednesday, 31 May 2023

Yakin (087)

Allah s.w.t. itu Maha Sempurna.

Sempurna Allah bukan bersifat seperti makhluk. Malah, tidak boleh dibayangkan.
Tinggal kita yakin atau tidak yakin sahaja.
Yakin itu tanda iman.
Tidak yakin itu membawa persoalan kepada tahap keimanan.
Jika yakin dengan sepenuh keyakinan (tawakkaltu 'alallah), maka beruntunglah kita. Hidup akan lebih tenang.
Jika yakin beserta keraguan, atau
Tidak yakin, merugi lah kita. Membuatkan kita memikirkan yang tidak sepatutnya atau tidak perlu, yang lebih-lebih.
Yakin atau tidak yakin kita pada kesempurnaan-Nya tidak memberi kesan langsung pun pada Allah.
Sebab yang bersifat memerlukan itu adalah kita. Allah itu tidak berhajat kepada kita. Sebab Dia Pemilik segalanya. "Kun fayakun"
Setiap baik yang menimpa kita, Allah yang aturkan.
Setiap buruk yang menimpa kita pun Allah yang aturkan.
Bukan "kebetulan", tapi takdir.
Allah rancang semuanya, kita yang lalai.
Again, "innalillahi wainna ilaihi rajiun"
- daripada Allah tiap sesuatu itu datang, kepada Allah kita kembali.
- tidak terhad kepada musibah, malah apabila kita diberi nikmat, pegangan ini yang perlu kita pegang.
- termasuklah apabila kita melihat orang lain ditimpa musibah atau dianugerah kebaikan, ucapan itu juga perlu disegarkan semula dalam hati.
Wallahu'alam.
~CM~
[12 Zulkaedah 1444H]

Sunday, 28 May 2023

Hati orang, atau hati kita? (086)

Bila kita meragui, mempersoalkan keikhlasan (atau tujuan) seseorang melakukan sesuatu,

Adakah dia tak ikhlas,
Atau, kita yang dengki?
Atau, kita yang sedang berburuk sangka?
Niat orang, bukan kawalan kita.
Dan, bukan tanggungkawab kita mengawalnya.
Dan, kita tak akan ditanya tentangnya.
Tetapi, hati kita,
Kita yang dipertanggungjawabkan untuk menjaganya, mengawalnya.
Dan diperhisab, dipersoalkan oleh-Nya.
Wallahu'alam.
~CM~
[09 Zulkaedah 1444H]

Monday, 22 May 2023

Tertulis 2030 (085)

Suatu hari, saya ingin withdraw duit di sebuah ATM di petrol station. Que saya yang ketiga, memandangkan depan saya ada seorang aunty dan yang depan sekali, yang sedang menggunakan ATM itu seorang budak lelaki.

Beberapa ketika, aunty di depan saya mula mendengus tanda sudah tunggu agak lama.
"Entah apalah yang dia buat tu, lama sangat" Api mula nak menyala dalam hati saya. Sambil kita rasa gelisah sebab kita berniat nak buat urusan tu sekejap je, dan kereta masih di salah satu petrol pump. Risau menyusahkan orang lain atau buat orang tertunggu-tunggu. Ini kes isi minyak bayar di kaunter lah.
Rasa macam nak hint pun ya juga supaya dia faham orang lain tengah beratur kat belakang ni kot ya pun urusan transaksi dia tu asyik kena tendang (rejected) je. Grrr.
"Sabar.. sabar.. astaghfirullahal'azim.. tak payah bagi hint.. kejap lagi dia pergi la tu" pujuk hati belah lain.
Pada masa itu, kita memang sudah siap-siap keluarkan kad ATM. Freezer aiskrim dah ditengok, kerepek-kerepek sekeliling dah ditengok, tak tahu nak alihkan kepanasan hati ke mana lagi.
Lalu, kad ATM itu mula saya belek.
"Oh expired 2030, lamanya, lebih 7 tahun eh.." (kata hati)
Memang haritu baru renew kad tu. Tak perasan se-lama itu jangka masa valid kad itu untuk digunakan.
"Hmm.. entah masa itu saya masih hidup lagi atau tidak.." (hati menyambung)
Lately, memang terlalu kerap ingat pada kematian. Boleh jadi ajal saya memang amat dekat, boleh jadi juga saya akan termasuk orang yang dipanjangkan umur hingga 70 ke 80 tahun, apatah lagi if lebih daripada itu. I will never know.
Sangat tidak boleh dijangka. Jadi, hati ni banyak tak merasa senang, daripada bergembira sakan. Atau, lepas gembira sakan, bila teringat, terus turun mood tu. Takut, resah. Dan dalam masa yang sama, sangat mengharapkan rahmat daripada Allah.
Awak tahu ke, bila awak akan mati?
Sama kan, tidak tahu juga.
Bila saya akan mati?
Bagaimana saya akan mati?
Di mana saya akan mati?
Siapa orang pertama yang akan jumpa saya mati?
Malah yang lebih merisaukan, soalan-soalan yang lebih susah daripada itu, oleh malaikat munkar dan nakir dia alam kubur nanti. Yang menjadi penentu nasib di situ, dan ke alam-alam seterusnya. Hanya amal soleh di dunia yang akan membantu menjawab. Saya tak boleh jawab on my behalf.
Berapa banyak kali lalai dan leka, then cuba bertaubat. Kemudian ulang lagi. Taubat lagi.
Entah cukup atau tidak, ya Allah. After setiap kali taubat tu, Allah hadirkan nikmat, tetapi kita belum sempat ganti yang selayaknya atas dosa-dosa kita sendiri, kemudian Allah bagi lagi rahmat yang lain. Banyak sangat hutang kepada Allah yang belum terbayar.
"Aku sedang di-istidrajkan Allah ke?
Kenapa aku masih buat lagi? Dan Allah masih bagi nikmat dan rahmat tak putus?"
- ayat ini boleh jadi jarum syaitan. Kerana apabila kita terlalu menyalahkan diri dan merasa tidak layak diberi rahmat, kita akan mulai give up. Dan give up itulah yang syaitan tunggu-tunggu nak angkat bendera kemenangan.
Lagi tinggi kita rasa nak give up, nak give up, tapi kita lawan dan lawan sekuat hati, insyaAllah Allah akan genggam erat hamba-Nya ini. Kita berjalan ke arah Allah, Allah datang kepada kita dengan berlari. Betapa Allah sayangkan hamba-Nya yang berdosa lalu ia bertaubat seikhlas hati. Lagi berat beban yang kita lawan tu, lagi tinggi darjat Allah nak bagi.
Just, don't give up. Allah tu Maha Pengampun. Allah kalau nak ampunkan, sekelip mata je, tak kira dosa kita besar gunung ke, besar bumi ke, besar antara langit dan bumi ke, ikut kehendak Allah lah kalau Allah nak ampunkan. Kembalilah, kembalilah, dan terus... kembalilah.
Until we die.
Allah takkan pernah jemu menerima taubat kita. Dengan syarat, ikhlas.
Kepanjangan usia, setiap kali bangun tidur, atau terselamat daripada apa-apa kemalangan, memaknakan peluang untuk kita tebus hutang-hutang kita kepada Allah. Sayangnya jika umur yang diberi lebih berbanding orang yang telah pergi itu, kita malah kumpul dosa. Sedang mereka nak kembali ke dunia, dah tak boleh dah walau hanya minta nak solat dua rakaat, atau ucapkan astaghfirullahal'azim satu kali.
Wallahu'alam.
~CM~
[02 Zulkaedah 1444H]

Thursday, 18 May 2023

How we treat our non-follower? (084)

Lately, saya banyak kali jumpa di social media beberapa influencer yang membuat content dengan berjalan secara random, dan menyapa orang awam, dan bertanyakan sama ada mereka "follow" dia? Jika follow, mereka akan beri hadiah kepada follower itu.

Sebelum ni saya tidak ada tanggapan apa-apa melainkan "oh.. cara baru sekarang ni"
Namun, hari ini, saya mula memikirkan.
"How if 'influncer' tu menyapa, tapi, orang yang disapa tu tak follow?"
Is it, "maaflah bukan anda yang kami cari"?
Erk. Macam pelik di situ. Maaflah, saya melihatnya pada sudut berbeza if it also applied.
Sebelum ini, trend yang bukan baharu lagi adalah beri hadiah bertuah atau give away bagi orang yang bertuah selepas mereka melakukan sesuatu yang diminta oleh pemberi tawaran itu. Sekarang dah mula trend begini pula.
Bila sebut tentang trend di social media ni, we aware that it will expand and followed by whole world, if it is interesting dan dapat sambutan sama ada golongan tertentu sahaja atau semua sekali.
Saya mulai bimbang if trend baru ini turut diikuti oleh golongan agamawan. Adakah golongan agamawan/influencer yang menggunakan tiket dakwah sebagai content di media sosial akan turut serta?
If it happen, how it will be?
Imaginasi:
Influencer (da'i): "assalamualaikum.. boleh saya periksa sama ada akak/abang ada follow saya di Instagram/Twitter/Youtube? Sebab kalau akak/abang follow, saya nak bagi akak/abang hadiah istimewa"
Orang awam: ok.. boleh. Kejap saya buka aplikasi.
If follow,
Influencer (da'i): Tahniah akak/abang! Terima kasih kerana follow saya. Jom ikut saya beli hadiah yang akak/abang sendiri boleh pilih!
If tak follow,
Influencer (da'i): Awww, maaf kak/bang. Tak bertuah, sebab tak follow saya.
Na'uzubillahi min zalik. Semoga Allah lindungi para da'i daripada melakukan perkara yang bagi saya agak keji. Ini bukan cara Islam. Terserlah yang dimahukan hanyalah pengikut bertopengkan agama.
Inilah salah satu penyakit akhir zaman kita sekarang.
"Benda tak jadi lagi. Buat apa fikir bukan-bukan?"
This is just an example ya. Sesuatu yang belum terjadi. Supaya, tidaklah sesetangah pihak akan merasakan saya tuju kepada sesiapa.
Cuba kita fikir sejenak, trend-trend harini. Bagaimana content creator mengunakan cara yang macam-macam (ikut trend) yang sebenarnya diorang bukan marketkan keindahan Islam, tetapi mereka mengikuti arus, buat apa yang pengikut akan suka.
Termasuklah, menunjukkan kemewahan yang ada, contoh:
- House tour (buat lebih kepada nak memenuhi request follower, bukan sebab nak share ilmu dalam memilih bahan-bahan tertentu untuk mendapatkan rumah idaman)
- Kebahagiaan rumah tangga, istimewa suami isteri (yang berlebih-lebihan)
- Kereta mewah ke sana ke mari
"Kau tau ke niat orang tu? Kenapa kau nak busuk hati sangat?"
"Habistu, kalau diorang tak buat semua tu, orang pun tak seronoklah asyik nak serius je"
Ya Rabbana. Ke situ kan, jadinya.
Masyarakat kita ni dah terbiasa dengan mengharapkan kelonggaran demi kelonggaran. Akhirnya, apa yang tinggal? Goyah. Sikit-sikit nak sentitif. Sikit-sikit emosi. Sikit-sikit nak marah. "Apa semua tak boleh?" Ini semua faktornya lah.
Hidup ni bukan untuk berhibur je tau.
Hiburan tu semua sementara. Situasi harini analoginya, sama lah macam orang yang sanggup buat apa saja dekat muka, asalkan kelihatan awet muda. Kau tak sedar, sebanyak mana kau spend wang ringgit sanggup buat operate dan guna skincare itu ini, akhirnya usia engkau tetap menua. Kita sedang menghitung hari-hari yang bakal meninggalkan kita. Sampai saat, Tuan (Pencipta kita) kata, "ok, masa kau dah tamat"
Saat itulah kita dimatikan. Kehidupan yang sementara itu kita tinggalkan dan di-transitkan ke stesen-stesen ke alam abadi.
Then, apa bekal kita bawa?
Rumah cantik? Kereta mewah?
Keluarga kita yang kita pamerkan kebahagiaan tu, mampu tolong tak? Kita dah didik diorang untuk mampu tarik kita andai kita terhumban ke neraka tak?
Allahu Allah, lindungi kami. Selamatkan kami. Sempatkan kami kembali kepada-Mu sebelum ajal menjemput kami. Tiada manfaat lagi andai di alam seterusnya baru kami merayu untuk kembali kerana saat itu Engkau takkan beri peluang kepada kami lagi. Kami khilaf ya Allah. Tunjukkan kami jalan lurus menuju reda-Mu.
Sedarkah kita, kaum terdahulu menafikan kebenaran Al-Quran hanya sebab bagi diorang segala ancaman dalam Al-Quran tu tak logik dan takkan terjadi? Kita orang beriman takkan nak ada pemikiran macam tu jugak? Yang tak takut kepada hukuman Allah? Padahal, kita ni dah kira banyak sangat dah tanda-tanda bukti yang dah ditunjukkan dan kaum terdahulu tu mereka kira tak beruntung sebab tak diberi peluang kedua, apatah lagi peluang ketiga keempat macam yang kita dapat harini. Kita masih memilih untuk leka dan lalai, dan masih nak menikmati permainan dunia ini?
Marilah kita sama-sama kembali.
Sakitnya, penat jerih perjuangan Rasulullah s.a.w. nak sampaikan Islam ini kepada kita. Daripada zaman para sahabat, tabiin, tabi' tabiin, dan seterusnya jauh perjalanan nak sampai kepada kita. Sampai ke kita, semua tu macam tak ada makna pula bila kita sanggup menegakkan keseronokan yang kita mahu nikmati.
Ya kita tak sempurna, banyak dosa, keliling kita kawan-kawan tak ada yang kita boleh gerak bersama. Kita ada Allah. Maknakan keberadaan Allah yang tak pernah tinggalkan kita. Yang cipta kita semua masing-masing ada purpose dan tidak sia-sia. Kepada Dia kita kembali. Sentiasa ulangi. Selalu pulang.
---
Muhasabah
Sebagai da'i, adakah kita hanya sampaikan Islam kepada orang yang favour dengan kita sahaja? Kepada orang yang nak dengar cakap kita sahaja? Kepada orang yang selalu puji kita sahaja? Kepada orang yang tak judge kita sahaja? Kepada orang yang respon kepada kita dengan cara baik sahaja? Kepada orang yang kenal kita sahaja? Kepada orang yang berminat nak dengar agama sahaja? Bagaimana pula jika yang sebaliknya?
Sebarkanlah cinta, ikhlaskan hatimu.
Wallahu'alam.
~CM~
[28 Syawal 1444H]

Tuesday, 16 May 2023

Dengki? (083)

Saya ada memegang satu pendirian bahawa saya tidak patut 'obses' atau 'taksub' apabila meminati atau terinspirasi seseorang walaupun atas kebaikan-kebaikan dia, ilmu dia, amalan dia; kerana sangat meyakini setiap orang pasti ada silap. Jadi, pendirian ini akan menyelamatkan saya daripada 'terlalu mengecam' apabila suatu hari dapat tahu si fulan itu telah membuat satu jenayah, satu pembohongan, satu kesalahan - dan sehingga mencetuskan "boikot dia!" oleh sebahagian masyarakat umum - terutama-utama sekali apabila si fulan masih saudara se-Islam saya. Pada saya, "yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan"

Perkara ini terlalu banyak berlaku pada zaman kita sekarang ini dengan kemunculan ramai 'influencer' hatta golongan ilmuwan. Zaman di mana semua perkara akan mudah tersebar sama ada content-nya akan melahirkan rasa "bagusnya dia!" dan tidak terkecuali "bodohnya dia!" (dan segala perkataan yang membawa maksud yang sama).
Apabila kita terlalu taksub dengan kebaikan seseorang, kita akan mudah kecewa hingga ke dasarnya - sehingga kita menafikan segala kebaikan yang telah dilakukan selama ini. Bukan setakat yang buruk sahaja menjadi sempadan malah yang baik juga. Dan bagi saya ini bukan sesuatu yang sihat untuk diri kita (penyakit hati) dan orang lain yang mempunyai rangkaian dengan kita (mempengaruhi orang lain turut berpenyakit hati seperti kita).
Masyarakat kita hari ini terlalu banyak dihidangkan dengan 'sesuatu' yang turut datang bersama bakteria-bakteria penyakit hati. Bakteria-bakteria inilah apabila tidak di-diagnosis awal dan tidak dinyahkan akan mengembang menjadi suatu virus yang menyebabkan penyebaran yang lebih besar - pendemik. Saat itu, untuk mendapatkan rawatan segera sangatlah susah. Sehingga ada yang melihat seolah-olah tiada harapan lagi untuk menyembuhkan. Melainkan ada golongan-golongan yang bersungguh-sungguh sedaya upaya menghasilkan antivirus itu. Namun, bukan mudah diterima oleh semua. Ada puak yang malah menentang - kita ambil contoh sahaja Covid-19 dan vaksin.
Begitu jugalah keadaan penyakit nurani yang mengancam dunia kita hari ini. Sangat halus.
---
Berbalik kepada tajuk. Seperti kebiasaan, kadang kala tajuk tertulis disebabkan isu semasa.
Saya berasa amat janggal apabila melihat orang yang saya pernah terinspirasi, melakukan sesuatu hal di luar garisan ke-tsiqah-an (kepercayaan) atau expectation (kita expect dia terkecuali daripada melakukan sesuatu yang kita tidak gemari, atau bagi kita tidak patut). Lebih spesifik lagi, dalam konteks mempamerkan kemewahan demi kemewahan, atas nama ianya suatu kejayaan.
Pada peringkat awal, kita memang ikut perkembangan dia. Dari waktu dia 'susah' sehingga dia mampu menginspirasikan orang lain dengan meraih kejayaan demi kejayaan hasil tidak putus asa. Semestinya turut menambah inspirasi apabila dia menunjukkan sifat-sifat pemurah dan kemanusiaan.
Namun, hari demi hari. Persoalan demi persoalan mula timbul. Kita mulai merasa tidak senang dengan 'kesenangan' yang ditunjuki. Merasakan dia melakukan sesuatu yang 'tidak penting' atau tidak patut dipamerkan kepada umum kerana mempersoalkan 'apa tujuan dia?'
Siapa tahu?
Yang penting, 'bakteria' (penyakit hati) mulalah muncul. Persoalan bertukar menjadi prasangka. Kita cuba menyandarkan sesuatu dengan ilmu terhad (ilmu setakat yang dipelajari) yang kita ada.
Contoh teragong, Rasulullah s.a.w.. Rasulullah s.a.w. bukan orang miskin. Namun, baginda s.a.w. sendiri mengalami kelaparan hanya disebabkan bahan makanan yang sepatutnya menjadi simpanan di rumah baginda s.a.w. habis diberi kepada orang lain yang meminta atau memerlukan. Baginda tidak pernah berbangga dan tidak pula tenggelam dengan kemewahan yang ada. Tahap mewah itu tidak wujud disebabkan semuanya dikorbankan untuk agama sebelum ia terkumpul begitu lama tanpa pengagihan.
Seperti suatu lirik:
"Akhirnya tujuh dinar diagih,
Barulah tenteram nurani."
(Tujuh Dinar Terakhir - Soutul Amal)
Mungkin inilah yang dikatakan fitnah akhir zaman. Zaman yang terlalu mudah untuk tidak bersembunyi atau berselindung. Bila orang tu buat baik, kita mudah puji. Bila orang tu buat tidak baik, kita mudah kecam.
Ujian untuk kita, boleh jadi ujian untuk orang lain juga. Dan, ujian untuk orang lain turut sama menjadi ujian untuk kita. The difference is the way we handle it.
Kita tidak boleh expect seseorang itu sempurna, termasuklah influencer yang kita gemari pada awalnya itu. Mungkin sudah sampai masanya mencapai had untuk kita lebih berwaspada. Berwaspada dalam konteks menyelamatkan diri kita daripada penyakit hati. Iaitu, dengki dan iri hati.
- 'To-do':
Istilah 'boikot' itu terlalu ekstrim tujuannya. 100% of saying 'no'. Bukan jalan yang terbaik. Sebab kita berhadapan dengan 'perbuatan' dan juga 'pembuat'. Islam mengajar untuk membenci 'perbuatan' namun jangan membenci 'pembuat' Kerana setiap pembuat ada harapan untuk 'kembali' dan dia boleh jadi lebih baik daripada itu, sehingga akhirnya kematian menjemput. Kita bukan penghukum. Yang berhak menghukum adalah Allah.
Kita ambil jalan berpisah atau memutuskan sumber (unfollow/skip). Tujuannya, mewujudkan tempoh bertenang dan merawat hati. Barangkali, kemewahan yang ditunjuki hanya sekarang sahaja kerana dia sedang bersenang-senang bersama keluarga, atas dasar cinta kepada keluarganya. Jadi, kita ambil some gap of time, sehinggalah keadaan menjadi lebih baik, untuk hati kita.
Ingat, kita buat semuanya untuk dapatkan reda Allah, bukan reda manusia.
Tetap, perlu seimbangkan 'hablumminannas' dan 'hablumminallah'. Kita perlu bertindak se-"wise" yang termampu. Selebihnya andai ada terkurang, kita bertawakkal kepada Allah, mohon petunjuk dari-Nya dan mengharap pengampunan-Nya.
Buat orang yang kita sedang membina sempadan ini ke atasnya, kita doakan hidayah buat mereka. Barangkali, mereka sedang diuji tanpa sedar. Atau sebenarnya kitalah yang sedang diuji.
Mahukah kita, masa kita diuji dan kita tidak sedar, lalu Allah terus menghukum kita? Sudah tentu 'tak nak'
Kita mahukan petunjuk yang membawa kita kepada reda-Nya, kepada pengakhiran yang bahagia, bukan sengsara.
Kita hayati sebentar doa solat witir (maksudnya):
"Ya Allah, aku memohon perlindungan-Mu dengan keredaan-Mu daripada ditimpa kemurkaan-Mu, dan aku memohon dengan keafiatan-Mu daripada ditimpa hukuman-Mu, dan aku memohon perlindungan-Mu. Aku tidak mampu untuk membuat pujian ke atas-Mu sebagaimana Engkau memuji diri-Mu sendiri"
(HR Al-Tirmizi)
Wallahu'alam.
~CM~
[26 Syawal 1444H]

Wednesday, 10 May 2023

Panas! (082)

Kadang-kadang kita sekat kesenangan dan kemudahan yang kita mampu gapai,

Kerana kita takut bila kita capai kesenangan itu kita jadi kurang bersyukur.
Bila kita merasa susah, sulit, dan sukar, antara perkara yang bisa memadamkan perasaan itu adalah dengan memikirkan orang yang lebih susah, lalu, meningkatkan kesyukuran kita walau terasa begitu diuji. Nah, dengan kesusahan kecil itu membantu kita untuk hadirnya perasaan memikirkan orang lain, dan pengharapan serta kebergantungan kita kepada Allah. Meningkatkan kesabaran untuk menahan diri sekuatnya untuk tidak mengeluh dan merungut dengan takdir yang Allah datangkan kepada kita.
Kadang perkara ini tersangatlah kecil atau remeh untuk dibincangkan. Tetapi, perkara kecil-kecil inilah yang akan mendidik perkara-perkara yang lebih besar. Jika perkara kecil ini kita pandang enteng dan kita anggap "boleh mengeluh sikit kot", lalu bagaimana apabila kita diuji dengan ujian yang lebih besar, dan kita tak ada satu 'flashback' untuk mengatakan kita mampu hadap the next level of ujian.
Macam kalau kita main game, even macam candy crush tu. Bila kita baru nak belajar memainkannya, untuk level awal-awal tu, kita belum dapat pick up teknik nak dapatkan mata yang tinggi. Banyak kali jugalah disusuli dengan butang "play again" sebab belum melepasi mata yang patutnya dicapai. Lalu, bila kita cuba banyak kali, wah.. rasa makin 'terer' dan semakin banyak mata yang kita raih. Dengan itu, kita layak ke level seterusnya.. wuhuu🎉
Begitulah ujian yang Allah aturkan untuk kita, ujian-ujian kecil ni kita patut 'terer' menghadapinya. Antara tekniknya adalah bagaimana kita urus sabar kita, bagaimana kita urus baik sangka kita kepada aturan Allah, bagaimana mengawal diri kita untuk tidak merungut dan mengeluh, bagaimana kita berjuang untuk mengatasinya. Semua teknik ini akan meningkatkan mata-mata (pahala) yang kita kumpul. 'High score' yang kita mahu capai itu adalah 'darjat tinggi' yang diimpikan. Ganjarannya bakal menanti di akhirat kelak.
PANAS
Ilham untuk menulis entri ini adalah daripada ujian kepanasan cuaca sepanjang siang dan malam yang negara atau sebahagian bumi sedang hadapi. MasyaAllah, benar-benar menguji. "Ya Allah, panasnya!" Soal berpeluh, tidak tahu sudah berapa balang kalau kita tadah. Air yang diminum seolah-olah hanya untuk proses dehidrasi badan.
Bila panas ni, mulalah banyak benda kita fikir dan tuding jari. Kita pandang kipas yang belum dibersihkan sebagai punca; kita salahkan sistem ventilasi rumah; rasa 'nak' membeli pendingin hawa (maka perlu bersedia dengan pengkatan kos hidup - inilah contoh sekatan kepada kesenangan yang di-highlightkan pada ayat pertama penulisan ini); dan macam-macam lagi. MasyaAllah, hebatnya Allah mengaturkan satu perkara ini (kepanasan) membuatkan kita terfikir macam-macam. Daripada punca, punca, dan punca... sehingga kepada solusi/alternatif yang terbentang. Kemudian, outcomes kepada alternatif, adakah ia memberi kesan, dan mana satu alternatif yang lebih beri kesan yang besar. Semua kita fikirkan. Itulah namanya manusia. Fungsi akal kita untuk hadapi 'benda-benda' macam ni lah. Haiwan tidak fikirkan semua ini. Istimewanya kita manusia. We shouldn't stop at thinking the problems only, but we should use our brain to overcome them. Dengan itu, barulah pintu kejayaan itu terbuka.
Wallahu'alam.
Menulis-menulis juga, masa yang berbaki untuk melakukan hal-hal lain pun kena fikir juga.
~CM~
[20 Syawal 1444H]

Tuesday, 9 May 2023

Beri dan reda (080)

Kita akan lebih bahagia apabila kita memberikan sesuatu kepada seseorang mahupun haiwan, tumbuh-tumbuhan, atau alam sekalipun, TANPA mengharapkan balasan apa pun daripada mereka.

"aku buat ni, insyaAllah aku tak kisah kalau dia tak menghargai.. yg penting memudahkan dan menyenangkan dia.. kerana aku yakin ada yg Maha Melihat dan Maha Menimbang, Dia Maha Kaya, Maha Pemurah.. aku tidak patut 'terasa' suatu hari nanti"
Reda dan buat kerana cinta.
InsyaAllah kita dapat cinta manusia dan cinta Allah. Tak mengapa jika cinta manusia kita tak dapat, tetapi tetap, cinta Allah milik kitaaa❤️
Sentiasa bersangka baik.
Dan jangan lupa utk sentiasa berterima kasih pula kepada pemberi, kerana kalau kita tidak menzahirkannya, tanda tak berterima kasih pada Allah. Na'uzubillah.
~CM~
[19 Syawal 1444H]

Kesan melazimi zikir (125)

Bismillahirrahmanirrahim. Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad. PERMULAAN Biasa kan, tasbih digital dijadikan sebagai...