Monday, 30 December 2019

Lelaki Sejati - Masalah (008)

Penghujung tahun 2019 ini, mata, telinga, mulut dan fikiran saya terlalu kerap memproses situasi-situasi yang diwujudkan oleh kaum lelaki. Apa sebenarnya terjadi? Bingung. Adakah harapan di sebalik kerisauan? Wahai kaum lelaki, adakah kalian sedar yang kami kaum wanita, banyak risaukan gejala sosial yang ditimbulkan oleh sebahagian daripada kalian, yang membuatkan sebahagian kami dihancur luluhkan hati? Bukankah anda pemimpin kami?

Sejauh mana pengetahuan dan kesedaran kalian tentang perkara-perkara di bawah ini?:

P1. Transgender.
P2. Gay, biseksual, B2B, & penonton setia video lucah.
P3. Lepaskan tanggungjawab sebagai suami.
P4. Curang.
P5. Meminta sedekah, gelandangan. 

Mari kita renung satu per satu. P1. Mungkin ada sesetengah orang anggap perkara ni macam lucu, macam serius dan ada anggap perkara ni perkara biasa. Pada saya, saya mula risau bila melihat transgender lelaki lebih menjadi-jadi ibarat cendawan tumbuh selepas hujan melebihi transgender perempuan. Terma kasar yang digunakan masyarakat adalah “pondan”. Nak dibandingkan dengan jumlah perempuan yang “pengkid”, saya lihat golongan “nyah” ini lebih bermaharajalela. Mungkin inilah dikatakan kekuatan yang disalah gunakan. Golongan pondan mempunyai satu aura dan kesatuan yang tersendiri. Mereka mampu bangkit menyokong antara satu sama lain. Pantang dipandang rendah, mahu di-soundnya! Memang sesuailah dengan sifat fitrah lelaki; berkuasa, bertenaga. Namun, sedih. Kekuatan itu disalahgunakan, disalah erti. Pada mereka, mereka sudah tidak ada naluri lelaki. Bukankah naluri perempuan itu penuh dengan sifat ‘lemah’ lembut, penyayang, mudah merajuk (sensitif)? Transgender itu bukannya naluri, itu lakonan anda, itu tipu daya dunia sahaja! Adakah anda jenis mudah ditipu?

P2. Allahuakbar. Luluh hati, andai saya ada anak, anak saya cenderung (melakukan hubungan) kepada jantinanya sendiri (gay). Ya, mungkin saya tak kaji apa pula punca kepada gejala P2 ini. Selain pada kecederungan pada perbuatan seksual itu sendiri. Saya tidak tahu apa yang difikirkan oleh seorang lelaki untuk berhubungan dengan rakan sejenisnya sendiri, melainkan jawapannya akan berputar-putar kepada kegagalan menahan syahwat. Ketahuilah, jika anda lemah pada menahan syahwat, nasihat saya, berpuasalah. Buktikanlah anda lelaki yang kuat, kuat untuk berpuasa! Perbanyakkanlah berpuasa, dengan niat agar Allah beri kekuatan melawan apa-apa jenis syahwat tak kiralah kita ini lelaki atau perempuan. Saya percaya, setiap orang zaman sekarang ini mempunyai rahsia syahwatnya tersendiri, yang ya sudah tentu, tak perlu pun dikongsi dengan orang lain, kerana ianya aib. Zaman kita, hidangan yang mengundang syahwat bersepah-sepah, percuma, dan tak perlukan sentuhan pun. Sebab itu semua orang berpotensi melakukannya, walaupun seorang diri. Na’uzubillah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat, lagi Maha Mengetahui. Dan ketahuilah azab Allah amatlah pedih! Tahukah anda, perbuatan seksual yang songsang menjemput pelbagai penyakit kepada diri anda sendiri. Sudah tentulah, penyakit yang mengaibkan diri sendiri, terutamanya bila mati, bila orang lain nak kena uruskan jenazah kita. Tidak cukup dengan diri anda sendiri yang menaggung akibatnya, mungkin anda atau orang yang biseksual yang mempunyai isteri akan turut memudaratkan isteri yang tidak bersalah. Bertaubatlah, Allah Maha Pengampun dan Maha Memberi Petunjuk.

P3. Bila sebut tentang tanggungjawab, for sure, perkara yang terlintas di kepala majoriti kita adalah nafkah. Saya pernah berbincang dengan seorang kawan, dia berkongsi rumusan pada pandangannya bahawa, “Satu-satu rumahtangga itu mempunyai risiko untuk retak hanya kerana pendapatan isteri lebih tinggi daripada pendapatan suami,” Cuba kita fikir, ramai sahaja yang kita dengan lelaki yang menginginkan isteri yang lebih berduit daripadanya. Agak-agak sebab apa? Supaya poket dia tak kering ke? Yah, itu sekadar andaian. Berbalik kepada konsep nafkah. Seorang suami wajib memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, tidak kiralah pada awal perkahwinan, isteri bersetuju untuk membantu. “Membantu” itu tak bermakna anda boleh duduk dalam zon selesa, tak bermakna tanggungjawab anda sudah terlepas. Itu persetujuan antara anda dengan isteri. Anda sedar tak, persetujuan antara suami isteri tak melepaskan tanggungjawab anda pada Tuhan? Menunaikan nafkah tetap wajib antara anda dengan Allah. Samalah seperti tanggungjawab untuk berbakti kepada kedua ibu bapa. Bukan sebab mak ayah kita telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang dan pengorbanan, hatta, kita tetap wajib berbakti kepada ibu yang telah membuang kita, yang tak mengakui kita anaknya sedangkan kita memang darah dagingnya. Semuanya sebab itu suruhan Allah, dan bila gagal melaksanakannya, sesunggunnya Allah Maha Mengira. Sedarlah, seorang isteri mungkin pada awal dia bersetuju, namun, dia juga punyai keinginan untuk punyai kehidupan yang lebih baik. Bila isteri pada awal bersetuju untuk meringankan beban anda, anda patut jadikannya sebagai cabaran untuk membalasnya kembali semampu yang boleh. Anda lelaki kot, takkan nak tengok bini je tanggung anda, walaupun hanya anda dengan dia je tahu! Ini boleh jadi punca ok. Lama-kelamaan, isteri boleh je rasa terbeban, kerana mungkin wishlistnya tak dapat ditunaikan disebabkan terpaksa berkorban. Fikirlah sumbangan isteri, dan hargailah. Ucaplah terima kasih, minta maaf sebab belum mampu beri yang sempurna. InsyaAllah itu cukup melegakan hati isteri. Anda kan terer bagi ayat manis, tapi, bukan untuk niat lain ya! Niat untuk menghargai, bukan membodek, dan untuk kepentingan diri.

P4. Seriuslaa. Hanya wanita yang menghadapinya sahajalah yang mengetahui bagaimana hancur luluh hati saat hubungan mesra yang dijalinkan oleh si suami itu sampai pada pengetahuannya. Membayangkannya sahaja sudah mampu memberi kesan kepada jiwa, “wujud lagi ke lelaki yang baik dan setia kat dunia ni,” (ini ayat fevered gegirl single zaman sekarang). “Alah, perempuan pun teks dengan lelaki gak, bermesra belakang lelaki dia gak,” So? Apa peranan anda sebagai suami? Bila isteri buat salah, anda juga salah kalau anda salahkan isteri tanpa melihat salah sendiri. Peranan suami itu mendidik. Bila isteri buat salah, ajar dia, slow talk, jangan terus menghukum. Didikan itu perlu dari awal sejak akad nikah dilafazkan. Sebab itu proses akad nikah mengambil masa yang lama. Ada sesi penyerahan tanggungjawab bapa, dan secara langsung tanggungjawab itu dipindahkan ke bahu anda. Bukankah bapanya telah menjaga dan mendidiknya, dan memberi kepercayaan kepada anda untuk mengambil alih semua tugasnya itu. Itulah. Sesi akad nikah bukannya setakat untuk dirakam jadi kenangan. Itu bukti dan janji! Study dulu sebelum nikah tu. Study tentang ilmu rumahtangga tak cukup dengan menghadiri kursus kahwin setakat sehari dua itu sahaja. Eh, macam salah huraian pulak. Patutnya point curang lelaki yang buat. Di manakah kesetiaan? Nak kata mungkin punca lelaki cari lain mungkin sebab tak ada anak lepas dah kahwin beberapa tahun. Tapi, tak jugak. Ramai je yang dah beranak pinak pun buat hal. Astaghfirullahal’azim. Di manalah sakinah, mawaddah warahmah yang sepatutnya dibina oleh kedua-dua pasangan? Again, malulah pada Tuhan bila anda curang. Anda bukannya bujang lagi, yang tak ada amanah untuk dijaga di rumah.

P5. Sebenarnya perkara ini saya tahu mungkin tak sesuai pun untuk target reader saya. Sebab saya ada keyakinan tinggi yang reader saya tidak tergolong dalam golongan ini, sebab, tak mungkin mampu miliki telefon bimbit, melanggan data untuk membaca di fb ini. Tapi, sekadar untuk renungan. Kita lihat kepada punca, kita tak boleh jamin yang kita mungkin bakal diuji dengan kegagalan dalam hidup. Harapannya, moga andai kita gagal suatu hari nanti, kita takkan jatuh sebegitu rupa. Ramai saya lihat gelandangan dan peminta sedekah ni juga daripada kalangan lelaki. Sedih, bila dilihat anggota tubuh. Masih sempurna. Ya, mungkin ada yang ditarik nikmat tangan dan kakinya, tapi, ramai sahaja OKU yang mempunyai kehidupan seperti orang biasa. Mungkin faktor didikan juga. Kadang, orang yang memang dari awal lahir sebagai gelandangan, mereka tak punyai sumber pendidikan dan motivasi untuk mengeluarkan mereka daripada kepompong itu.

Alhamdulillah. Panjang lagi penulisan kali ni. Entah siapalah yang baca sampai habis, haha. Tapi, takpa. Apa yang terbuku dihati sudah dipindahkan dalam bentuk penulisan, tujuannya bukan menghidupkan api, tetapi, setakat menyediakan modal untuk membeli kayu api sama ada untuk bakar BBQ atau bakar rumah sendiri (anda yang memilihnya).

InsyaAllah saya akan sambung solusi pada penulisan mendatang, “Lelaki Sejati – Solusi” (009) sebagai penutup penulisan bagi tahun ini. Tinggal satu malam sahaja lagi, gulp!

Catatan, 
MimRa.
30 Disember 2019.

First Edition: 31/12/2019

Saturday, 28 December 2019

Antara Dakwah & Menjaga Persekitaran – Cabaran 2020 (007)

Tahun depan, tahun 2020, kemuncak bagi segala wawasan negara. Tahun penilaian segala aspek pembangunan, adakah mencapai matlamat ataupun masih banyak perlu diubah itu ini. Ya, dunia makin mencabar. Setiap peringkat itu mencabar. Individu, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara. 

Seseorang itu, dia akan melalui zaman di mana dia dijaga oleh kedua ibu bapanya. Kemudian, dia melangkah ke alam universiti. Kemudian, setelah selamat menamatkan pembelajaran, maka, “kehidupan sebenar” akan mula ditempuh, iaitu alam pekerjaan, di mana, dia mungkin terpaksa berhijrah dari desa ke kota, membawa diri demi mencari rezeki yang halal. Siapa boleh kata setiap fasa ni tiada cabarannya? Hebatnya kamu!

Bagi sesiapa yang sedar bahawa dakwah itu suatu kewajipan, dia mungkin akan melalui pelbagai dilema dalam setiap keputusan yang dia ingin lakukan dalam kehidupan seharian. Ya, tak semestinya dia tu orang yang baik sangat, ya, dia tetap pendosa, tapi, dia cuba untuk menunaikan suruhan Allah dan nabi s.a.w.. 

“Dakwah” – Merangkumi perbuatan mengajak orang lain kepada kebaikan, mencegah kemungkaran, menunjukkan akhlak Islam sebenar sehingga mampu menarik orang lain untuk mengikuti cara hidup Islam sebenar, walaupun sekecil-kecil perkara (kerana sekecil-kecil perkara itu ada nilaiannya di sisi Allah).
“Persekitaran” – Persekitaran di sini merujuk kepada “bi’ah solehah”, iaitu persekitaran Islami, yang dapat mengekalkan kita dalam kebaikan dan mengelakkan kita daripada dosa/maksiat. Boleh jadi didapati daripada keluarga, kawan-kawan yang digauli, persatuan, dan juga tempat yang dijejaki seperti masjid/surau.

Bila seseorang sudah menjejakkan kaki ke alam pekerjaan, percayalah majoriti kita takkan dapat bawa kawan-kawan, sahabat-sahabat seperjuangan yang mempunyai pemikiran dan perjuangan yang sama semasa sebelum dia mendapat kerja. Bermakna, dia perlu berjuang seorang diri. Kemudian, dia akan disibukkan dengan kerja sehingga masa yang diluangkan bersama bi’ah solehah itu mungkin terpaksa diketepikan atas faktor yang lebih mendesak. Jadi, apabila bi’ah solehah ini terpaksa diketepikan, apa yang akan mengambil alih? Tentunya, kawan-kawan di tempat kerja dan juga persekitaran yang wujud di tempat kerja. Minimum seminggu lima hari bekerja kita akan didampingi oleh orang yang sama-sama bekerja dengan kita. Asalnya, sabtu ahad menjadi masa untuk diluangkan bersama keluarga, namun, disebabkan projek di tempat kerja, dua hari itu juga terpaksa dikorbankan dan diganti pula dengan masa bekerja lebih masa. Jadi, masa bila kita nak sempatkan diri untuk “stay on track” dengan bi’ah solehah itu? Bi’ah solehah bagi saya memang tak wajib. Ada orang tak pernah dengar pun bi’ah solehah itu apa dia. Yang wajibnya adalah untuk menjadi hamba yang bertaqwa. Bi’ah solehah ini cuma salah satu jalan mudah untuk kita mendapat taqwa. 

Itu baru sikit tentang bi’ah solehah. Bagaimana pula dengan dakwah? Sedangkan nak mendapatkan persekitaran yang baik itu sukar, inikan pula dakwah. Dan dakwah juga wajib. Macamana ni? Kiranya macam ni lah; dakwah itu adalah “internal force” (kita yang perlu bertindak) manakala bi’ah solehah itu adalah “external force” (faktor luar yang mempengaruhi kita). Kalau tak dapat duduk dalam bi’ah solehah, mampu ke kita nak buat dakwah? Nah, itulah kaitannya. 

Persoalannya hari ni, kita mungkin takkan dapat dua (dakwah & bi’ah solehah) dalam satu masa. Kita terpaksa memilih. Ok, adakah dakwah yang kamu pilih? Maka, persekitaran yang kamu dapat adalah pesekitaran yang sebaliknya. Ok, yang kedua, adakah bi’ah solehah yang kamu pilih? Maka, dakwah mungkin tak tersebar (terutamanya, mengajak kepada kebaikan & mencegah kemungkaran). Mana yang lebih utama?

Apabila dakwah yang dipilih, maka, bermakna kita memilih untuk menempuhi jalan yang berduri. Yang perlu diiringi dengan sabar, jihad melawan nafsu, jihad menepis ajakan yang boleh membawa kita kepada lalai daripada mengingati Allah, dan melihat seolah-olah dunia ini lebih penting daripada akhirat. Mana taknya, seronok kan bila kita dapat rasa nikmat dunia? Dapat kawan yang syok, enjoy, kelakar. Lepastu, dapat pergi sana sini, buat aktiviti itu ini. Kita biasa dengar/guna, “Masa muda ni lah masa nak seronok-seronok,” Tertanggal dah label “aku kena dakwah” daripada diri kepada “aku kena enjoy”. Solat pun akhir-akhir waktu je. “eh kenapa, masih solat kan?” (adakah ini jawapan kita pada Allah?). Mampu ke kita kekalkan momentum untuk jadi orang bertaqwa? (Faghfirlana) Inilah cabaran sebenar. Dan biasanya, bila terpaksa memilih untuk tidak menyertai, kita mungkin berpotensi untuk dipulau, dilable sebagi “tidak bergaul”, tidak mesra dan kita sendiri tidak akan dapat lihat itulah cabaran umat zaman ini (yang perlu kita bendung), kita rasa kita selamat sedangkan kita sedang mengenepikan usaha dakwah.

Apabila bi’ah solehah yang kita pilih, bermakna kita dalam zon selesa. Kita akan kurang mendepani maksiat mata, telinga dan lidah yang memerlukan kita melakukan dakwah. Kita mungkin akan mampu tersenyum sebab tak rasa ada dosa yang kita sedang buat malah rasa pahala berganda sebab tak ada masalah nak solat pada waktu, nak mengaji, nak berzikir dan lain-lain. Itu secara zahir lah. Cabarannya adalah apabila bi’ah solehah ini terpaksa digabung dengan persekitaran yang umum. Mungkin saya akan sentuh dalam penulisan yang lain.

*Penulisan saya di atas adalah pandangan saya secara individu semata-mata, yang berhak ditegur akan kesalahannya dan perlu ditambah apa yang kurang.

Sekian sahaja. Saya sangat mengalu-alukan nasihat yang boleh dimanfaatkan. Semoga anda dikurniakan kebaikan sebanyak-banyaknya!

Catatan,
MimRa.
28 Disember 2019.

First Edition: 28/12/2019

Wednesday, 25 December 2019

Review Novel “Opera Di Gontor” (006)

Karya Amroeh Adiwijaya (2011). PTS Litera.

“Gontor” merupakan sebuah pondok moden masyhur di Indonesia. Buku ini mengisahkan kehidupan penulis sepanjang enam tahun menuntut ilmu di Pondok Gontor sejak beliau berusia 11 tahun, berpisah dengan keluarga. Secara umum, isi buku ini sangat menarik kerana memberi pendedahan kepada masyarakat yang tidak mengenali sistem pendidikan pondok “moden” yang penuh disiplin dan jadual harian yang disusun rapi dan padat. Novel ini boleh membuka mata masyarakat tentang konsep moden yang diterapkan ke dalam institusi pondok yang biasanya dikenali sebagai sekolah yang mundur dan tidak seimbang. Di akhir novel ini, penulis membuktikan bahawa beliau mampu menjadi orang berjaya hasil keringat yang dikorbankan semasa di Gontor.

Pelbagai pengalaman lucu yang dihimpun oleh penulis sama ada bagaimana beliau berfikir mahupun tindakan yang dibuat olehnya apabila menghadapi situasi-situasi tertentu. Walaupun dikatakan pelajar pondok, tidak bermakna beliau tidak membuat kesalahan dan tidak nakal. Kesalahan yang dilakukannya pasti dihukum, apabila diketahui oleh guru. Dan hukuman itu pasti memalukan! Dan ada juga yang beliau berjaya meloloskan diri tanpa pengetahuan sesiapa. Selain itu, memandangkan Pondok Gontor sangat jauh dari kampung halaman penulis, tidak terkecuali beliau menzahirkan rasa rindu yang merobek kepada keluarga saat tidak dapat pulang dalam tempoh yang lama. 

Dalam pada itu, disebabkan kepayahan dan kedisiplinan tinggal di pondok ini, tidak semua pelajar berjaya ke tahun akhir. Ada juga yang sempat menduduki peperiksaan akhir, namun, disebabkan hal yang decetuskannya, dia dipecat oleh pimpinan dan pengurus Pondok Moden Gontor tanpa kompromi. Kerana apa? Kerana perempuan.

Penulis juga sempat meyelitkan kisah sejarah dan politik Indonesia (yang mana saya kurang hadam kerana mungkin atas faktor negara berbeza) dan tidak kurangnya perkara yang menyentuh perihal agama. Antaranya, konsep uzlah, kisah Syeikh Abdul Qadir al-Jailani, buat baik tak semestinya dibalas baik, bagaimana penulis mendidik diri menerima keadaan dan dugaan seadanya tanpa teman, peranan guru-guru dalam mendidik dengan penuh disiplin dan sebagainya.

Kesimpulannya, novel ini memberi motivasi untuk seorang yang bergelar pelajar untuk menuntut ilmu, yang rata-ratanya penuh dengan kepayahan dan kecekalan untuk tetap dalam niat yang asal, kerana agama dan kerana Tuhan. Dengan mengingati harapan yang diberikan oleh ibu bapa dan keluarga yang mengorbankan jarak untuk berkasih sayang supaya menjadi insan berguna, seseorang itu tidak akan sampai hati untuk mengecewakan mereka dan akan terus berjuang. Dalam perjuangan menuntut ilmu, kadang seseorang itu perlu berdiri sendiri, tanpa pembela atau teman di sisi.

Sekian sahaja.

Mula baca – 18 Oktober 2019
Tamat – 18 Disember 2019 (25 Disember 2019)
Alhamdulillah!

Catatan,
MimRa.
25 Disember 2019.

First Edition: 25/12/2019

Sunday, 22 December 2019

Cara Kita Bermuamalah (005)

Antara anda, siapa yang kerja dia kena jumpa dengan orang awam? Setiap hari ada orang akan berjumpa dengan anda, dan anda perlu berinteraksi dengan mereka. Ya, kita sama.
Jadi, penulisan kali ini saya ingin bincangkan satu isu, iaitu "cara kita bermuamalah" dengan manusia.

Pada hujung minggu lepas, alhamdulillah saya diberi izin oleh Allah untuk menziarahi satu keluarga yang dikategorikan sebagai "miskin bandar" di Kuala Lumpur. Pelbagai cerita duka (survival) yang dikongsi olehnya. Termasuklah pernah menjadi orang (keluarga) gelandangan selama 2 minggu. Satu perjumpaan yang membuatkan saya sedar bahawa selama ini, saya banyak pandang orang lain sebelah mata sahaja dan memandang rendah kepada golongan yang miskin, mungkin dengan mengatakan bahawa mereka ini tidak berusaha, malas, tak ada masa depan, menyusahkan dan lain-lain.

Semasa pertemuan itu, saya tersentap, apabila dia menjawab soalan saya tentang mengapa dia tidak membawa anaknya untuk checkup bulanan/tahunan (imunisasi) di klinik kesihatan. Selain sebab kos rawatan yang tinggi (kerana anaknya memiliki sijil kelahiran berwarna merah) dia juga meluahkan bahawa layanan yang diberikan adalah agak kasar. Sebagai contoh, apabila dia tidak hadir pada tarikh temu janji, dia dimarahi (tinggi suara) oleh jururawat yang in-charge, sedangkan dia tidak hadir kerana betul-betul tidak mampu (contoh sekali imunisasi boleh mencecah lebih 100 ringgit), kerana jika pendapatan yang dia dapat sehari adalah RM40, duit itu jugalah digunakan untuk membayar sewa bilik dan belanja anak (seramai 4 orang - umur sekolah rendah ke bawah) dan dikait-kaitkannya dengan status kewarganegaraan. Saya terasa dan dapat faham situasi itu sebab saya bekerja dalam jabatan kesihatan juga, jadi, perkara ini begitu dekat dengan pekerjaan saya.

Nak dijadikan cerita, pada malam sebelum ziarah itu, saya sempat didengarkan kuliah ustaz, kitab Minhajul Abidin oleh Imam al-Ghazali. Tajuk pada malam itu adalah tawakkal. Ustaz ada bagi contoh perbandingan antara layanan yang baik dan buruk oleh doktor yang merawat pesakit warga emas. Geli hati juga bila ustaz buat intonasi seakan-akan situasi sebenar ditambah dengan suara makcik-makcik surau yang turut tertawa mengiyakan beliau. Ada yang melayan endah tak endah, รคda yang bagi ugutan (nak takutkan pesakit) contohnya "ha, biarlah nanti mati (sebab tak mahu makan ubat ikut yang doktor suruh)," Dan, ada juga layanan baik, contohnya, bila pesakit masuk bilik doktor, doktor yang memberi salam terlebih dahulu dan melakukan pemeriksaan dengan lemah lembut dan berbudi bahasa. Kalau dapat layanan baik sebegitu, kata ustaz, "tak payah makan ubat dah sembuh," Hehehe. Dan, contoh ini mempunyai kaitannya dengan konsep tawakkal dalam mencari rezeki.

Pengajarannya di sini, cuba kita ingat balik cara kita melayan orang, terutamanya orang awam yang memerlukan perkhidmatan atau bantuan daripada kita. Ya. Pelanggan kita terdiri daripada bermacam ragam perangai. Kita kena tundukkan sikit ego dan emosi kita, dan cuba empati (meletakkan diri kita pada situasi orang lain). Dan, kalau ikutkan ilmu sabar, ustaz kata, dalam agama tak ada mana-mana sumber yang mengatakan sabar itu ada had. Memang kita pula yang kena fikirkan cara yang hikmah untuk defend diri kita. Cuba kita ingatkan pada hati bahawa setiap orang awam yang jumpa dengan kita itu berhajat. Dan orang yang dapat memudahkan hajat orang lain ada pahala di sisi Allah.

Kalau kita rasa sifat kita memang macam ni bila bercakap dengan orang, mungkin kita boleh cuba ubah perlahan-lahan. Kalau kita rasa orang tak nampak, Allah dengan malaikat nampak. Kalau kita rasa orang lain sama sahaja akan layan kita buruk jugak, kita kena fikir baliklah apa yang kita mahukan, pandangan manusia atau pandangan Tuhan? Dan, adakah kita bekerja untuk dunia sahaja?

Sekian sahaja.

Catatan, 
MimRa.
23 Disember 2019

First Edition: 23/12/2019

Tuesday, 17 December 2019

Hidayah Centre Foundation (004)

Petang Selasa, pukul 5.15-6.00 petang di radio ikim merupakan slot bersama saudara baru (mualaf). Jarang saya sempat mendengarnya. Tapi, petang semalam Allah izinkan dengar bagi 15 minit terakhir. 

Mualaf kali ni bernama Roslin (kalau tidak silap) dan berasal dari Sabah. Tersentuh di hati saya apabila dia menyimpulkan temubual petang itu dengan pesanan kepada saudara seIslamnya. Dia berpesan supaya yg bukan mualaf (saudara muslim sejak lahir) membantu golongan mualaf bagi setiap aspek kerana mereka amat memerlukannya. Kemudian, dengan nada menangis, beliau berpesan kepada saudara-saudara baru yg lain agar istiqamah menghadiri kelas bersama HCF yg diadakan setiap minggu bagi mendapatkan ilmu dan sokongan daripada orang lain. 

Lin berkongsi bahawa baru hari sebelum dia menghadiri temu bual tersebut, beliau telah mendapat mesej daripada salah seorang saudara baru dpd HCF juga yg tidak dikenalinya, yg juga berasal dari Sabah, meluahkan kepadanya bahawa dia memerlukan "support" kerana bila-bila masa sahaja dia boleh "berpatah balik" (ke agama sebelumnya). Hati saya terkedu mendengar perkataan berpatah balik itu.

Sedih sebab bila kita muhasabah diri dan persekitaran mengenai sejauh mana dakwah secara umum dan khusus kepada golongan mualaf disampaikan kepada masyarakat. Bagi saya tidak memberangsangkan. "Aku sendiri tak reti dekati orang yg bukan Islam untuk menyentuh atau memperkenalkan Islam kepada mereka," Allahu Allah, faghfirlana (ampuni kami). 

Temubual sekejap yg sempat saya dengar itu secara tidak langsung memberi pendedahan kpd saya kepada badan yg bertanggungjawab besar dalam membimbing golongan mualaf iaitu Hidayah Centre Foundation. Besar pahala badan itu. Timbul di hati saya hasrat untuk lebih mengenali badan itu, corak dakwah, program, supaya saya dapat menyertai usaha yg kalau tidak dapat banyak dapatlah sedikit, dan akan dikembangkan kelak, insyaAllah.

Setelah saya melayari laman web HCF, saya tertarik dengan satu buku. Buku pengenalan kepada Islam, yg mencakupi beberapa aspek umum dlm Islam yg sangat sesuai utk dibaca oleh golongan yg ingin mengenali Islam, termasuklah kita yg memang sejak lahir Islam. Ada perkara yg selama ni tak terpandang tentang Islam, tetapi di highlightkan di dalam buku itu. Buku itu boleh dibaca secara percuma. 

Harapan saya:
1. Moga golongan mualaf dan golongan yg ingin mengenali Islam diberi petunjuk dan kekuatan dari Allah dalam keluar dari kegelapan kepada cahaya.
2. Moga saya, kita, dan saudara seIslam yg lain diberi kesedaran tentang kepentingan dakwah yg sebenarnya wajib bagi setiap muslim.
3. Moga saya dipermudahkan dan diberi kesempatan oleh Allah untuk menyertai program atau mengunjungi salah sebuah cawangan HCF, mungkin di Kuala Lumpur.
4. Moga Allah beri petunjuk kepada saya dan kalian untuk mempelajari dakwah kepada masyarakat & orang yg "belum" Islam.
5. Moga HCF tetap kukuh dan berkembang dalam membantu dan menyampaikan dakwah kepada golongan mualaf dan yg belum Islam, termasuklah dalam menerima sokongan dana daripada masyarakat.

InsyaAllah :)

Catatan,
MimRa.
18 Disember 2019

First Edition: 18/12/2019

Sunday, 8 December 2019

Mr. Google (003)

Dalam mencari bahan bacaan & panduan, of course, selalunya tempat paling ekspres utk dirujuk adalah Mr. Google. Normal kan utk kita, budak-budak zaman sekarang. Tp, ada satu hari tu yg membuatkan saya terngiang-ngiang tak menyudah bila ada ustaz dalam satu kuliah yg saya hadiri sentuh hal ni, dan dia bagi statement sentap, "...dekat Google tu sesiapa saja boleh edit, boleh post, jadi macamana nak tahu yg ditulis tu benar ataupun baaathil?" ๐Ÿ˜ถ

Ok, lepas daripada kuliah haritu, saya dah dikira macam... "Aku tak boleh nak terima bulat-bulat lagi dah.. kena pastikan sumber tu betul-betul dipercayai" contohnya, kalau tentang agama, bab hukum, boleh rujuk website rasmi mufti wpkl, kalau bab kesihatan, cuba utamakan website kkm atau yg mmg ahlinya, dan begitulah utk skop yg lain (setakat ni 2 ni jelah skop yg jadi snek bacaan Mar ๐Ÿ˜…). 

Macamana pulak dengan website berita, blog? Hmm...? Still lah kena tengok. Kena tapis gak, lagi-lagi yg jenis kejar berita sensasi tu, errrk, sorry i dont think so. Takut-takut bersifat bias, berkepentingan utk pihak tertentu, tak menyeluruh, dan sebagainya.

"...BENAR atau BAAAATHIL," ๐Ÿ˜ฅ
Kita taknaklah jadi generasi ikut-ikutan. Setiap sesuatu kena ada panduan yg sepatutnya sahih, right? InsyaAllah, kita usaha, selebihnya kita serahkan kpd Allah...
Sekian, saja ๐Ÿ˜‰

Catatan,
MimRa.
9/12/2019

First Edition: 09/12/2019

Wednesday, 4 December 2019

Fenomena 18/19 (002)

Beberapa aspek yg saya lihat daripada kekecohan fenomena 18/19 ini, di mana seorang pendakwah selebriti yg dikhabarkan telah mengahwini isteri kedua, sedang isteri pertamanya (bekas) sedang mengandung, dan dengan mengeluarkan kenyataan bahawa isteri keduanya adalah calon ke-19 yg telah berjaya menawan hatinya dengan aura Kaabah. MasyaAllah.

1. "Penunggang agama"
Label ini adalah label yg saya paling tak senangi atau sensitif. Kecewa & sedih. Dalam masa yg sama membawa kpd diri utk bermuhasabah. Ya. Bagi setiap individu yg bergelar selebriti, anda kena sedar walaupun anda rasa anda juga manusia biasa, anda mempunyai kedudukan tertentu pada mata masyarakat. Jadi, bila jadi perkara seperti ini, dengan title "pendakwah/ustaz/ustazah", setiap keputusan dan tindakan perlu dilakukan dengan sangat teliti dan tidak terburu-buru. Walaupun sudah bergelar 'alim dalam kalangan masyarakat, tak bermakna kita tak perlukan nasihat dan boleh buat keputusan sendiri. Kena mengambil nasihat daripada guru, walaupun tentang hal peribadi, supaya keputusan yg dilakukan lebih rasional dan tak bersifat mementingkan diri sendiri.

2. Kecam
Tidak terkecuali, saya. Asalnya saya memang terima berita ini dengan pandangan negatif, beserta rasa macam tak percaya. Orang kata dia macam-macam, memang teruklah. Semuanya atas kenyataan yg dia sertakan masa dia announce yg dia telah bernikah yg kedua. Tapi, bila saya fikir balik, buat apa semua tu? Maksud saya, kenapa nak kena sibuk-sibuk? Itu kan hal rumah tangga dia? Kan?

Yalah... Lumrah satu perkahwinan itu ada pasang surutnya, ada gaduhnya, ada nikah & talaknya. Bukan bermakna saya nak menyokong tindakan si fulan. Tapi, bila difikir balik dan mufti pun kata hukum menjatuhkan talak semasa isteri sekian sekian tidak jatuh kepada haram, tu dah cukup dah nak meredakan kebahangan jiwa. Soal yg dia ustaz tak patut buat camgitu, kita letak tepi. Kita pandang pada sudut manusia biasa, yg ada emosi, yg rasa ada maruah, yg rasa orang itu fitnah kita dan sekian sekian. At least, dia tak buat sesuatu yg haram. Dan apa yg dia buat masih ada dalam hukum agama, masih boleh dipandu. Cuba berbaik sangka.
Manusia tak ada yang sempurna. Punyai kekurangan dan membuat kesilapan. Kadang sengaja, kadang tidak. Allah lebih mengetahui.

3. Pandangan terhadap poligami
Dalam kekecohan fenomena ini, ada juga terkait bahawa si pendakwah itu ingin bernikah dengan mengingati semula kisah-kisah zaman Rasulullah s.a.w.. Bila dah dikaitkan dengan baginda s.a.w., saya tak berani nak kata apa, sebab saya sedar, saya tak arif sirah secara menyeluruh, jadi saya tak pasti nak dikatakan benar atau tidak jika keluar dpd mulut selain ustaz/ustazah yg dipercayai. Yg pasti saya still nak mengakui saya cintakan Rasulullah s.a.w. (Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad), walaupun saya sedar siapalah saya, sama ada saya layak terima balasan cinta daripanya atau tidak.

Dulu masa belajar, saya ingat, ustaz-ustaz selalu highlight kat budak-budak lelaki bahawa hukum poligami adalah haaruuuuus. Tapi, jika kamu nak kata ia sunnah atau nak ikut nabi, baik-baik sikit ngomongnya! Hang kalau nak kata sunnah, pastikan detail ya! Kronologi sunnah kekeluargaan yg baginda lalui. Dan baginda adalah orang yg paling baik dengan keluarga. Contohilah, jangan sekadar mata kasar sahaja, tapi setiap inci tu, ikutlah juga! Kenapa baginda s.a.w. bernikah lebih dpd seorang, masa bila, apa ciri-ciri atau latar belakang isteri-isteri baginda s.a.w., dan sebagainya. Belajarlah full jangan nak pertahankan point yg kau ambik ikut sedap hati ja. Astaghfirullah.

4. Bersabarlah wahai wanita
Kesian dengan bekas isteri. Ya Allah. Cuma Allah sahaja yang tahu. Saya yakin,  dan saya yakin juga ramai orang memikirkan yg sama tentang nasib bekas isteri yang ditinggalkan. Satu, emosinya. Kedua, kandungannya sehingga dilahirkan (semoga Allah pelihara kandungannya). Ketiga, bagaimana nak survive dengan akur (redha) bahawa perlu mengharungi kehidupan seterusnya tanpa seorang insan bergelar suami? (*Terdetik di hati saya, andai takdir jodohnya bersama si pendakwah berkenaan hanya smpai di situ sahaja, moga-moga dia ditemukan dengan jodoh yg lebih baik)

Saya kagum dengan kenyataan mufti yg mention bagaimana keadaan wanita yg mengandung kena dijaga, dan Islam ajar para suami utk didik isteri, dan memuliakan wanita. Saya sedar perbincangan saya dengan kawan-kawan mengambil sudut pandangan belah perempuan, saya tak sempat dengar pendapat orang lelaki. Tapi, cukuplah bila digariskan oleh mufti, dengan nasihat sampingan, kita ambil yg lebih awla. Mufti juga lelaki, dan lebih afdhal (dan memang sepatutnya) utk didengari pandangannya.

6. Hargailah rumahtangga
Subhanallah. Saya sedar, saya pun belum menjejakkan ke alam itu lagi. Tapi, alhamdulillah Allah izikan utk belajar macam-macam daripada apa yg dilihat, diberitakan, dan dikongsi setiap hari. Biasalah, ramai akak-akak selalu pesan, "kau kena macam ni... Macam ni.." "nanti kau dah kahwin,..." "Lelaki ni..." Bla..bla..bla.. saya terima sebagai satu input untuk diambil pengajaran.

Takut, risau ke nak kahwin? Siapa tidak? Mungkin yg tengah angau bercinta tu tak rasa, sebab mgkin dia dah selesa, dah rasa pilihannya itu yg terbaik untuknya. Tapi, bagi yg belum mempunyai calon, masyaAllah.. siapa yg ingin dipercayainya? Isy, lelaki itu baik ke, tidak ke, macamana nak tahu semua itu. Lepastu, setiap hari diberitakan dengan cerita sebegini rupa.. bagaimana tak risau?

Bagi yg telah berkahwin, sesetengah isteri atau suami itu sahaja yg dapat rasa bagaimana dia mula mempunyai syak wasangka pada pasangannya bahawa pasangannya mungkin sedang berlaku curang padanya. Di manakah kesetiaan? Jika sudah beranak pinak, atau sudah bertahun-tahun berkahwin, di mana rasa penghargaan pada sebuah perkahwinan yg telah diikat janji semasa lafaz akad nikah dahulu? MasyaAllah. Tolonglah ingat, bahawa dunia ini penuh dengan tipu daya dan fitnah. Berwaspadalah dengannya! Pertahankanlah kasih sayang yg telah pernah dibina dahulu. 

Lupa dah ke, lagu-lagu tema cinta antara anda dan pasangan anda sewaktu awal pernikahan? Takkan sekelip mata atau hadirnya insan ketiga, kita sudah lupa? Di mana iman kita? Saya bukan nak kata orang yg mempunyai orang ketiga ni tak beriman. Tapi, bayangkanlah, saya cuma buatnya sebagai perumpamaan. Kalau pegangan kita pada cinta pada pasangan boleh longgar, macamana pula dengan iman kita? Cuba cek balik, betul ke setiap hari kita solat 5 waktu kita lakukannya dengan sempurna, menghambakan diri pada Allah, masakan kita tidak punyai rasa simpati pada pasangan halal kita, yg telah hidup sudah payah dgn kita pada awal pernikahan dahulu?

Selamatkanlah, selagi ada jalan menyelamatkannya dengan damai.

7. Doa yang baik-baik
Setahu saya, pada setiap talak (sebelum talak tiga) masih ada peluang untuk rujuk selagi dalam tempoh 'iddah. Jadi, kita doakan yang baik-baik, ya. Doakan kebaikan bagi kedua-dua, ketiga-tiga pihak. Si bekas isteri, suami, dan isteri kedua. Semoga Allah kurniakan sakinah, mawaddah warahmah buat mereka dan kita semua. Aamiin.

Catatan,
MimRa.
4-5/12/2019

First edition: 05/12/2019

Monday, 2 December 2019

Common Sense (001)

Ramai orang bila terdapat kesilapan yg dilakukan oleh someone, mereka akan mengatakan, "eh, mana entah letak common sense" atau "eh xde common sense ke," atau "common sense lah! (takkan xtahu kot!)"

Walhal, bila saya fikirkan, sebenarnya perkara common sense ni terlalu subjektif, yg tak semua orang ada common sense yg sama.

Kita ambil sikit lah daripada wikipedia, "Common sense is sound practical judgment concerning everyday matters, or a basic ability to perceive, understand, and judge that is shared by ("common to") NEARLY all people."

Siapa tahu, ada je orang yang tidak biasa dgn kebiasaan orang di satu-satu tempat disebabkan "tidak tahu". Kadang tu, walaupun dia dlm kelompok yg sama. Bg saya, setiap orang akan ada juga part yg dia akan blur bab "common sense". 

Saya lihat, common sense ni wujud dalam kehidupan bermasyarakat. Isu common sense mungkin dapat dikurangkan dengan memahami erti "menghormati orang lain" dan bersifaf "tidak mementingkan diri". Bila nak buat something tu fikirlah banyak kali bukan utk diri sendiri tp, fikir sekali efek kpd orang lain. Itu bagi kita lah.. supaya kita jd org yg ada common sense.

Tp, bg kita yg nak kata orang lain "tak ada common sense", lebih baik kita bertahan dulu dpd nak mengatakannya. Dan fikir, cuba baik sangka. Mungkin dia memang tak tahu. Jadi, maafkanlah dia.. sedangkan Tuhan dan nabi juga memaafkan orang yang tidak mengetahui, kan?

Berbalik kpd maksud dpd wikipedia td pun, common sense ni just "a judgement". Means, penilaian kita pada orang lain. Kita ni, apalah yg kita ada? Cuma mata yg dpt melihat secara zahir, tak tahu pun apa masalah kawan kita atau org berkenaan sampai terbuat something yg pada kita dia tak ada common sense. K.. maafkan k. InsyaAllah.

Moga Allah redha.

Catatan,
MimRa.
1/12/2019

First edition: 03/12/2019

Kesan melazimi zikir (125)

Bismillahirrahmanirrahim. Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad. PERMULAAN Biasa kan, tasbih digital dijadikan sebagai...