Tuesday, 9 January 2024

Hisabaiyasira (106)

'Pakaian jika tidak dipakai selama 40 hari, maka akan dihisab'
'Tidak betul! Bukan 40 hari, malah pakaian yg sedang dipakai ini akan dihisab!'

Saya tertarik dengan kenyataan-kenyataan dan kekhilafan ini. Tertarik untuk membawa diri berfikir dan bermuhasabah. Bagi saya, itu jelas. Semua yang dipinjamkan kepada kita akan dihisab. Begitu juga jika dipetik daripada temubual di radio tentang yang dikatakan 'kufur nikmat' iaitu antaranya bagaimana kita menggunakan anggota badan, harta, keupayaan dan seangkatan dengannya pada ketaatan kepada Allah s.w.t. atau berpaling daripada-Nya.

Lalu, selain pakaian, apakah lagi yang akan dihisab?
'Hidup' ini akan dihisab.
Ajaibnya, zaman ini, pada hidup kita ada beberapa alam.
Bukan alam dunia, alam kubur, mahupun alam akhirat yang dikirakan tetapi alam yang lebih 'unik' daripada itu. Di mana, 'semuanya' terangkum dalam hanya pada satu alam.

Alam realiti dan alam maya - 2 dalam 1 - alam dunia.
Alam realiti hanya ada satu.
Alam maya, boleh jadi lebih 10 unit.
(1) Adakah kita hanya dihisab pada alam realiti sahaja?

Di alam realiti, kita cuma 'Si Fulan Bin/Binti Si Fulan'.
Tetapi, di alam maya, kita ada alam maya 1, alam maya 2, alam maya 3 dan tidak terbilang. Maka, identiti yang kita bawa juga berbeza-beza.
Di alam maya 1 kita Si Melati, di alam maya 2 kita Si Tanah, di alam maya 3 kita Si Lalang, dan begitulah seterusnya.
(2) Adakah kita akan dihisab pada alam realiti sahaja?

Kemudian, ketika menjadi Si Melati kita ceria. Ketika menjadi Si Tanah, kita senyap dan memerhati. Ketika menjadi Si Lalang, kita aktif berkomentar. 
(3) Adakah kita akan dihisab pada alam realiti sahaja?

Di alam realiti sahaja kita telah bersegmentasi:
Di rumah, di tempat kerja, di dalam bilik tidur, di dalam kereta, di dalam bilik air, di kedai makan, di masjid, dan di mana-mana sahaja.

"Allahumma hasibni hisabaiyasira"
- Ya Allah hitunglah amalku dengan perhitungan yang mudah.

Catatan,
MimRa.
[28 Jamadilakhir 1445H]
10.01.2024

Sunday, 26 November 2023

Wuduk dan ilmu (106)

Wuduk diambil adalah untuk dijaga, bukan untuk dibatalkan. Memperbaharui wuduk tidak bermakna kerana wuduk sebelumnya telah terbatal. Air yang mengalir ketika berwuduk, dosa-dosa kita juga mengalir keluar bersamanya.

Ilmu dipelajari adalah untuk difahami, dihadam, diamalkan dan diajarkan, bukan sekadar dijadikan hujah yang hanya berlepas di tenggorokan.

Mencintai ilmu itu indah. Tatkala ilmu dirindui, kalam dan kitab kembali dibuka, kita sentiasa ingin mempelajarinya semula. Dan, yang didapati setelah itu adalah kita mula menjumpai penyelesaian masalah hidup, dan ketenangan.

"Kita akan bersama dengan apa yang kita cinta."

27.11.2023 
[13 Jamadilawwal 1445H]

Monday, 6 November 2023

Menua, atau bertambah umur? (105)

Sabda Nabi s.a.w.: "Tidak bertambah umur seseorang muslim melainkan bertambah kebaikannya"

Adakah selama ini umurku bertambah, berkurang, atau sama?
Atau aku hanya menua?

Apa kebaikan yg telah kulakukan?
Mendewasakah aku?
Atau aku masih tahap budak hingusan.
Tiada apa kebaikan yg kulakukan.
Aku hanya menua... Tidak?

Nafikannya. Dengan..
Biar bertambah kedut di muka, tetapi rohmu segar mendewasa.
Jangan bertambah kedut di muka, tetapi yang engkau ada tiadalah apa.

Di syurga nanti, tiada orang tua.

Kepada siapa engkau mahu tunjukkan kedewasaanmu?

07.11.2023
[23 Rabiulakhir 1445H]
Kurang 5 bulan lagi menuju Ramadan yg dirindukan.

Saturday, 4 November 2023

Doa Qunut Nazilah dan P@le$tin (104)

Pesan ustaz di dalam kelas akidah pada hari ini:

"Yang penting adalah wisdom (hikmah) bukannya emosi.
- Kalau kita sayang dengan P@le$tin, kita mulakan dengan kesatuan hati kita (sesama umat Islam) dahulu.
- Ibrah kisah Nabi Musa a.s. dalam kisah hujan yg tidak lama turun disebabkan ada seorang daripada umatnya pada waktu itu telah melakukan dosa yang berpanjangan:
- Adakah doa orang P@le$tin serta umat Islam yang lain itu, Allah sedang menunggu taubat kita?"
04.11.2023
[20 Rabiulakhir 1445H]

Wednesday, 1 November 2023

Motivasi dan harapan (103)

Sepatutnya, lebih lazim kita dengan doa, lebih kuat motivasi kita.
Pada setiap doa itu, bersamanya harapan.
Apabila berdoa tiada istilah "harapan telah dikecewakan" sepertimana sifat makhluk (manusia) apabila dipasang harapan padanya.
 
Kita meminta pada level hamba, dan Tuhan tidak memberikannya pada level Tuhan.
Level kita, kita berharap dalam keadaan kita 'tidak mengetahui' apa yg terbaik. Tetapi, Level Tuhan, Dia tidak memberikan yg diminta kerana Dia 'Maha Mengetahui' apa yang lebih baik, terbaik.
 
Kadang kita doa agar Allah berikan keselamatan, tetapi, tiba-tiba kita tergelincir ketika terpijak lantai yang basah. Kita terjatuh itu bukan sebab Allah tidak 'melayan' doa kita. Tapi, ada sesuatu yang lebih baik di hadapan kita. Barangkali, kita sudah lama melupakan-Nya. Lalu, kita terjatuh kita sebut, "aduh. Ya Allah sakitnya!" maka, zikrullah di situ. Barangkali kita diselamatkan daripada bahaya yang lebih besar (bahaya apakah yang paling besar?).
 
Apabila kita lazim dengan berdoa, kita lebih yakin menghadapi yang sedang, yang telah dan yang akan jadi. Sama ada yang diminta itu dapat atau tidak dapat pada masa yang diingini, kita tetap yakin, ini semua ketentuan dan perhatian Allah pada sesuatu yang terbaik untuk hamba-Nya yang tidak ingin putus berhubung dengan-Nya.
 
Tiada gunanya berdoa dalam masa yang sama meragui kemakbulan.
 
Perelok kualiti (adab) doamu!
 
02.11.2023
[18 Rabiulakhir 1445H]

Palitkan kembali! (102)

Mengandaikan.. atau membayangkan apa jua bentuk senjata yg akan melumpuhkan atau memalit kembali kepada si pelontar peluru, bom dan sebagainya.

Ianya tidak mustahil.

Allah mengikut sangkaan hamba-Nya✊🏽
Tingkatkan keyakinan dan istiqamahmu!

01.11.2023
[18 Rabiulakhir 1445H]

Monday, 30 October 2023

Bangunan dan tumbuh-tumbuhan (101)

Apabila melihat bangunan-bangunan begini, seringkali terfikir, sedangkan bangunan yang kelihatan begitu kompleks ini kita boleh meyakini ada orang yang membinanya.

Kemudian apabila meninjau pula di tingkap sabelah kanan, saya melihat keratan pokok yang tumbang, merekah, besar. Di sekelilingnya ada pokok-pokok yang terus tumbuh menghijaukan bumi.
Tumbuh-tumbuhan ini (kebanyakan di bumi) telah banyak dikaji komponen yang ada padanya. Paling kurang pun, umum mengetahui adanya akar, pucuk, batang yang terkait antara satu dengan yang lain.
Namun, kita sukar untuk terus memikirkan penciptaan pokok yang kompleks itu adanya Tuhan yang menciptanya dengan keilmuan yang tidak berjilid.
Kata ustaz di dalam kelas aqidah, "Membuktikan adanya Tuhan itu lebih mudah daripada membuktikan ketiadaan Tuhan"
Ada satu golongan yang terus menerus menafikan keberadaan Pencipta yang Maha Agong dengan mengatakan alam ini wujud dengan sendirinya. Subhanallah, Maha Suci Allah daripada sifat-sifat yang menyamai makhluk yang bersifat baharu, dan yang ada permulaan dan penghujung.
Segala ciptaan Tuhan yang penuh kepelbagaian tetapi begitu sistematik. Sedarkah kita bahawa aturan Tuhan itu tersangat dekat? Malah kita berada di dalamnya.
31.10.2023
[16 Rabiulakhir 1445H]

Bezanya sambutan Maal Hijrah dengan Tahun Baru Masihi (131)

Alhamdulillah. Telah masuknya tahun baharu Hijrah, 1448 Hijrah.  Alhamdulillah, dikurniakan pinjaman nyawa yang merupakan keluasan kesempata...