Friday, 13 November 2020

Dua Perkara Bhg. 1 (031)

Mak, I love you.

Bulan Mei 2020 sekali lagi saya bertukar tempat kerja. Setiap kali tukar kerja, antara perkara yang kita tidak boleh lari adalah "to adapt with a new working environments, the terms and conditions" Alhamdulillah, sudah genap 3 tahun (sehingga hari ini) saya menceburkan diri dalam alam pekerjaan. Jika dikira berapa kali bertukar kerja, sudah 4 kali. Bermakna tempat kerja sekarang adalah kelima. Mengapa? Wallahu'alam, orang terdekat sahaja yang mungkin dan boleh tahu.

Baiklah. Apakah dua perkara yang ingin dikongsikan. Kenapa dengan "Mak, I love you,"?

Sepanjang bekerja di tempat kerja yang sekarang, saya akui pelbagai pengalaman (ujian/cabaran & ilmu) baru yang Allah aturkan untuk saya. Jadi, dalam banyak-banyak itu, dua perkara signifikan yang saya tidak jangka dipermudahkan dengan penglibatan nasihat ibunda tercinta saya. MasyaAllah, will remain in my mind & heart.

Perkara 1: "Menutup aurat,"

Fasa 1: Setiap orang ada cita rasanya tersendiri kan? Ada orang dia suka kalau pakaian ke tempat kerja adalah uniform. Ada orang dia suka tukar-tukar. Dan saya golongan kedua. Namun, pilihan itu tiada. Jadi, saya akur. Mahu akur pun susah, lebih-lebih lagi untuk menerima kenyataan uniform yang mesti di pakai mempunyai cutting perempuan dan singkat. Allahuakbar. Allah sahaja saksi betapa dilema saya cuba negotiate dengan orang atasan namun jalan yang ada hanyalah untuk memakai saiz yang lebih besar sahaja berbanding memakai baju lelaki yang mempunyai straight cut dan hanya perlu memakai baju inner berlengan di dalam.

Fasa 2: Mungkin dalam 2 bulan saya saya memakai uniform seperti orang lain. Ya. Tahun 2020, tahun penularan Covid-19 dan "Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)". Saya pun sudah tidak ingat fasa PKP yang mana satu barulah kerajaan mengumumkan boleh merentas negeri. Minggu-minggu awal pulang ke kampung berjumpa keluarga, saya tidak memakai pakaian kerja. Sebenarnya masalah utamanya cuma satu, iaitu SINGKAT. Bagi sesetengah orang, itu bukan masalah. Tetapi, dalam agama ada hisab di situ.

Saya pernah ditegur kawan baik semasa pertama kali dapat keluar makan dengannya, sudut yang dia tegur adalah "seluar yang ketat" Ya. Sudah tentu, kalau baju sudah singkat, how could I cover the upper part of legs? And then I walked, I took things at higher level. How could I avoid it? 2 bulan itu memakai pakaian bertatacara "asal" cukup tidak selesa. Baju yang sudah memang singkat tetapi sentiasa ditarik-tarik ke bawah. Allahuakbar, moga Allah ampuni dosa-dosa saya.

Fasa 3: Sehinggalah ditakdirkan pada suatu hari, hari pulang ke kampung. Saya pulang straight dari tempat kerja, memang tiada kesempatan untuk menukar pakaian semata-mata. Sehingga tiba di kampung, melangkah masuk sahaja dan dilihat oleh ibunda, I could see she was judging my attire. "Ya Allah..." Ibunda perli-perli pun ada. Tapi, perli-perli ibunda selepas daripada itu fikirannya tidak mungkin boleh tenang tanpa cari jalan usaha kepada penyelesaian. Itulah ibunda saya. Ya, dan sayalah anaknya.

Keesokan hari, sebelum pulang ke "bandar" semula, tinggal dalam sejam masa yang dirancang untuk pulang, ibunda boleh tiba-tiba datang ke bilik bawa sehelai baju tshirt hitam abah, katanya sudah tidak dipakai, dan disuruhnya saya untuk DIY mengubahnya menjadi skirt. Haaaa? "Ok mak, nanti balik nanti saya buat," mahunya jawab seperti itu, ibunda jawab balik yang ibunda mahu saya siapkan on the spot, ibunda tak nak tangguh-tangguh dan ibunda kata ibunda nak tengok benda tu siap lepas ibunda solat Asar 😂 Barang-barang menjahit semua ibunda hulur siap-siap (jahit tangan) serba cukup-cukup. Tiada alasan! Ibunda kata kalau ibunda tak dapat tengok hasil selagi itu ibunda takkan tenang. Baik ibunda... Potong sini, potong situ, jahit sini jahit situ, masuk getah dan... Siap, alhamdulillah!
Ibunda kata, "bila awak buat hati mak senang, barulah rahmat Allah datang mencurah-curah," aamiin ya Rabbal 'alamin!
Maka bermulalah perubahan pertama yang saya lakukan.

Fasa 4: "takut tak boleh pakai macam tu"
Ya. Takut, risau. What a mess thought! Alhamdulillah syukur punyai mak sebab always push me to do the right thing until when the challenge would come barulah cari jalan lain. Without that "push" saya tak yakin yang saya boleh bawa diri ini sehingga hari ini saya masih menyarungkannya. Dan sehingga hari ini juga tidak pernah ada orang tegur yang tindakan saya menyalahi undang-undang syarikat. Pesan mak, "mana tahu daripada pakaian awak boleh jadi dakwah," that's another courage along my journey. Walaupun ibunda jauh, you are always tight in my heart. Mak telah menjadi asbab diri saya terselamat. Rabbighfirli waliwali dayya warhamhuma kama rabbayani saghira ❤️

Catatan,
MimRa.
14 November 2020,
28 Rabiulawwal 1442H.

First Edition: 14/11/2020

Sunday, 8 November 2020

Review Buku “Sekalipun Benar Dia Pendosa” (Siri 3 Solusi Hati) (029)

Penulis/Penerbit: Muhammad Luqman Makhtar (2017), Telaga Biru

Dosa boleh terhasil daripada penyalahgunaan pancaindera yang diamanahkan oleh Allah kepada kita. Oleh itu, penulis menggunakan pendekatan dengan mengupas satu per satu anggota pancaindera yang kita ada, dan kita gunakan sepanjang masa. Dimulakan dengan pancaindera zahir yakni mata, mulut dan telinga kemudian dileraikan dengan anggota batin iaitu hati. Dalam pada itu, penulis juga turut mengambil kesempatan memuatkan tentang doa serta kaitannya dengan dakwah (amar makruf nahi munkar).

Menariknya buku ini yang menjadi siri ke-3 “Solusi Hati” penulis/penerbit dapat menyusun kandungan buku ini dengan begitu cantik. Setiap topik yang disentuh pasti dimulakan dengan petikan kata-kata mutiara yang berkaitan, dikembangkan dengan dosa/maksiat yang berpotensi dilakukan oleh anggota tersebut di atas, dan disempurnakan dengan solusi atau panduan bagi kita memanfaatkan anggota itu pada yang sepatutnya serta memperbetulkan diri atau mencegah diri daripada dosa yang boleh mengalir daripada anggota itu. Tidak cukup dengan itu, buku ini juga dihiaskan dengan kisah-kisah tauladan yang mudah diambil pengajaran. Kebanyakannya adalah anekdot (cerita rekaan) bagi memahamkan kita kepada pengisian yang cuba disampaikan. Mudah untuk digarab.

Memandangkan saya telah menagmbil masa yang agak lama untuk menghabiskan bacaan buku ini, ingatan saya adalah pada bab yang terakhir iaitu menyentuh tentang ”Kita Orang Akhirat” bagaimana cara fikir orang yang fokusnya pada akhirat. Salah satu daripadanya adalah “banyakkan menyebut syurga” sama ada dalam mendidik diri untuk perbanyak fikir tentang syurga mahupun cara kita mempengaruhi anak atau orang yang berada di samping kita. Sebagai contoh kata-kata “tidak dapat di sini, dapat di syurga nanti” dapat didik diri kita untuk jadi orang yang lebih sabar dalam menghadapi cabaran semasa. Kita percaya. Secara tidak langsung minda akan lebih positif dengan aura nur syurga berbanding azab neraka. Subhanallah. Hala tuju kita di dunia ini adalah syurga. Kalau tak dapat masuk syurga, maka kita jadi orang yang rugi, tak dapat merasai nikmat itu malah sebaliknya berganti dengan lawan kepada syurga (na’uzubillah). Sekalipun benar kita pendosa, kita belum terlambat untuk melayakkan diri untuk ke syurga!

Catatan,
MimRa.
22 Rabiulawwal 1442H,
08 November 2020.
Bacaan 29 Ogos – 08 Nov 2020

First Edition: 09/11/2020

Di Sebalik Bacaan (030)

Buku: “Sekalipun Benar Dia Pendosa”

Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala Ali Muhammad.
29 Ogos – 08 Nov 2020.
It’s a long journey for a simple book!
Almost 100% bacaan buku ini bertempat di dalam train, semasa pulang dari tempat kerja.
I never expected the challenge would be this far to get a suitable time to read a book.
Biarlah, lambat asalkan jangan berhenti.

Cuma.. Agak menyedihkan. Sebab langkah-langkah menambat isi buku tidak dapat dilakukan apabila membaca di dalam tren. Dahulu, saya boleh dapat tempat duduk semasa bekerja di kawasan Chan Sow Lin kerana tren tidak sibuk berbanding Kelana Jaya Line sekarang. Membaca sambil berdiri dalam keadaan tren bergerak dan berhenti bukanlah masa terbaik untuk mengeluarkan highlighter atau pensel untuk menanda isi penting buku. Hasilnya, bila kita nak revise semula especially ketika review buku, kita jadi “blank” ‘apa yang telah ku baca?’ Allahu..

Bagaimana ya? Dengan potensi ingatan yang tidak berapa kuat, apa inisiatif yang boleh dilakukan agar dapat kekal dalam ingatan apa yang kita baca, at least sepanjang tempoh menghabiskan satu-satu buku itu, sehingga selesai review keseluruhan buku. Adakah habis setiap satu topik kena buat summary? Allahuakbar that one would consume time and require a commitment. Terasa lemah bila “lupa” terasa macam sia-sia walaupun tidaklah sebegitu.

Apa yang susah sangat?
Saya tidak tahu ini adalah alasan atau apa. Saya menjadikan kerja 6 hari penuh seminggu sebagai alasan tidak punyai masa sesuai untuk diluangkan bagi tujuan membaca. Bila tidak membaca atau menerima ilmu, jiwa jadi kosong dan kehausan.

Review Buku
Aktiviti membuat ulasan buku menjadi penting pada diri saya kerana membantu saya ingat semula kandungan buku. Pada masa mendatang andai saya terjumpa buku itu, saya boleh flash back semula insyaAllah. Tanpa review buku, dengan ingatan yang lemah, ia takkan membantu saya melainkan perlu baca keseluruhan buku semula. Selain itu, ia menjadi kayu ukur kepada produktiviti diri. Jika sedikit review buku, bermakna sedikit buku yang dibaca, bermakna ilmu yang ditimba juga sedikit, bagaimana untuk jadi orang (golongan) yang berfikir (ulul albab)? Sebab kita sedar kita orang biasa-biasa, usahanya tidak sama dengan para ‘alim, para hafizah. Walau apa pun, saya tetap meyakini Allah al-‘Adl (Allah Maha Adil)

Anda sebagai sahabat saya, boleh berikan nasihat kepada saya?
Didahului dengan jazakumullahu khairan kasira.

Catatan,
MimRa.
22 Rabiulawwal 1442H,
08 November 2020.

First Edition: 09/11/2020

Thursday, 1 October 2020

Baca Buku (028)

Menyambung daripada catatan "Dia Baca Buku, Tak Stress Ke?" (024), hari ini saya terfikirkan point kedua.

2. Walaupun kita sedar ingatan kita pada manfaat bacaan (contohnya rasa insaf semasa baca buku keagamaan) akan susut daripada semasa ke semasa (atas kelemahan diri), yakinlah kita tetap tidak rugi. Sebab jika hari ini kita baca dan minggu depan kita sudah lupa, sekurang-kurangnya pada waktu kita baca dan beberapa ketika itu hati kita diberi cahaya. Jika dibandingkan jika kita tidak membaca langsung, mampukah kita punyai satu masa untuk merefleksi diri? Membaca sudah tentu memerlukan kita untuk faham. Kefahaman itu turun ke hati setelah diproses pada akal. Hati yang memahukan perubahan akan mengajak kepada perbuatan (amal).

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana beri kesempatan membaca. Membaca memberi peringatan. Mengasah bagi yang tumpul. Memberi cahaya pada yang gelap. InsyaAllah. Moga istiqamah.

Catatan,
MimRa.
14 Safar 1442H,
02 Oktober 2020.

Setengah bulan lagi nak masuk bulan kelahiran Rasulullah s.a.w.! ❤️

First Edition: 02/10/2020

Tuesday, 15 September 2020

Muharram Yang Bakal Meninggalkan Kita (026)


Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar.

Perginya bulan Muharram bererti perlu menanti lima bulan lagi untuk menemukan bulan haram lagi, yakni bulan Rejab. 

Bulan-bulan haram adalah istimewa sebab setiap kebaikan yang kita lakukan akan dilipatgandakan pahala. Namun begitu juga sebaliknya, kezaliman (pada diri sendiri) yang dilakukan juga dosanya turut berganda. Astaghfirullahalazim. Astaghfirullahalazim. Astaghfirullahalazim. Moga Allah ampuni dosa kita...

Agak gementar untuk bertemu dengan Safar. Memikirkan sejauh mana Muharram yang dilalui ini.. adakah bekalan yang dibawa untuk mengukuhkan bulan-bulan "biasa" yang mendatang ini. Hijrah yang ingin dibawa untuk memandu usia yang kian bertambah. Moga lebih matang dalam membawa iman dan agama. Allahuakbar.

Mujahadah itu memang bukan biasa-biasa, untuk menggapai matlamat yang luar biasa. Pimpinan Allah jua yang diharapkan selalu. Tanpa rahmat dan hidayah-Nya, mana mungkin hamba-hamba-Nya ini mampu menepis pujuk rayu dunia yang indah di mata yang manis dirasa.

Satu sahaja matlamat yang paling utama...
Iaitu redha DIA...

Tanpa redha-Nya apalah makna hidup di dunia ini. Moga Allah terus mencurahkan Rahman, Rahim dan Ghafir-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang berusaha untuk tidak lemah pada jalan-Nya ini. InsyaAllah.

Perjalanan hidup ini masih panjang untuk mengharungi satu per satu nikmat dan ujian dunia andai nyawa ini diizin-Nya. Moga penuh dengan barakah di sisi-Nya. InsyaAllah, aamin.

Catatan,
MimRa.
Sudah masuk 29 Muharram 1442H,
16 September 2020.

Buat Safar yang bakal tiba, #1h1k "1 hari 1 kebaikan", insyaAllah.

First Edition: 16/09/2020

Tuesday, 8 September 2020

Untung orang lelaki (027)

Antara lelaki dan perempuan, ada satu perbezaan. Yang mana lelaki boleh kekal konsisten namun tidak bagi perempuan.

Iaitu SOLAT.

Seusaha manapun seorang muslimah menjaga ibadahnya, dia tetap akan melalui masa yang Allah mengharamkannya untuk solat. Tidak bagi lelaki. Ini bukan bermakna Allah tidak adil. Tidak sama sekali. Malah Allah sangat cantik mengatur ciptaan makhluk-makhluk-Nya. Ada yang kurang ada yang lebih, menjadikan keseluruhannya sempurna.

Bila tidak dapat solat antara nikmat yang tertangguh bagi seorang muslimah adalah:

1. Nikmat berwudhuk; membersihkan diri zahir dan batin
2. Nikmat satu keadaan untuk bersedia untuk solat; peka dengan waktu yang berlalu dan masuknya waktu solat yang seterusnya
3. Nikmat menetapkan posisi, menumpukan sepenuh perhatian dan melihat ke tempat sujud; saat untuk melafazkan takbiratul ihram
4. Nikmat menjaga dan peka pada rukun solat (tertib); andai ada yg terlupa perlu bertindak serta merta atau sujud sahwi & menahan diri daripada perkara yg membatalkan solat
5. Nikmat berada pada kedudukan paling dekat dengan Allah, benar-benar merendahkan diri, menghambakan diri pada-Nya; waktu sujud
6. Nikmat waktu makbul doa; sujud terakhir
7. Nikmat waktu yg dikhususkan sunat membacakan doa perlindungan daripada azab kubur, seksa api neraka, fitnah hidup & mati & fitnah dajjal; waktu antara tahyat akhir dan salam
8. Nikmat bertenang melafazkan wirid selepas solat sebelum menadah tangan memanjatkan doa; juga antara waktu makbul doa
9. Nikmat mendisiplinkan diri sekurang-kurangnya 5 kali sehari untuk menunaikan solat pada waktu yang telah ditentukan tidak kira siang atau malam
10. Bagi yang menjaga wudhuk antara waktu solat, maka malaikat mendoakannya selagi wudhuk itu tidak terbatal
11. Ketenangan keseluruhan; mengenepikan diri daripada urusan dunia, berzikir dan membaca ayat-ayat Al-Quran, terutamanya bagi yang benar-benar khusyuk

Subhanallah... Tidakkah beruntung orang lelaki? Malah sebenarnya lebih daripada yang tersenarai di atas. Nikmat yang tidak terungkap, bagi yang menghayatinya. 

Buktinya, bukan sedikit soalan atau keluhan para muslimah menyatakan rasa sedih mereka terutamanya bila tiba bulan Ramadhan, bulan pesta beribadah. Walaupun alternatif seperti berzikir, berselawat, berdoa, bersedakah dan amalan lain tetap tiada halangan melaksanakannya, tetapi tetap nikmat yang didapati waktu solat itu tidak mampu disamakan dengan yang lain.

Namun, tidak kurang beruntung bagi muslimah yang mampu menjaga dirinya sepenuhnya. Keadaan itu tidak meluakkan sedikitpun amalan lain. MasyaAllah hebatnya bagi yang mampu mujahadah sepenuh masa! Hakikatnya seorang wanita yang mampu menahan dirinya daripada solat sedang melaksanakan perintah Allah untuk tidak solat. Bukankah melaksanakan perintah Allah itu semuanya ibadah? Malah jika dia solat, dialah yang berdosa kerana mengingkari perintah Allah itu.

Dalam pada itu, bukan segelintir muslimah yang akan mengambil peluang masa diharamkan solat itu dengan mengatur jadual hariannya pada perkara yang juga bermanfaat sama ada untuk dunia atau akhirat, yang mana orang lelaki pula tidak miliki kesempatan itu. Mereka mempunyai lebih masa pada perkara lain dan tetap mendapat pahala juga selagi mana tidak berhenti/lalai daripada zikir kepada-Nya.

Sebaliknya, waktu itu menjadikan mereka rugi seandainya masa itu digunakan untuk kesempatan melakukan perkara yang lalai atau sia-sia. Jika dia bermujahadah, maka pahala yang besar untuknya. 

MasyaAllah. Cantik kan pertimbangan dan peraturan Allah? Beruntung bagi yang mampu melakukan perkara yang Allah suka!

Jadi... Para muslimin, terbitkanlah rasa syukur atas nikmat itu. Janganlah anggap solat itu sebagai beban. Malah menjadikan anda lebih kuat berbanding wanita. Kuat jasmani dan rohani.

Bagi para muslimah pula, hargailah waktu boleh solat itu sebaik-baiknya. Kerana hanya waktu itu juga muslimah dibenarkan untuk membaca dan menyentuh Al-Quran. Hanya kalian sahaja yang faham rasa saat itu. Rasa kosong, rasa sukar, rasa jauh dan pelbagai rasa yang tidak jelas. 

Kepada Allah jualah kita kembali mencari ketenangan hakiki.

Sekian sahaja.
Wabillahitaufiq walhidayah.

Catatan,
MimRa.
01 Safar 1442H,
19 September 2020.

First Edition: 19/09/2020

Thursday, 27 August 2020

Duduk Sebentar Beriman Sejenak (025)

"Ijlis bina tu'man sa'ah," (IBTS)

Ayat itu digunakan saat menyedari bahawa diri ini sudah tersasar daripada berzikir memuji Allah. Mungkin kerana kesibukan atau kelalaian duniawi. 

Rupa-rupanya, bila tak buat IBTS ni, ia efek kehidupan ini sendiri.
Bila tak buat IBTS, jadi tidak memikirkan tentang kemajuan dan pencapaian diri.
Yalah, sibuk cuba perbetulkan keadaan, tapi, tanpa IBTS, no evaluation.
IBTS adalah saat untuk merenung diri sendiri.
Ya, sepatutnya tujuan utama adalah untuk mengingati dan memuji Allah & berselawat ke atas Rasulullah s.a.w..
But, it is also the best time to reflect ourselves.

Tambat diri pada satu posisi, duduk.
Keluarkan tasbih, keluar buku dan pen.
Pegang tasbih, mulakan dengan zikir & selawat. Berzikir sambil menghayati makna zikir & selawat. Feel it. Buka jiwa yang sempit itu kepada kelapangan.
Kemudian, setelah mula merasai ketenangan dan sudah mencapai keadaan di mana diri sudah terasing dengan fikiran keduniaan, maka mulakanlah relate diri ini dengan Pencipta. Sejauh mana peningkatan reputasi diri dalam menunaikan hak kepada Allah.

List down one by one. Everything!
The pros and cons. To check and balance.
To modify and adjust.
The current routine, change it if supposed to. 
Janganlah berlebih-lebihan. Bersederhanalah, supaya tidak membebankan diri sehingga kesemuanya menuju kepada putus asa.

And... All the best!

Catatan,
MimRa.
9 Muharram 1442H,
27 Ogos 2020.

First Edition: 27/08/2020

Adakah aku ditakdirkan bertemu dengan Ramadan? (129)

12/2/2026, Khamis - Sekujur badan rebah di antara 3 simpang. Kepalanya berdarah. Berhadapan dengan takdir yang telah Allah tetapkan untuknya...