Tuesday, 16 June 2026
Bezanya sambutan Maal Hijrah dengan Tahun Baru Masihi (131)
Tuesday, 9 June 2026
Tidak Semua Perkara Boleh Dinilaikan Dengan Wang Ringgit (130)
Bismillahirrahmanirrahim.
Muqaddimah
Saya triggered dengan satu video yang ditonton melalui Whatsapp Status salah seorang Pengarah Syarikat Perakaunan yang pernah memberi perkhidmatan kepada majikan saya sebelum ini. Iaitu perkongsian potongan podcast temu bual dengan seorang Pengusaha Syarikat berkenaan Generasi Z (Gen Z) yang dianggap generasi yang berkira dan suka menggunakan 'short form' walaupun ketika 'interview' pekerjaan dengan mengambil contoh Gen Z akan bertanya tentang "JD" (short form) instead of menyebut "Job Description" (long form).
Kebanyakan komen daripada lebih 300 komen (di platform Facebook) mengkritik kenyataan Pengusaha Syarikat berkenaan antaranya mengatakan bahawa pertanyaan tentang JD itu adalah keperluan dan telah menjadi lumrah sejak generasi sebelum-sebelum ini lagi.
Disclaimer / Latar Belakang Saya
Saya sudah tentu 'belum' menjadi seorang Pengusaha Syarikat. Namun jawatan sebagai Eksekutif Pentadbiran (Admin) di firma jenis Perkongsian (Partnership) yang turut merangkul peranan Sumber Manusia (HR) dan Akaun sering berhadapan situasi di pertengahan dalam meletakkan diri sebagai pekerja dan majikan, dan juga sebagai seorang rakan sekerja kepada pekerja lain. Kadang rasa tersepit, kadang rasa perlu rasional, dan sentiasa pula ingin bersikap profesional.
Saya juga seorang hamba Tuhan yang sering mengharapkan agar setiap pekerjaan saya diberkati dan ketiap keculasan dalam bekerja diampunkan Allah dan dihalalkan majikan.
Pengalaman Pekerja-Majikan Berkira
"Kalau dia mula hendak berkira, maka saya pun akan mula berkira dengannya," kalimah yang pernah disebut oleh majikan saya dalam satu perbincangan ketika saya hendak mendapatkan pengesahan tuntutan perjalanan oleh pekerja.
Sebagai Admin saya perlu seimbang dalam menerima kenyataan daripada kedua-dua pihak. Saya ingin jadi pekerja yang patuh secara tidak membuta tuli dan saya juga ingin menjadi HR yang menjaga kebajikan pekerja secara sewajarnya.
Asas kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh majikan saya adalah konsep "give and take" yang tidak berlaku secara material iaitu:
- Fleksibiliti masa yang diberikan. Aspek masa ini sangat besar cakupannya. Termasuk proses yang singkat untuk mendapatkan kebenaran pelepasan untuk tujuan peribadi, jam bekerja yang masih memberi ruang untuk melakukan hal peribadi (melayari media sosial dan berkomunikasi dengan orang luar hal kerja).
- Sistem yang tidak ketat. Tiada clock in clock out, boleh solat ikut masa sendiri (di luar waktu rehat), jika datang lambat boleh 'adjust' sendiri, proses tuntutan perjalanan yang tidak ketat dan tiada kod pemakaian yang tetap.
- Effisiensi dan kompetensi ketika melaksanakan tugasan secara seorang mahupun berkumpulan.
- Kesan baik dan buruk kepada syarikat daripada hasil pelaksanaan tugasan yang cekap mahupun tidak cekap. Pekerja tidak akan menanggung kerugian daripada ketidakcekapan. Keuntungan syarikat daripada kecekapan tidak dinikmati oleh majikan secara peribadi tetapi diagihkan melalui kos operasi, perbelanjaan berkaitan syarikat, atau disimpan sebagai 'reserved' kegunaan mendatang.
Sesuatu yang Perlu Direnungkan:
1. Di dunia ini, ada perkara yang boleh dihargakan dan ada perkara yang tidak boleh dihargakan.
2. Bagi saya secara peribadi, sikap berkira lebih menjerumuskan diri saya kepada sifat tidak ikhlas, tidak tenang dan sukar berlapang dada.
3. Sikap mempertahankan hak lebih mendedahkan diri kepada meninggalkan tanggungjawab. "Dia tak buat, maka aku pun tak buat," sedangkan dia akan ditanya tanggungjawab dia, dan kita akan ditanya tanngungjawab kita.
4. Dalam "give and take" sebagai mukmin tidak hanya melibatkan dua pihak tetapi ada Tuhan yang Maha Melihat lagi Maha Pemberi.
5. Hubungan antara manusia sentiasa beriringan dengan hubungan dengan Tuhan.
6. Sikap mempertahankan hak tidak menjadikan kita seorang yang belajar dan berkembang.
Sesuatu Yang Boleh Dipertimbangkan:
1. Bagaimana Rasulullah SAW menghadapi situasi begini?
- Ibrah hubungan Rasulullah SAW dengan Saidina Anas RA.
- Upah diberikan sebelum "peluh jatuh ke tanah"
2. Contoh Hubungan Antara Ibu dan Anak
- Jika kita mula mematerialkan semua perkara, maka tidak hairanlah berlaku fenomena anak yang menjadi 'derhaka' kerana dia cuba membalas jasa ibu bapa dengan cara mengira dan membayar semula kos membesarkannya. Bagaimana dia boleh menghargakan pengorbanan ibu mengandung, melahirkan, menyusukan dan bapa mencari rezeki dengan penuh kasih sayang?
3. Jangan membuta tuli. Racun boleh datang daripada majikan dan racun juga boleh datang daripada pekerja atau sesama pekerja. Bertindak dengan prinsip.
Penutup
Hubungan antara manusia adalah hubungan yang mempunyaikan keunikan tersendiri bagi setiapnya. Islam adalah agama yang mikro dan makro. Ada perkara kecil tetapi dinilai besar di sisi Tuhan, dan ada perkara yang besar dinilai kecil di sisi Tuhan.
Hubungan perkerja-majikan tidak terkecuali daripada penilaian Tuhan. Siapa yang berusaha, Allah lihat. Siapa yang sengaja melampaui batas, Allah lihat. Pemberi rezeki adalah Tuhan, bukan majikan.
Di akhirat nanti, majikan akan ditanya akan tanggungjwabnya, dan pekerja akan ditanya akan tanggungjawabnya. Allah tidak menghisab hanya yang zahir (boleh dilihat) tetapi Allah juga menghisab apa yang batin (tidak boleh dilihat mata).
Wednesday, 11 February 2026
Adakah aku ditakdirkan bertemu dengan Ramadan? (129)
Sunday, 25 January 2026
Terikat ketika solat (128)
Last time ketika pulang ke kampung, saya sempat ada perbualan dengan emak saya tentang solat.
"Masa solat, kita mudah terganggu dengan hal-hal lain. Masa tu, semua benda teringat. Bila habis solat tak ingat dah." saya mentioned kepada emak. Emak senyum, tanda mengiyakan.
"Masalahnya, kat luar solat nak dapat moment macam tu tak ada!" sambung saya lagi. Emak kali ni bertambah senyum dan mengiyakan lagi.
*Gambar sekadar ilustrasi.Kenyataan masalah itu, membuatkan saya sendiri terngiang-ngiang. Kenapa eh?
Kita letak tepi soal gangguan syaitan.
What is the secret behind solat? yang membuatkan kita, once dah start takbiratul ihram, kita locked dan hanya unlocked seusai memberi salam?
'Ini bahasa Allah nak suruh saya fikirkan sesuatu.'
Subhanallah, iya, memang ada banyak program-program, kelas-kelas yang memfokuskan peserta pada penghayatan solat, memperbaiki solat, khusyuk solat dan yang seangkatan. But, but persoalan yang come across ni, I never heard about it before. It's about, how we apply the concept of solat dalam tugasan-tugasan yang kita laksanakan.
Few points, untuk diperincikan the effect of doing it towards solat yang kita perform:
1. Solat dimulakan dengan niat, posisi berdiri mengahadap kiblat, tegak, dan diikut doa iftitah.
"Inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi Rabbil'alamin"
(Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan sekalian alam)
- objektif, fokus, ultimate goal kepada segala tugasan/ibadah/gerak adalah "Allah"
2. Pandangan mata disunatkan fokus ke tempat kita sujud, tanpa mengalihkan pandangan ke tempat lain. Dan ini adalah tips khusyuk juga.
- peranan mata
3. Rukun solat. Dalam solat, ada rukun hati, rukun lisan, dan rukun perbuatan. Dan juga ada perkara-perkara sunat yang membantu dapat bonus (pahala).
- bagaimana setiap jenis rukun ni memainkan peranan terhadap tugasan melaksanakan solat.
- how do we apply in tugasan lain? (jika niat yang betul - menjadi ibadah)
- kunci: hati, lisan, perbuatan
4. Disudahi dengan salam.
- solat ada penutup, dan "salam sejahtera ke atas kamu" seolah-olah pembuka kepada hubungan dengan selain Allah.
- konsep penutup tu - like, it's a wrap! (tapi not literally like that la, sebab solat kan supposedly, kita semakin tunduk menghambakan diri kepada Allah, bukan untuk kita merasa cukup dengan ibadah yang dilakukan). Nak, kata macam, ok dah selesai, what's next?
- kepentingan berhubungan dengan selain Allah (makhluk, manusia, dll.)
5. Telinga kena alert dengan sekeliling.
- point ini more kepada peranan imam. Imam kena alert siapa makmumnya, tua ke muda ke, ada bawa anak kecil ke, supaya dapat tentukan boleh solat panjang atau ringkas.
- meanwhile, as makmum, kena hanya alert kepada imam.
- attitude ketua dan attitude pengikut/orang bawah
Jadi, dipersilakan sambung explore behind these five points (and to add more) to apply into our dunyawi tasks that help us gain victory in akhirah as well!
Wallahua'lam.
Catatan MimRa,
25 Januari 2026
Wednesday, 7 January 2026
Pengesahan daripada person-in-charge (127)
Wednesday, 31 December 2025
Entering 2026 (126)
Tuesday, 17 December 2024
Kesan melazimi zikir (125)
Biasa kan, tasbih digital dijadikan sebagai hadiah tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan? Siapa sangka itu menjadi jalan hidayah untuk melazimi zikir kerana objek itu wajar dimanfaatkan.
Bukankah terlalu mendadak? Saya melihatnya pada sudut positif terlebih dahulu. Amalan ini hanya memerlukan amal lisan dan hati, juga sedikit pergerakan tangan mengikut keadaan. Jadi, saya menyimpulkan bahawa ia tidak boleh disamakan dengan perubahan seperti seorang wanita yang baru ingin memakai tudung, hendak terus memakai purdah. Maka, keadaan seperti ini perlu berperingkat untuk mencipta momentum.
Berdasarkan pengalaman peribadi, ianya mudah dicapai ketika berada dalam pemanduan yang panjang, seorang diri. Iaitu, antara masa terbaik beruzlah.
Keadaan menjadi semakin sukar, apabila satu-satu hari itu dilalui dengan banyak interaksi dengan orang lain, ada tugasan mendesak, dan obviously pada hari-hari yang kamu leka dengan urusan duniawi termasuklah berhibur.
Wallahua'lam.
Monday, 16 December 2024
Cara Konsisten Membaca Buku Ilmiah (CG006)
#tanyaapahariini
#chatgpt
Untuk konsisten membaca buku ilmiah, berikut adalah beberapa langkah yang boleh membantu meningkatkan disiplin dan minat dalam membaca:
1. Tetapkan Matlamat yang Jelas
Tentukan sebab mengapa anda ingin membaca buku ilmiah tersebut. Adakah untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang tertentu, menghadapi peperiksaan, atau sekadar minat? Dengan tujuan yang jelas, anda akan lebih bermotivasi untuk terus membaca.
2. Buat Jadual Membaca
Tetapkan waktu tertentu untuk membaca setiap hari, sama ada di pagi atau petang hari. Konsistensi adalah lebih penting daripada membaca dalam tempoh yang panjang. Mulakan dengan sedikit masa dan secara perlahan-lahan tingkatkan waktu membaca apabila sudah biasa.
3. Pilih Buku yang Sesuai dan Menarik
Pilih buku ilmiah yang relevan dengan minat atau tujuan anda. Buku yang sesuai dengan minat akan lebih mudah untuk difahami dan dapat meningkatkan motivasi untuk terus membaca. Jika anda membaca buku yang terlalu kompleks atau tidak menarik, cuba cari topik yang lebih dekat dengan minat anda.
4. Baca Secara Bertahap
Jangan terlalu terburu-buru untuk menghabiskan keseluruhan buku. Buku ilmiah biasanya penuh dengan maklumat yang padat, jadi cuba membaca sedikit demi sedikit, misalnya satu bab atau beberapa halaman sahaja pada satu masa. Ini akan membantu anda untuk lebih fokus dan tidak merasa terbeban.
5. Catat dan Ringkaskan Poin Penting
Semasa membaca, buatlah catatan atau ringkasan untuk membantu pemahaman dan ingatan anda. Menulis perkara penting atau membuat peta minda dapat membantu anda memahami dan mengingat kandungan buku tersebut dengan lebih baik.
6. Bincang dengan Orang Lain
Berdiskusi atau berkongsi topik yang dibaca dengan rakan, pensyarah, atau mentor boleh memperdalam pemahaman dan memberi perspektif yang berbeza. Ini juga meningkatkan minat anda untuk terus membaca dan memahami topik tersebut.
7. Atasi Cabaran dalam Membaca
Buku ilmiah mungkin ditulis dalam bahasa yang teknikal atau rumit. Jika anda berhadapan dengan bahagian yang sukar difahami, cuba cari sumber lain untuk menjelaskan perkara tersebut, seperti video, artikel lain, atau bertanya kepada orang yang berpengetahuan.
8. Berikan Ganjaran kepada Diri Sendiri
Setelah mencapai matlamat tertentu, seperti selesai membaca satu bab atau menguasai satu topik, berikan diri anda penghargaan. Ini akan memberikan dorongan untuk terus membaca dan meningkatkan rasa pencapaian.
9. Gunakan Teknologi
Jika lebih mudah, gunakan e-book atau buku audio. Anda boleh membaca atau mendengar ketika berada di luar rumah atau semasa waktu senggang. Aplikasi tertentu juga membolehkan anda membuat catatan digital di samping membaca buku.
10. Fokus pada Proses Pembelajaran
Nikmati proses membaca dan pembelajaran. Jangan hanya fokus pada matlamat untuk menghabiskan buku, tetapi cuba hayati setiap maklumat yang diperoleh. Ini akan membuatkan pembacaan terasa lebih bermakna dan mengurangkan rasa bosan.
Dengan mengamalkan langkah-langkah ini, anda akan dapat lebih konsisten dalam membaca buku ilmiah dan memperoleh manfaat daripada setiap bacaan yang dilakukan.
Tuesday, 5 November 2024
Format Bedah Buku (CG005)
#chatgpt
Format bedah buku biasanya disusun secara terstruktur untuk membahas berbagai aspek penting dari sebuah buku. Berikut adalah format bedah buku yang umum digunakan:
1. Pendahuluan
- Judul Buku: Sebutkan judul buku yang akan dibahas.
- Penulis: Nama penulis buku, beserta sedikit informasi tentang latar belakangnya (jika relevan).
- Penerbit dan Tahun Terbit: Nama penerbit dan tahun pertama buku tersebut diterbitkan.
- Alasan Memilih Buku: Jelaskan alasan mengapa buku ini dipilih untuk dibahas (misalnya relevansi dengan topik tertentu, minat pribadi, atau rekomendasi).
2. Sinopsis Buku
- Ringkasan Cerita atau Isi Buku: Uraikan secara singkat isi atau cerita utama dari buku tanpa mengungkapkan spoiler besar (untuk buku fiksi) atau tanpa mengurangi inti pembahasan buku (untuk buku non-fiksi).
- Tema dan Fokus Utama: Jelaskan tema besar atau topik utama yang dibahas dalam buku tersebut.
3. Analisis dan Pembahasan
- Karakter dan Pengembangan Karakter (untuk fiksi): Bahas karakter utama dan pendukung, serta bagaimana karakter tersebut berkembang sepanjang cerita.
- Plot dan Struktur Cerita (untuk fiksi): Analisis alur cerita, bagaimana plot dikembangkan, serta kekuatan atau kelemahan dalam struktur cerita.
- Pesan dan Tujuan Penulis: Apa pesan yang ingin disampaikan oleh penulis? Apakah penulis berhasil mengkomunikasikan pesan ini dengan baik?
- Bahasa dan Gaya Penulisan: Bagaimana gaya bahasa yang digunakan oleh penulis? Apakah gaya ini efektif dalam menyampaikan cerita atau ide-idenya?
- Kelebihan dan Kekurangan: Bahas apa yang membuat buku ini menarik atau kurang efektif. Apa aspek yang dapat ditingkatkan?
- Kontribusi Buku Terhadap Genre/Topik Tertentu: Apakah buku ini memberikan perspektif baru atau kontribusi penting dalam genre atau bidang yang dibahas?
4. Kutipan atau Contoh
- Quote Penting: Sertakan beberapa kutipan atau contoh dari buku yang relevan untuk mendukung analisis Anda. Kutipan ini dapat menggambarkan gaya penulisan, tema, atau karakter dalam buku.
5. Kesimpulan
- Kesimpulan Umum: Ringkasan tentang buku tersebut secara keseluruhan.
- Rekomendasi: Apakah Anda merekomendasikan buku ini? Jika ya, untuk siapa buku ini cocok dibaca? Jika tidak, mengapa?
- Refleksi Pribadi: Apa yang Anda pelajari atau dapatkan dari buku ini? Apakah buku ini mempengaruhi pandangan Anda tentang topik tertentu?
6. Penutup
- Harapan terhadap Pembaca: Ajak pembaca untuk melanjutkan eksplorasi terhadap buku tersebut, atau berikan pertanyaan terbuka untuk diskusi lebih lanjut.
- Sumber Referensi: Jika ada, cantumkan sumber lain yang relevan, seperti artikel, review, atau buku lainnya yang berhubungan dengan topik.
Dengan mengikuti format ini, bedah buku akan lebih terstruktur dan memberikan pemahaman yang mendalam tentang isi dan nilai buku tersebut.
Sunday, 27 October 2024
Pentingnya Alumni (CG004)
#chatgpt
Sumbangan alumni kepada sekolah mempunyai pelbagai kepentingan yang signifikan. Berikut adalah beberapa daripadanya:
Pembiayaan Aktiviti dan Projek: Sumbangan kewangan daripada alumni boleh digunakan untuk membiayai pelbagai aktiviti dan projek di sekolah, seperti pembinaan infrastruktur, program pendidikan, dan aktiviti kokurikulum.
Pembangunan Sumber Manusia: Alumni yang berjaya dalam kerjaya mereka boleh menyumbang dengan berkongsi pengetahuan dan pengalaman, serta menjadi mentor kepada pelajar semasa.
Pengukuhan Rangkaian: Alumni boleh membantu membina rangkaian yang lebih luas untuk sekolah, yang boleh membuka peluang untuk pelajar seperti latihan industri, internship, dan pekerjaan selepas tamat pengajian.
Meningkatkan Reputasi Sekolah: Alumni yang berjaya dan aktif menyumbang boleh meningkatkan reputasi sekolah di kalangan masyarakat, yang boleh menarik lebih banyak pelajar baru.
Mendorong Pelajar Semasa: Sumbangan alumni boleh menjadi sumber inspirasi bagi pelajar semasa, menunjukkan kepada mereka bahawa kejayaan selepas tamat sekolah adalah mungkin.
Pembangunan Berterusan: Dengan sumbangan yang berterusan, sekolah dapat memastikan kemajuan dalam kurikulum dan sumber pendidikan, menyesuaikan diri dengan keperluan semasa.
Kegiatan Kebajikan dan Sosial: Alumni juga boleh menyumbang dalam bentuk aktiviti kebajikan yang memberi manfaat kepada masyarakat, meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab sosial dalam kalangan pelajar.
Sumbangan alumni bukan sahaja memberikan manfaat langsung kepada sekolah, tetapi juga membina hubungan jangka panjang yang saling menguntungkan antara sekolah dan bekas pelajarnya.
Tarikh: 28 Oktober 2024
Tuesday, 22 October 2024
Kes Bunuh Di Malaysia Meningkat (CG003)
"Kenapa kebelakangan ini ramai orang berani membunuh di Malaysia"
Masalah peningkatan jenayah, termasuk kes bunuh, di Malaysia adalah isu kompleks yang melibatkan pelbagai faktor. Berikut beberapa kemungkinan penyebabnya:
Krisis Ekonomi: Tekanan kewangan dan ketidakstabilan ekonomi boleh mendorong individu kepada tindakan ekstrem.
Kehilangan Nilai Moral: Perubahan dalam nilai-nilai masyarakat dan pengaruh negatif dari media boleh menyebabkan hilangnya rasa empati.
Kekerasan dalam Media: Pendedahan kepada kandungan ganas dalam filem, permainan video, dan media sosial mungkin memberi impak kepada perilaku individu.
Masalah Mental: Ketidakstabilan mental atau masalah psikologi yang tidak ditangani boleh menyumbang kepada tindakan agresif.
Pengaruh Narkotik: Penyalahgunaan dadah dan alkohol boleh mengubah perilaku seseorang, menyebabkan tindakan yang tidak rasional.
Konflik Peribadi: Ketegangan dalam hubungan sosial atau perselisihan antara individu boleh berakhir dengan tindakan kekerasan.
Kurangnya Kesedaran dan Pendidikan: Pendidikan mengenai penyelesaian konflik secara aman dan pemahaman tentang kesan tindakan ganas perlu dipertingkatkan.
Menangani isu ini memerlukan pendekatan yang menyeluruh, termasuk pendidikan, sokongan psikologi, dan penegakan undang-undang yang lebih ketat.
Berikut beberapa sumber yang dapat memberikan lebih banyak maklumat mengenai isu peningkatan jenayah dan bunuh di Malaysia:
Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia: Laporan tahunan mengenai jenayah yang menerangkan trend dan statistik terkini.
Kementerian Dalam Negeri Malaysia: Mengeluarkan laporan dan statistik berkaitan keselamatan dan jenayah.
Artikel Penyelidikan: Cari artikel dalam jurnal akademik tentang psikologi jenayah dan faktor-faktor yang menyumbang kepada peningkatan jenayah.
Buku dan Publikasi: Buku tentang sosiologi jenayah yang membincangkan perubahan dalam nilai dan tingkah laku masyarakat.
Laporan Media: Artikel dan analisis daripada media tempatan yang meliputi isu jenayah, termasuk analisis pakar.
Organisasi Kesihatan Mental: Laporan tentang kesihatan mental dan kesannya terhadap perilaku agresif.
Menggunakan sumber-sumber ini dapat memberikan pandangan yang lebih mendalam tentang isu ini.
#catatanmimra #pembunuhan #jenayah #Malaysia
Tarikh:
22 Oktober 2024
Monday, 21 October 2024
Topik Selain Gosip (CG002)
#TanyaApaHariIni #chatgpt
"Topik yang sesuai dijadikan perbualan selain bergosip"Berikut beberapa topik menarik untuk perbualan selain bergosip:
1. Hobi dan Minat: Kongsikan tentang hobi masing-masing, seperti melukis, berkebun, atau bermain alat muzik.
2. Buku dan Filem: Bincangkan buku atau filem terbaru yang menarik perhatian.
3. Perjalanan: Ceritakan pengalaman perjalanan yang menarik atau destinasi impian yang ingin dikunjungi.
4. Makanan: Berbagi resipi kegemaran atau restoran yang baru dicuba.
5. Teknologi: Bincangkan aplikasi baru, gadget, atau perkembangan teknologi terkini.
6. Kesehatan dan Kebugaran: Perbualan tentang rutin senaman, diet, atau cara menjaga kesihatan.
7. Musik: Kongsikan lagu atau artis baru yang sedang digemari.
8. Kegiatan Sosial: Diskusikan tentang kegiatan sukarela atau projek komuniti yang diikuti.
9. Tren Fashion: Bincangkan tentang tren fashion terkini atau gaya peribadi masing-masing.
10. Pengembangan Diri: Kongsikan tentang kursus atau kemahiran baru yang ingin dipelajari.
Topik-topik ini dapat menjadikan perbualan lebih bermakna dan menarik!
#catatanmimra #perbualan #sembang #gosip #manfaat
Cara Tidak Leka Dengan Hiburan (CG001)
#tanyaapahariini #chatgpt
"Cara mengurus hiburan untuk diri sendiri supaya tidak terleka"Mengurus hiburan untuk diri sendiri agar tidak terleka memerlukan perancangan dan disiplin. Berikut adalah beberapa cara yang boleh membantu:
1. Tetapkan Matlamat:
Kenal pasti jenis hiburan yang anda nikmati dan tetapkan matlamat. Contohnya, jika anda suka menonton filem, tetapkan bilangan filem yang ingin ditonton dalam sebulan.
2. Buat Jadual:
Rancang waktu hiburan dalam jadual harian atau mingguan. Ini membantu memastikan anda tidak menghabiskan terlalu banyak masa dan dapat menyeimbangkan dengan tanggungjawab lain.
3. Hadkan Waktu:
Tetapkan had masa untuk aktiviti hiburan. Misalnya, jika anda menonton rancangan TV, hadkan kepada satu atau dua episod sahaja.
4. Pilih Aktiviti yang Berfaedah:
Pilih hiburan yang memberi manfaat, seperti membaca buku, menonton dokumentari, atau aktiviti luar. Ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kesihatan mental.
5. Elakkan Gangguan:
Ciptakan persekitaran yang kondusif untuk menikmati hiburan tanpa gangguan. Matikan pemberitahuan telefon atau elakkan tempat yang boleh mengganggu fokus.
6. Sediakan Senarai:
Buat senarai aktiviti hiburan yang ingin dicuba. Dengan adanya senarai, anda dapat memilih dengan lebih bijak dan tidak terjebak dalam menonton atau bermain tanpa tujuan.
7. Refleksi Diri:
Luangkan masa untuk merenung tentang bagaimana hiburan mempengaruhi produktiviti dan kesejahteraan anda. Jika anda rasa terlalu terleka, pertimbangkan untuk mengubah jenis hiburan yang dipilih.
8. Patuhi Komitmen Lain:
Sentiasa utamakan tanggungjawab dan komitmen lain sebelum meluangkan waktu untuk hiburan. Ini membantu menjaga keseimbangan antara kerja dan hiburan.
Dengan pendekatan yang terancang dan berdisiplin, anda boleh menikmati hiburan tanpa terleka dan tetap produktif.
#catatanmimra #hiburan
Friday, 10 May 2024
ADMY 2024 Ep.1 (124)
Tuesday, 30 April 2024
Kenapa jiwa rasa kosong? (123)
Wednesday, 17 April 2024
Persediaan ADMY Bhg.2 (122)
Sunday, 14 April 2024
Persediaan ADMY Bhg.1 (121)
Thursday, 28 March 2024
Soalan Juri CDMY 2024 (120)
Friday, 1 March 2024
IKIMFM Inspirasi Utama saya (119)
Sepatutnya, saya telah terlebih dahulu terkesan dengan pengisian oleh brother Yusuf Islam, dan saya telah merancang untuk menuliskan dapatannya. Namun, tidak disangka, ada sesuatu yang lain yang telah membuat dada senak memikirkannya, iaitu penyesalan tidak bergambar dengan seorang pengacara radio kegemaran saya iaitu IKIMFM, Inspirasi Utama Anda!
Siapakah dia? Dialah saudara Suffian Amrin.
Sebenarnya, siapa dia itu bukanlah sesuatu yang penting untuk saya begitu ingin bergambar dengannya lebih-lebih lagi dia adalah seorang lelaki, tetapi ketahuilah itu adalah suatu persepsi yang agak silap bagi saya apabila menyedari bahawa dia adalah salah seorang penyumbang kepada inspirasi saya!
- Membesar dengan IKIMFM
Radio IKIMFM merupakan radio utama yang saya akan dengar, di mana saya membesar dengannya, terdidik dengannya, dari saya kecil sehingga sekarang saya dah muda belia dan berperanan pula menyumbang kepada ummah. Semasa kecil (fasa sekolah rendah sekitar sebelum 2007), saya hanya terbiasa dengan dendangan slot tafsir Al-Quran yang diisi oleh Ustaz Datuk Dr. Haji Zahazan ketika bersiap untuk ke sekolah, sehinggalah kini yang terlalu banyak slot IKIMFM yang banyak mewarnai minda saya terutamanya ketika memandu kereta yang bernama Medina.
- Tiada pilihan lain yang setaraf
Saya cuba juga untuk menukar siaran radio lain pada masa-masa tertentu, tetapi, belum ada yang dapat menambat hati dan jiwa sepertimana IKIMFM. Pernah, ada suatu ketika yang ia terlalu banyak mainkan iklan tajaan yang agak serabut juga rasa apabila mendengarnya ulang-ulang. Tetapi, alhamdulillah sekarang IKIMFM dah banyak penambahbaikan. Saya masih ingat satu temubual yang diadakan pada awal tahun ini bertemakan ‘rebranding’ yang sedang giat dilakukan oleh IKIMFM, antara dapatan saya, usaha ‘rebranding’ ini tercetus apabila IKIMFM meraikan idea orang muda, masyaAllah. Sangat terharu saat mendengarnya. Terharu sebab saya faham, bukan mudah sesuatu idea untuk melakukan perubahan itu diimplementasi terutamanya melibatkan ramai pihak, dan generasi dalam satu-satu institusi. But, you made it, IKIMFM! MasyaAllah. [saya tahu, hanya pendengar-pendengar setia radio IKIMFM yang dapat ‘relate’ what am I talking about = orang-orang terpilih]
- Inspirasi Utama Saya
Kembali kepada penyesalan saya tadi. Saya ucapkan tahniah buat DJ Pian sebab keberadaan beliau di majlis malam itu menjadi asbab untuk saya merenungi segala jasa IKIMFM. Anda telah menjadi duta IKIMFM dengan jayanya. Mana tidaknya, pagi-pagi buka radio insyaAllah kebanyakan hari pasti suara dialah yang berkumandang menceriakan slot Inspirasi pagi bersama pengacara gandingan yang lain. Ingin saya zahirkan juga rasa yang sama apabila mendengar pengacara-pengacara IKIMFM yang lain. Anda semua inspirasi saya, terutamanya pengacara yang memang sudah bertahun-tahun suaranya keluar ke udara. Maaflah saya tidak tuliskan di sini kerana sengaja hendak spotlight kan DJ Pian kerana dia berjaya wakili IKIMFM mahupun kumpulan Saujana atau tidak kiralah jika niat asal dia datang kerana beliau sendiri meminati Yusuf Islam. Tetapi, saya ingin katakan, kehadirannya beri impak.
Sepertimana, saya selalu teringat kata-kata seorang ustaz yang memetik hadis Nabi s.a.w. mafhumnya “Seseorang yang mampu menjadi asbab hidayah kepada satu orang lain adalah lebih baik daripada memiliki unta merah”
Saya yakin, semua pengacara hatta jentera di sebalik tabir IKIMFM pasti ada fasa-fasa tertentu diuji Allah s.w.t.barangkali dengan datangnya fikiran sejauh mana anda memberi manfaat kepada ummah. InsyaAllah yakinlah, Allah pasti akan nilai usaha keringat anda walau sebesar zarah. Pujian yang saya berikan di sini bukanlah seberapa berbanding sekecil zarah usaha anda; mungkin saya hanya 0.00001%.
Kredit (pujian) untuk semua pengacara. Ketahuilah setiap kali saya mendengar lontaran suara anda, sama ada kalian sedang bergandingan dengan pengacara yang lain mahupun ketika seorang diri mengemudi konti, saya sentiasa belajar cara kalian menyusun kata, menyeimbangkan giliran bercakap, memastikan ucapan yang dilontarkan itu ada isinya, dan apa jualah lagi yang seangkatan dengannya.
Manakala kredit bagi sesiapa sahaja di sebalik tabir, termasuklah pencetus kepada iklan produk yang diiklankan sendiri oleh pengacara dengan style yang agak ‘unik’ dan menjadi diskusi antara saya dengan keluarga - juga kapsul-kapsul hadis, rakaman nasihat para asatizah, alunan zikir-zikir dan bacaan Al-Quran yang saya sukar nak cari di mana-mana tempat lain, pengendali para jemputan, dan kesemuanyalah. Maaf saya tidak mampu nak senaraikan satu per satu atas had ‘brainstorm’ secara seorang diri.
Alhamdulillah, masyaAllah, barakallahufik!
Semoga kalian tetap maju jaya, bermotivasi dan yang penting terus menjadi Inspirasi Utama saya dan seluruh rakyat Malaysia, juga siapa jua yang mendengarnya!
Jazakumullahukhairan kasira~
---
- Hasrat yang tersimpan:
Dengan ustaz Zulramli, saya memerhatikan (belajar) cara beliau mengendalikan usrah mengikut checkpoint masa yang telah ditentukan, meraikan ahli-ahli usrah serta sifat tawaduk yang ada pada dirinya.
Sekian.
Catatan,
MimRa.
[21 Syaaban 1445H]
02.03.2024
**Antara perkara yang saya tertanya-tanya ketika melihat DJ Pian pada malam itu adalah, siapa yang ada dekat dengannya ketika itu? Muka macam Hazamin Inteam tapi bukan.. Btw, saya juga peminat lagu-lagu nasyid termasuklah yang dinyanyikan oleh kumpulan lejen, Saujana! (yang selalu terkeliru dengan NowSeeHeart)
Tetapi, Qaddarallahu wa masya fa’al, sifat ‘malu tidak kena tempat’ membuatkan saya terlepas peluang bergambar dengan wakil inspirasi sepanjang hayat. Suatu kerugian yang tidak mahu diulangi lagi.
Thursday, 29 February 2024
Tambat (118)
"Ramadan nanti syaitan dibelenggu, mudahlah nanti."
Apa jaminan, sehingga kamu begitu yakin bahawa kamu akan laluinya dengan mudah?
... Jika sebelum bertemu Ramadan kamu belum dapat memastikannya?
Ini pasti kerana dosa-dosaku.
Maksiat yang aku lakukan terhadap Allah menghalang cahaya iman menembusi dada.
Lalu, amal merundum. Nafsu tidak dikekang.
Saya terimbau satu babak di dalam sebuah filem bagaimana si fulan itu dihukum. Tangannya diikat dan digantung. Lalu, si penguasa melibas badannya menggunakan cemeti. Andailah aku boleh melibas nafsuku begitu. Agar dia (si nafsu) merasa sakitnya menanggung derita bermaksiat.
Tapi.. kasihan pada tubuh. Si tubuh tidak bersalah. Yang salah adalah si pengemudi tubuh. Saya sering membayangkan bahawa setiap anggota tubuh sedang bekerjasama antara satu dengan yang lain bagi terhasilnya suatu imej, susuk tubuh yang beriman dan soleh kepada Tuhannya. Kaki bergerak seperti sepasang gear yang menggerakkan kincir air.
"Jika baik segumpal daging itu, maka baiklah anggotanya."
Hanya kerana kamu gagal mengawal dan mengekang kehendak duniawimu, lalu anggota lain turut akan menderita keranamu.
Cukup. Berhentilah setakat itu.
Usah tunggu dan memanjangkan masa lagi.
Bertindaklah mengubahnya.
Tepislah ajakan nafsumu itu.
Tambat, jika itu yang boleh membantu.
Raikan imanmu. Imanmu perlukan perhatianmu.
Bahagiakanlah dia.
Catatan,
MimRa.
[19 Syaaban 1445H]
29.02.24
#rancangramadan
Maksiat = lalai daripada mengingati Allah
Bezanya sambutan Maal Hijrah dengan Tahun Baru Masihi (131)
Alhamdulillah. Telah masuknya tahun baharu Hijrah, 1448 Hijrah. Alhamdulillah, dikurniakan pinjaman nyawa yang merupakan keluasan kesempata...
-
Mukadimah Bulan April tahun ini insyaAllah genap empat (4) tahun saya berkhidmat di salah sebuah firma perunding ukur bahan di Bangi, Sela...
-
Bismillah. Saya masih terngiang-ngiang dengan dua soalan yang dikemukakan juri semasa temuduga Calon Daie Muda Yadim 2024 yang berlangsung 2...
-
'Pakaian jika tidak dipakai selama 40 hari, maka akan dihisab' 'Tidak betul! Bukan 40 hari, malah pakaian yg sedang dipakai ini ...
