Saturday, 4 April 2020

Rindu Sehingga Termimpi-mimpi (020)

Hari ni dah masuk hari ke-19 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia. Siapa tak dapat balik kampung, angkat tangan!

Hehe. Rindu kan dekat mak ayah tercinta? Rindu nak salam, nak rasa masakan mereka.

Rindulah, sampai dua tiga hari ni muncul dalam mimpi. Alhamdulillah, syukur juga walaupun orang kata mimpi itu mainan tidur, tapi, at least dapat gak communicate, tgk muka mereka. Mimpi boleh jadi datang daripada 3; Allah (ilham), diri sendiri (perasaan) dan malangnya dari syaitonrrajim juga. Hopefully, dihindarkan dpd yg ketiga itu. Bacalah ta'awuz.

Nak lagi real, ada orang buat video call dan ada gak yg buat cara lain. Ikutlah kemampuan masing-masing. Paling-paling tu, kita call dapat dengar suara mereka. Dapat tahu keadaan semasa mereka.

Ya. Itu semua cerita pasal rindu dekat mak ayah. Tapi, bukan itu inti utama bagi penulisan kali ini.

- RINDUKAN SI DIA -

Siapakah "si dia"?
Siapa lagi kalau bukan Rasulullah s.a.w..

Alhamdulillah, selepas bangun dari tidur dan menyedari bahawa Allah bagi mimpi mak ayah, rasa dekat dengan mereka tu secara tidak langsung dapat dirasai. Walaupun hanya sedikit. Syukur, alhamdulillah 💕

Tapi, hati rasa tak sedap sebab... Kerinduan kepada kedua ibu bapa masih belum dapat mengatasi kerinduan kepada Rasulullah s.a.w.. Sedangkan Rasulullah s.a.w. dah pesan, takkan beriman seseorang itu selagi baginda s.a.w. tidak dicintai melebihi diri mereka sendiri; melebihi kecintaan kepada ibu bapa; melebihi kecintaan kepada anak-anak dan harta.

Semudah-mudah bukti rindu kepada Baginda s.a.w. adalah dengan berselawat ke atasnya. "Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad,"

Ada seorang sahabat pernah bertanya kpd Rasulullah s.a.w.. Tentang berapa banyak kali selawat perlu diucapkan dalam sehari bermula dengan 1/4 dalam sehari. Lalu, Rasulullah s.a.w. jawab, "jika lebih, maka itu lebih baik untuknya,". Kemudian, soalan yg sama diulang-ulang. Sehinggalah sahabat itu menyimpulkan bahawa beliau akan berselawat keatas Baginda s.a.w. sepanjang hari. Lalu, Baginda s.a.w. berkata bahawa beliau (sahabat itu) telah pun memiliki kesempurnaan iman. MasyaAllah.

Bilalah kita nak dapat capai setinggi tinggi kerinduan ke atas Rasulullah s.a.w.?

Walaupun banyak alasan kita bagi, tetap, tak dapat melayakkan diri utk mengecualikan diri daripada berselawat. 

Kita perlu berusaha lagi! Perbanykkan selawat sehari-hari. 

3 kali, tidak cukup.
10 kali, tidak cukup.
33 kali, tidak cukup.
100 kali, tidak cukup.
1,000 kali, tetap belum cukup.

Selagi tak mampu bertemu Rasulullah s.a.w. dalam mimpi, selagi tu selawat kita ke atas Baginda s.a.w. masih tidak cukup.

Jangan berputus asa.. Usahakan ikut kemampuan. Moga kita layak terima syafaat Rasulullah s.a.w. di akhirat nanti. 

"Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad,"

Sekian.

Catatan,
MimRa.
5 April 2020

First Edition: 05/04/2020

No comments:

Post a Comment

Kesan melazimi zikir (125)

Bismillahirrahmanirrahim. Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad. PERMULAAN Biasa kan, tasbih digital dijadikan sebagai...