Ada caranya, macamana kita nak melangkah dari satu anak tangga ke satu anak tangga tanpa kain yang dipakai tersingkap sehingga aurat terlihat oleh orang yang di belakang (bagi perempuan).
Antaranya, dengan menggenggam sedikit bahagian tepi kain di paras atas lutut, 'twist' sedikit ke belakang dan mengawal pergerakan kain ketika melangkah.
Ada juga sudut lain yang mungkin perlu kita tambah atau ubah iaitu:
1. Memakai sarung kaki.
2. Memakai kain dalam.
3. Memastikan kain yang dipakai cukup longggar supaya tidak menyebabkan kain 'stretch' dek ketidakcukupan ruang kain itu sendiri.
4. Menggunakan lif.
Selain di tangga/esacalator, semasa kita ingin melangkah menaiki kenderaan seperti kereta, bas dan motor juga perlu berhati-hati. Mungkin lain caranya.
Ya. Catatan ini tujuannya sebagai usaha menutup aurat. Aurat tetap aurat, dan ada hisabnya. Istighfar untuk aurat yang pernah terselak tanpa kita sengaja mahupun kita sengaja. Allah Maha Penyayang, Maha Pengampun.
Catatan,
MimRa.
280220M
040741H
*Catatan ini hanyalah pandangan personal.
First Edition: 28/02/2020
No comments:
Post a Comment