Tuesday 7 April 2020

Ringkasan Tentang Kelebihan Malam Nisfu Sya’ban (021)

Merujuk kepada artikel di https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/1121-irsyad-al-hadith-siri-ke-70-kelebihan-malam-nisfu-sya-ban, pada malam nisfu Sya’ban:
 
1. Allah SWT mengampunkan dosa semua makhluk-Nya kecuali:

- Orang yang syirik kepada-Nya melainkan dengan taubat.
- Orang yang mempunyai sifat dengki sehingga mereka meninggalkan sifat tersebut.
- Orang yang bermusuhan sehingga mereka berdamai.
- Orang yang membunuh diri termasuk di dalam dosa besar.
 .
2. Doa mustajab.

- “Doa mustajab adalah pada 5 malam, iaitu malam jumat, malam al-Adha, malam al-Fitri, malam awal bulan Rejab, dan malam nisfu Sya’ban” (imam as-Syafie)
 .
3. Dianjurkan untuk mengambil peluang dengan kelebihan yang ada pada malam tersebut dengan beramal sebanyak-banyaknya.

- Tetapi, tidak ada amalan khusus yang dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah untuk diamalkan pada malam nisfu Sya’ban.

- Amalan seperti membaca al-Quran, solat sunat, berzikir dan berdoa adalah bersifat umum.

- Beberapa para tabi’in memuliakannya malam nisfu Sya’ban dengan bersungguh-sungguh beribadah pada malam itu.

Catatan,
MimRa.
8 April 2020
14 Sya'ban 1441H

First Edition: 08/04/2020

Saturday 4 April 2020

Rindu Sehingga Termimpi-mimpi (020)

Hari ni dah masuk hari ke-19 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia. Siapa tak dapat balik kampung, angkat tangan!

Hehe. Rindu kan dekat mak ayah tercinta? Rindu nak salam, nak rasa masakan mereka.

Rindulah, sampai dua tiga hari ni muncul dalam mimpi. Alhamdulillah, syukur juga walaupun orang kata mimpi itu mainan tidur, tapi, at least dapat gak communicate, tgk muka mereka. Mimpi boleh jadi datang daripada 3; Allah (ilham), diri sendiri (perasaan) dan malangnya dari syaitonrrajim juga. Hopefully, dihindarkan dpd yg ketiga itu. Bacalah ta'awuz.

Nak lagi real, ada orang buat video call dan ada gak yg buat cara lain. Ikutlah kemampuan masing-masing. Paling-paling tu, kita call dapat dengar suara mereka. Dapat tahu keadaan semasa mereka.

Ya. Itu semua cerita pasal rindu dekat mak ayah. Tapi, bukan itu inti utama bagi penulisan kali ini.

- RINDUKAN SI DIA -

Siapakah "si dia"?
Siapa lagi kalau bukan Rasulullah s.a.w..

Alhamdulillah, selepas bangun dari tidur dan menyedari bahawa Allah bagi mimpi mak ayah, rasa dekat dengan mereka tu secara tidak langsung dapat dirasai. Walaupun hanya sedikit. Syukur, alhamdulillah 💕

Tapi, hati rasa tak sedap sebab... Kerinduan kepada kedua ibu bapa masih belum dapat mengatasi kerinduan kepada Rasulullah s.a.w.. Sedangkan Rasulullah s.a.w. dah pesan, takkan beriman seseorang itu selagi baginda s.a.w. tidak dicintai melebihi diri mereka sendiri; melebihi kecintaan kepada ibu bapa; melebihi kecintaan kepada anak-anak dan harta.

Semudah-mudah bukti rindu kepada Baginda s.a.w. adalah dengan berselawat ke atasnya. "Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad,"

Ada seorang sahabat pernah bertanya kpd Rasulullah s.a.w.. Tentang berapa banyak kali selawat perlu diucapkan dalam sehari bermula dengan 1/4 dalam sehari. Lalu, Rasulullah s.a.w. jawab, "jika lebih, maka itu lebih baik untuknya,". Kemudian, soalan yg sama diulang-ulang. Sehinggalah sahabat itu menyimpulkan bahawa beliau akan berselawat keatas Baginda s.a.w. sepanjang hari. Lalu, Baginda s.a.w. berkata bahawa beliau (sahabat itu) telah pun memiliki kesempurnaan iman. MasyaAllah.

Bilalah kita nak dapat capai setinggi tinggi kerinduan ke atas Rasulullah s.a.w.?

Walaupun banyak alasan kita bagi, tetap, tak dapat melayakkan diri utk mengecualikan diri daripada berselawat. 

Kita perlu berusaha lagi! Perbanykkan selawat sehari-hari. 

3 kali, tidak cukup.
10 kali, tidak cukup.
33 kali, tidak cukup.
100 kali, tidak cukup.
1,000 kali, tetap belum cukup.

Selagi tak mampu bertemu Rasulullah s.a.w. dalam mimpi, selagi tu selawat kita ke atas Baginda s.a.w. masih tidak cukup.

Jangan berputus asa.. Usahakan ikut kemampuan. Moga kita layak terima syafaat Rasulullah s.a.w. di akhirat nanti. 

"Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad,"

Sekian.

Catatan,
MimRa.
5 April 2020

First Edition: 05/04/2020

Friday 3 April 2020

Islam - Dakwah - Kesilapan - Keampunan (019)


First Edition: 04/04/2020

Tidak Malu Berbuat Apa Saja (018)

Manusia,
Selalu tidak malu melakukan apa saja.
Di alam fana.
Juga tidak terkecuali,
Di alam maya.

Bersemangat menaip itu ini.
"Tentu mereka akan bersetuju denganku,"
"Mereka akan menyukai caraku,"
"Biarlah apa aku nak kata, itu aku. Lamanku adalah milikku, bukan milik mereka. Hak aku,"
"Biarlah, ini caraku menghilangkan kebosanan,"
"Menariknya apa yg mereka lakukan, aku juga mahu melakukannya,"
"Biarlah aku menontonnya, tiada siapa akan melihat apa yg aku tonton. Cuma aku yg boleh melihatnya, mendengarkannya,"
"Masaku adalah milikku, bukan milik orang lain. Suka hati aku mahu melakukan apa saja mengikut keinginanku,"

Adakah mereka tidak lagi sedar?
Tuhan itu Maha Melihat.
Walaupun sekecil zarah.
Walaupun sekecil plankton atau sebutir pasir halus,
Yang hidup di dalam laut dalam,
Di malam hari.
Allah Maha Menghisab.
Allah Maha Mengetahui.
Allah Maha Menghukum.
Tidakkah mereka takut?

Atau sekelumit iman sudah tiada?
Atau mereka cuma manusia yg sering "mengulangi" kesilapan,
Lalu, tidak dikesalinya?

Di manakah janji,
"Inna solati, wanusuki, wamahyaya, wamamati,
LILLAHI RABBIL 'ALAMIN," ?

Faghfirlana, ya Ghafur.

Catatan,
MimRa.
4 April 2020

First Edition: 04/04/2020

Wednesday 1 April 2020

Eloklah Saya Tidak Tahu (017)

Sedih saya baca isu yg tengah bangkit sekarang.
Saya sanggup baca sikit je punca isu berbangkit. Then, tak sanggup nak follow up. Sebab, yang dihidupkan netizen adalah berbaur negatif. Takkan beri kebaikan kepada saya.

Jenama "DUCK".
Ya. Saya pun tak pernah beli brand tu. Tak mampu. Keadaan "tak mampu" sepatutnya tak menjadi asbab untuk kita kecam brand tu. Ok, tu satu.

Kedua, statement yg dikeluarkan. Inilah yg saya syor utk "eloklah saya tidak tahu". Sebab, sepanjang saya scroll socmed, saya tak nampak pun benih kebaikan daripada kecaman yg dibuat netizen. Saya sedih, pelik, kita kecam apa yg kita dapat?

K, fine. Ketiga, kecam supaya dia tak berani pandang rendah golongan yg "lebih bawah". Still, apa yg kita dapat? Apa yg dia dapat? Allahuakbar. Alhamdulillah ya, syukur alhamdulillah sebab kerajaan dah umum bagi allocation kepada "kita". Ya. Diorang orang kaya, kita ni tak berapa kaya. Biasa-biasa je. Tapi janganlah tunjuk naik kepala kita yg kita ni lagi hebat daripada mereka yg ada-ada tu. Tujuannya utk kita sedar diri siapa kita, supaya kita teruskan usaha utk tingkatkan prestasi kerjaya kita dgn cabar mereka yg kita pun boleh buat. Sifat angkuh tu cuma milik Tuhan. Tuhan je layak nak angkuh, sebab Dia Pemilik segalanya.

Islam ajar kita, bila kita nampak orang buat maksiat, jangan benci orang itu, cuma benci perbuatannya itu.
Samalah macam situasi sekarang,
Tak salah kita nak kecam statement dia "kalau" dah memang jelas dia memang "cari pasal". Tapi, salahnya kita bila semua benda yg dia buat dia usahakan, kita nak pukul rata semunya salah. Manalah pergi rasional pemikiran kita? Sampai salahkan brand, harga (lantak pi lah dia nak letak harga mahal, kalau kau mampu beli, belilah. Kalau dah tak mampu, diam-diam sudahlah. Samalah macam nak makan, kalau tak mampu nak beli kedai five star, cari jelah kedai murah-murah, tak payahlah nak caci maki bagai - benih dosa), ni sekarang jawatan pun... (astaghfirullahal'azim).

Dia saudara seIslam kita tau. Setiap orang ada perangai "jahiliah" (perkataan kasar) atau sisi aib/silap/lemah/kurang dia yang tersendiri yang kita taknak orang lain tahu atau sebarkan. Hmm.

KERISAUAN SAYA
Saya memang tak pernah beli brand Duck. Saya bukanlah peminat tegar Vivy Yusof. Tp, saya ada lah kadang-kadang tengok Vlog Vivy kat Youtube. Saya tulis bukan nak backup, tapi, saya nak menyokong kebaikan yg dia telah berjaya pengaruh ramai orang untuk buat, improve, lalu, balasan sebegini yg kita bagi?

Saya suka tgk dia share cara dia bekerja, cara dia spent time dgn famili, dulu dia free hair dan alhamdulillah skrg dah berhijab (itu satu peningkatan kpd kebaikan).

Tapi, saya risau bila kita memilih utk kecam beramai-ramai, apa-apa pun boleh jadi. Na'uzubillah. Saya percaya, kemungkinan besar akan ada netizen yg akan ungkit sekecil-kecil perkara. Kita taknak fenomena org yg berhijab, kembali kpd keadaan dulu dia (yg menanggalkan tudung). Mustahillah, emosi dia (Vivy) tak terganggu. Bukan saya nak kata kena jaga emosi dia. Tp, kita kena ingat, dia dah berada di level public figure. Dia adalah org yg berjaya. Tak mustahil orang yg berjaya boleh gagal disebabkan hal-hal yg macam kita buat sekarang. Orang yg dlm keadaan emosi terganggu, dgn pressure yg tidak henti-henti menghentam, syaitan tu kreatif je nak bisikkan tindakan-tindakan yg menjerumuskan kpd yg lebih teruk. Ada org bila dia tension, dia bunuh diri. Rssign. Kemurungan. Kembali kepada zaman dulu yg buruk. Pukul anak-anak. Gaduh suami isteri. Kita taknak.

Kenapa kita nak backup lagi org macam dia? Pedulikkanlah apa statement yg dia keluarkan. Ingat senang ke nak hasilkan orang berjaya macam dia?

Dia bukannya "munafik" untuk dibenci.
Dia manusia yg buat silap. Mungkin ini ujian untuk dia atas kata-kata yg telah dikeluarkan, yg tak mampu ditarik balik semudah itu. Maafkanlah dia. Harap-harap org yg lebih layak yg judge kesalahan dia, buat apa yg patut.

Dalam dakwah, Islam tak ajar bila org tu buat dosa besar terus hukum. Ada sesetengah hukuman Islam buat secara berperingkat. Contohnya, nasihati cara baik dulu. Then, baru yg seterusnya.

AMBILLAH IKTIBAR

Kita dah nampak, bila seseorang dah keluarkan kata-kata yg menyinggung perasaan orang ramai, bukan mudah untuk tarik balik.
Macam tulah realiti pada diri kita. Kawan-kawan, kita berapa banyak kali kita tercakap something yg buat dia kecil hati? Kita tak peduli pun. Yg ada hanyalah rasa puas hati sbb dapat memerangi dia. Kita nak win.

Mak kita, berapa kali kita tinggikan suara dekat mak, bantah, taknak buat apa yg disuruh. Ingat mak tak tersinggung? Anak derhaka. Tapi, mak kita penyayang sanggup maafkan kita. Tapi, kita tak bersyukur kita still bawak kepala kita sendiri.

Kekerasan bukanlah cara yg terbaik. Malah kelembutan itu lebih mendidik. Sebarkanlah kasih sayang, bukan kebencian.

Sebaik-baik pendosa adalah pendosa yg bertaubat.

Daripada kita jadi "keyboard warrior", lebih baiklah kita perbanyakkan istighfar. Taip perkataan yg baik-baik, walaupun takde orang nak 'like' (sebab bukan itu tujuannya). Yang penting mesej yg kita sampaikan tu beri manfaat kpd org lain atau paling tidak, ingatan kepada diri sendiri.

Ini, kita taip benda yg naikkan marah org. Jom marah beramai-ramai, gitu. Amarah itu bukanlah sifat mahmudah untuk diagung-agungkan. Cuba kita reflek balik harini berapa banyak kata-kata kita yg buat org bahagia? Senang hati? Atau at least tak menyakitkan hati? 

Allah uji kita. Dalam kekalutan wabak Covid-19 ni, Allah nak test, Allah bagi satu isu, adakah kita akan tetap kembali kepada-Nya, Tuhan yang Mengatur segala yg telah terjadi dan akan jadi. Allah saja nak alihkan perhatian kita nak tengok kita ni teguh pendirian ke tak. Islam tu universal, tak kira isu, negara, tempat, bangsa, kesihatan, kebersihan, dan apa-apa jualah.

Berkata baik, atau diamlah. InsyaAllah kita mampu melakukannya.
#fighting (mujahadah)

Catatan,
MimRa.
1 April 2020.

First Edition: 01/04/2020

Kes Bunuh Di Malaysia Meningkat (CG003)

#tanyaapahariini #chatgpt "Kenapa kebelakangan ini ramai orang berani membunuh di Malaysia" Masalah peningkatan jenayah, termasuk ...