Friday, 9 June 2023

Give me an advise in dakwah (090)

Musuh utama dlm nak dptkan ikhlas dlm dakwah:

Emosi
Sometimes we 'try hard' (put effort) to explain to people without trying hard to explain to ourselves. It might end up, we feel not performed enough when we started to see people's reaction that does not satisfy our intention.
We are our own mad'u.
Sesuatu yang datang dari hati, akan sampai ke hati.
Sesuatu yang datang dari akal, akan sampai ke akal, tapi boleh jadi tidak sampai ke hati.
Love Triangle:
Akal - ilmu; pertimbangan sama ada perkara itu betul salah; teknik pendekatan; hikmah; problem solution
Emosi - rasa bersemangat, rasa berkobar-kobar, gembira, rasa down, sedih, rasa marah, rasa kecewa, rasa kosong, rasa hilang (Perlu sentiasa berjaga-jaga bila ia menaik mendadak dan menurun mendadak. Sama ada emosi itu positif atau negatif. Kena bijak mengawal, tak boleh push.)
Hati - ikhlas, reda, tenang, gelisah, ragu-ragu, keliru, was-was, dan penyakit hati yang lain-lain
Love Triangle A (Da'i)
- Bekalan diri kita nak berdakwah
Love Triangle B (Mad'u)
- Persiapan diri kita dalam memahami orang lain. 3 aspek ni kita analayse bila terdetik nak judge orang yang datang atau didatangkan kepada kita. 3 aspek ni juga yang menentukan teknik dakwah apa yang lebih sesuai untuk kita dekati orang tu.
- cth, akal - dia tau (ada ilmu) tak yang dia tengah buat salah? Emosi - dia sedar tak, apa pilihan dia, adakah dia memilih jalan itu kerana emosi dia, kerana masalah hidup dia? Hati - cuba cari apa sebenarnya yang dia sedang rasa, hati dia sedang mencari cahaya atau sedang tidak merasa apa-apa (kosong/tawar hati) atau boleh jadi juga sedang keliru atau memberontak
Ujian:
- iman itu menaik dan menurun
- hari ini mungkin kita sedar dan faham, dan akan ada hari yang Allah hantar "lupa" & "lalai"
- tanda lalai & lupa ni tak semestinya bila kita buat maksiat
- tapi lalai & lupa ni akan datang waktu kita disibukkan dengan perkara lain atas desakan kehidupan
- sbb kita kena sedar, hidup ni bukan tentang dakwah sahaja. Akan ada hari kita bersama keluarga, kita nak have fun with friends, kita diuji dengan musibah, kita diuji dengan nikmat, termasuklah nikmat bila follower (orang yg terkesan dgn dakwah kita) dah bertambah - semua ini akan berjalan bersama, sehingga terkadang dakwah kita tenggelam
- then, lepas tenggelam tu, kita akan melalui fasa nak menyelam dan berenang semula untuk naik ke permukaan
- masa ni, tahulah kita, dekat laut tu, airnya bukan tenang-tenang macam tu je. Air laut tu bergelora! Ada jerung, ada jellyfish yang menyengat. That's our fight untuk naikkan semangat dakwah kita semula. Kita akan rasa sakit digigit, sakit disengat. Jerung dan jellyfish tu bukan datang dari luar tapi datang dari diri sendiri. Rasa berdosa, rasa tak mampu, rasa tak boleh nak go on sebab susah nak datangkan ikhlas, dan boleh jadi peyakit hati yang lain, rasa ketinggalan oleh masa, tiba-tiba rasa duit tak cukup untuk sacrifice, rasa berkira-kira, fikir apa tanggapan orang - ni lah jerung dan jellyfish tu.
- apabila berhadapan dengan jerung dan jellyfish, bukan senang nak atasi. Kita nak kena tahu macamana nak elak, atau boleh jadi kita terpaksa bunuh mereka untuk selamatkan diri kita, untuk kekal hidup. Even kalau kita kena gigit dan satu kekuatan telah hilang, tetap kena terus melawan.
Istidraj dalam dakwah:
"Rasa 'asyik' ini,
ku sangka Kau redai"
(Hilang - Rabithah)
Outcome:
Apa yang kita harapkan selepas kita sampaikan dakwah?
Reda Allah semata-mata, atau... ada expectation lain?
Kita nak bawa orang kepada Allah,
Atau sebenarnya kita nak bawa orang kepada kita?
All in all. All above also an explanation to the concept of:
Kita buat nak dapatkan reda Allah,
Bukan reda manusia.
Beri, dan reda.
Beri, dan tawakkaltu 'alallah.
Beri, dan mohon ampun dari Allah andai terkurang dalam menyampaikan agama.
---
Catatan di atas sudah lama disimpan di dalam "Keep Note" saya memandangkan pada asalnya saya berniat untuk mengupaskan secara rakaman audio dan beri kepada sahabat saya yang bertanyakan soalan (tajuk) di atas.
Walaubagaimanapun, hal itu tidak terjadi. Saya cuma sempat merakamkan "Love Triangle" pada sudut seorang da'i (boleh mendengar rakaman no.001 dalam Telegram Catatan MimRa pada link https://t.me/catatanmimra) dan tidak sempat merakamkan pada sudut da'i melihat mad'u. Then, saya mengambil keputusan untuk mengongsikan terus apa yang ada, sebelum saya mengambil masa yang lebih lama untuk memeram ilham daripada Allah s.w.t. yang bagi saya sepatutnya boleh dimanfaatkan bagi yang memerlukannya.
Wallahu'alam.
~CM~
[27 Syawal 1444H / 21 Zulkaedah 1444H]

Thursday, 8 June 2023

Syurga yang dirindui (089)

Rindu taman syurga dunia.

Hari ini dimaklumkan kelas kitab hujung minggu ini ditunda. Sedih.
Ibarat mendapati rombongan lawatan untuk ke suatu tempat indah (seperti dalam dokumentari National Geography) dibatalkan.
Segala peringatan, dan ilmu baru itu menyuburi dan menyegarkan hati yang kusam layu sepanjang tempoh perantaraan satu kelas dengan kelas yang lain.
Pergi ke majlis ilmu ibarat melangkah masuk ke suatu dunia penuh dengan tumbuh-tumbuhan menghijau indah berembun, mengalir pada tanahnya sungai jernih berada di puncak gunung, udaranya nyaman, sejuk. MasyaAllah, bagaimanalah rupa syurga sebenar nanti. Segala yang dibayangkan ini tersangatlah 'low standard' berbanding syurga sebenar nanti!
Di dalam majlis ilmu, disertai oleh orang-orang yang hatinya ingin tahu, ingin belajar tentang agama. Menundukkan keegoan, dan rasa sombong. Menyucikan jiwa dengan mendengar kisah-kisah orang soleh. Dan bersedia membetulkan apa yang salah selama ini telah dilakukan. Malah, ada malaikat yang melebarkan sayap dan mendoakan keampunan dan rahmat kepada ahlinya.
InsyaAllah saya taknak give up ajak dan cuba mempengaruhi kawan-kawan untuk sama-sama join kelas agama. Saya nak kalian juga merasai keindahan dan ketenangan dalamnya. Keindahannya sungguh saya tak mampu ungkapkan.
Saya yakin, pada setiap jiwa itu ada rasa ingin "mencari".. tiada wujudnya pencarian tanpa suatu kehilangan. Pada jiwa kita ada sesuatu yang hilang. Yang dicari oleh orang beriman adalah hikmah. Hikmah itu kita akan jumpa hanya apabila kita temuinya, kita kutipnya, lalu kita tepuk-tepuk dan membersihkan debu keraguan yang ada padanya. Iaitu, dengan curahan ilmu tentangnya pula. Cari.. cari.. dan cari.
Perjalanan pencarian ini tiada titik tamatnya sehingga kita dijemput Pencipta.
---
Saya belum ada sifat "daring" untuk mengajak secara terang-terangan atau lebih aggresif atau aktif. Jadi, platform seperti penulisan di FB, status Whatsapp dan Telegram sahaja fokus pendekatan saya buat masa ini.
Saya ingin mengambil tauladan sifat seorang ulamak, bahawa andai saya ikhlas menyampaikan, insyaAllah akan ada hati-hati yang akan terpaut dan terkesan. Keep on mengingatkan diri bahawa semua yang dilakukan hanya untuk bawa kalian kepada Allah s.w.t. dan bukan kepada diri saya.
"Belum" itu tidak bermakna tidak akan melakukannya, cuma belum tiba lagi masanya. InsyaAllah, petunjuk Allah s.w.t. sentiasa diharapkan. Demi menjaga hati daripada penyakit-penyakit yang akan menyebabkan usaha saya itu sia-sia dan dalam masa yang sama tidak mahu berhenti dalam usaha "dakwah" iaitu sunnah Rasulullah s.a.w. yang paling besar. Tanpa dakwah baginda s.a.w., Islam tidak sampai kepada kita. Islam = sejahtera. Tanpa Islam, hari ini kita tidak sejahtera. Dengan Islam, kita peroleh sejahteraan jiwa.
Saya ingin quote potongan petikan yang saya baca di dalam kitab Syamail Rasulullah s.a.w. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Hanyasanya dibangkitkan akan daku jadi Nabi kerana memberi rahmat akan manusia dan tiada dibangkitkan akan daku kerana melaknat mereka itu"
- walaupun doa Nabi s.a.w. itu makbul, baginda s.a.w. tidak menggunakan kelebihan itu untuk melaknat musuh supaya mereka binasa (dibalas dengan balasan yang buruk).
- sebaliknya, Rasulullah s.a.w. tidak berputus asa untuk menyampaikan rahmat (Islam) kepada sesiapa sahaja tidak kira raja mahupun rakyat marhaen.
MasyaAllah, indahnya akhlak Nabi s.a.w.. Tiada siapa manusia yang lebih indah daripada baginda s.a.w.🤍
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.
Wallahu'alam.
~CM~
[20 Zulkaedah 1444H]

Lupa, atau sanggup? (088)

Kadang-kadang,

Bila kita terlalu fokus pada "apa yang menarik?"
Kita lupa yang kita telah meletakkan halal dan haram, baik atau buruk itu ke tepi.
Sama ada kita "lupa" dan letak tepi, atau
Kita "sanggup" dan letak tepi.
Begitu mudah dunia mempermainkan kita.
Mohonlah ampun pada Allah s.w.t..
Allah berhak menghukum kita.
~CM~
[19 Zulkaedah 1444H]

Kesan melazimi zikir (125)

Bismillahirrahmanirrahim. Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad. PERMULAAN Biasa kan, tasbih digital dijadikan sebagai...