Monday, 21 December 2020

A clone (037)

Kadang tu, ada juga kan rasa macam.. Ya Allah, I need a spare. Dia bukannya rasa seperti "24 jam sehari itu tidak cukup," tapi rasa yang I want to delegate myself to another me. Yeah, similar meaning like "a clone". Kita tak mau bagi orang lain, kita nak kita sendiri buat tetapi, bukan dengan satu jasad 😄

Kita nak seimbang dunia akhirat. Kita ada perancangan, tapi perancangan itu selalu clash antara satu sama lain. Tapi, bukanlah macam magnet tu, tolak terus bila jumpa sama kutub.

The reason is, kita faham orang lain bukan boleh betul-betul 'masuk' dengan cara kita, by which kita nak apa yang kita nak buat tu terhasil dengan cara kita bukan cara dia. (Eh, acano tu..) It's a about a 'trust'. We can't or hard to delegate to people because we know they might not do it with 'berlapang dada' (not willing to do it). Zaman kita ini, kita hidup dikelilingi dengan manusia yang bersifat mempunyai kepentingan diri sendiri, eh termasuklah kita juga. Kita pun bukan senang-senang nak terima apa yang orang minta kita untuk buat kan? So why not kita ada 'clone' kita? Biar clone kita buat selebihnya yang kita tak larat nak buat. Ahaa. 

Ya. Mustahil, ya ukhti.
Ingat hang tu dalam filem ka?
Hidup di dunia ini ada sunnatullah nya, kan.
Kita kena terima kenyataan, berpijak di bumi yang nyata. Allah itu Maha Adil.
Ya. Barangkali, kita belum pandai mengurus diri kepada tahap maksima. That's why ada kurang sana sini. Buat ini, itu kurang. Buat itu, ini pula kurang. MasyaAllah.

Cemburu pada orang yang perform dalam pengurusan diri sehingga mampu beri inspirasi kepada orang lain (currently on my spotlight: Neelofa). Kita bukan tak boleh menyelusuri jejak langkah mereka. Cuma... cuma apa pun tidak tahulah 😅

Ya. Setiap kita ada peranan masing-masing dekat dunia ini. Melengkapi masyarakat. Kita tak boleh nak sama dengan orang lain. Masing-masing ada takdir yang Allah dah aturkan. Walaubagaimanapun, hakikatnya tujuan kita semua sama, "inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbil alamin," Ya, nak dapat syurga memang kena penat 'sikit'.

As long as kita yakin Allah ada bersama dengan kita, InsyaAllah moga Allah redha dan terima, walaupun kita ni slow-meloww, sedang orang lain hampir selaju 'burroq'. Moga kita boleh bergerak dengan lebih cergas kepada jalan menuju Allah ini... InsyaAllah.

So, kesimpulannya, we will not having a clone 😂 No. Bukan itu. Kesimpulannya, kita tetap perlu meneruskan hidup ini. Setiap langkah itu, perlu berbalik kepada Allah. "Rabbana atina fiddunya hasanah, wafil akhirati hasanah, waqina 'azabannar," jadilah yang zuhud. Zuhud yang bukan bermakna mengenepikan dunia tetapi "dunia di tangan, akhirat di hati," insyaAllah ❤️

Stay strong, kita masih berada di dunia. Memang dijanjikan pelbagai mehnah. Dengan yakin pada Allah, kita patutnya lebih kuat membawa diri dalam pengembaraan ini.

Jangan 'quit' yaa, 'cute' boleh. Ish 😆
Ya, InsyaAllah.

"Ya musorrifal qulub, sorrif qalbi 'ala tho'atik,"
"Allahumma a'inni 'ala zikrika wa syukrika wa husni 'ibadatik,"

Catatan,
MimRa.
07 Jamadilawwal 1442H,
22 Disember 2020.

First edition: 22/12/2020

Sunday, 20 December 2020

99 hari mencari cinta (036)

Yes. I need a new spirit, InsyaAllah. Welcome to MimRa's new journey ❤️

(it is a new 'homeworrrk') 

Kerana tidak mahu jiwa ini terus menerus jatuh. Aku ada Tuhan, aku ada Rasulullah s.a.w.. Hidup ini medan ujian. Menguji cinta, cinta yang hakiki.

Baik. Cukuplah bermadah.
InsyaAllah, walau tanpa apa-apa persediaan ini, 99 hari itu bermula esok ya; 7 Jamadilawwal 1442H, sehingga? (Kirakanlah nanti)

Intipati:
- 99 asmaul husna (please revise back)
- apa-apa sahaja usaha ke arah matlamat ini; cinta Allah & cinta Rasulullah s.a.w.
- make sure everyday; one day, one effort (huhu, InsyaAllah)

Hopefully I can make it. Ni bukan macam sebelum ni by a month sahaja; max. 30 hari (bulan hijrah). "99 hari" is more than 3 months! Mujahadah an-nafs. Susah... But I need to. We need to. I need to get back to Allah. We need to get back to Allah.

Rabbana yassir wala tu'assir.

" #day01 #99hmc
#07jamadilawwal "

(erm, kalau begitu tidak sempat, qada'kan hari, InsyaAllah. Buat yg termampu.. bersihkan hati)

Taqwa itu di hati.
Dan, riak itu juga di hati.
Moga Allah pelihara daripada murka-Nya.

Allahuakbar, risau.

"Bismillah,"

Catatan,
MimRa.
06 Jamadilawwal 1442H,
21 Disember 2020.

**Turning point: Jiwa ini jatuh kerana ketidakhadiran roh semasa bekerja. Gimana bisa? Kerja itu sepatutnya ibadah, ya ukhti.

First edition: 21/12/2020

Monday, 14 December 2020

Dua Perkara Bhg. 2 (032)

Mak, I love you.

Perkara 2: “Solat”
Masih di dalam ruang lingkup di tempat kerja. Tempat kerja saya, bagi yang mengetahui, penelitiannya pada waktu masuk dan keluar tempat kerja adalah diambil kira. Ini disebabkan peraturan yang harus diikut, jika terlewat atau terlebih masa yang diambil semasa keluar tidak kira semasa rehat ataupun solat, perlu diganti atau di dalam sistem akan menangkap kita sebagai lewat atau short hour, dan ia akan memburukkan rekod kedatangan. 

Waktu balik saya adalah bagi saya dikira zon selamat dari segi segi awal atau lewat antara waktu Asar dan Maghrib. Namun, jika saya pulang on-time, sama ada saya sendiri yang merasa janggal mahupun manager saya akan memandang saya sebagai golongan yang balik on time (sudut komitmen). Ya, tidak salah pun balik on time kan? Kenapa perlu dengar tanggapan orang? Bagi saya, jika dapat lebihkan masa dalam 15-30 minit itu adalah pengganti kepada masa yang saya curi sepanjang 8 jam bekerja. Saya bukan robot dan begitu tsiqah; kerja tidak ada sedikit terpesong untuk bermain telefon, melayan socmed. Moga Allah ampuni.

Oleh sebab melebihkan masa, dan saya pula sejak awal bekerja di sana, saya berpegang untuk tidak keluar solat Asar sebelum balik kerana tidak mahu rekod keluar masuk itu banyak, saya selalu sungguh mendapat kesempatan Solat Asar pada waktu hujung-hujung tanduk iaitu hanya apabila sampai di rumah. Ya, perkara ini hampir setiap hari saya lalui. Hati tidak tenang. Sentiasa berkejar-kejar. Mengapa tidak solat dahulu di tempat kerja? Sekali lagi, kerenyahan dan faktor keselamatan untuk ke tempat solat yang disediakan itu menjadi alasan utama.

Puncak kepada cerita ini, pada suatu hari semasa saya menghubungi ibunda saya, saya sebutkan jua tentang dilema saya ini kepada ibunda. Selama ini ibunda mungkin tidak tahu tentang solat Asar hujung waktu, yang ibunda tahu pernah satu masa saya kerap pulang lambat sehingga selepas Isya’ dan ibunda dengan tegas menegahnya atas dasar keselamatan. Tentang solat pada hujung waktu memang saya tidak mahu menyebutnya kerana saya pasti ibunda akan sedih/kecewa mendengarnya. Lebih-lebih lagi, apabila kerja didahului berbanding solat. Dunia vs. akhirat.

Subhanallah. Saya tidak menyangka respon ibunda saya lebih baik berbanding yang saya bayangkan. Ibunda tidak berleter atau menyalahkan saya tentang perkara ini malah terus mencadangkan solusi. MasyaAllah. Nikmat apa yang lebih besar daripada itu pada masa itu. Cuma sekali lagi, saya berhadapan dengan kerisauan pada tanggapan manager saya yang non-Muslim itu. Dan sekali lagi, perkataan “cuba “ atau “usaha” yang dipesan kepada saya selain menyebut tentang mengutamakan solat walaupun terpaksa mengganggu waktu kerja, serta tetap mendapatkan jalan terbaik memberi manfaat kepada diri saya dan juga syarikat.

Tindakan pertama yang perlu saya lakukan dan memang sikap ini yang tertanam dalam diri saya, iaitu meminta izin dan cuba untuk berunding dengan manager. “Sir, saya ada satu perkara nak cakap dengan sir. Sir perasan kan saya selalu kelam kabut nak balik dengan alasan untuk solat? Sebenarnya, saya bukannya nak cepat-cepat balik sangat, tetapi, memang sebab solat itu sahaja saya memang tidak boleh untuk menangguhkan balik lebih lambat lagi. Jadi, saya ingin meminta izin sir untuk keluar solat mungkin akan mengambil masa lebih 15 minit dan saya akan bersikap jujur untuk menggantikan waktu itu semula,”

Mendengar sahaja perkara ini, manager saya sangat terkejut kerana masalah itu menjadi masalah saya selama ini. Dia mengatakan mengapa tidak? Katanya, solat itu tanggungjawab dan hak saya dan saya patutnya mengambil masa untuk itu. Buatlah apa cara sekalipun jika perlu mengisi form dan manager perlu sahkannya, dia boleh sahkannya pada masa itu juga. “It shouldn’t be a problem,”

Apabila dirujuk kepada pihak pengurusan, masyaAllah terasa “mengapalah saya sebegini?” Pihak pengurusan menjawab bahawa “tentang solat ini tidak perlu dikira-kira sangat. Biarlah berapa masa staf perlu ambil, dengan syarat masa itu digantikannya,” Setelah beberapa bulan saya bekerja di sini, dengan soalan seperti ini saya tidak pernah cuba untuk menyebutkannya, Allah.. Saya sedar betapa lurusnya saya pada waktu itu. Kesal dengan sikap diri sendiri. Saya yang rugi.

Sejak daripada itu, Alhamdulillah syukur tidak terhingga. Saya boleh solat dengan tenang. Hendak balik pun tidak rushing. Alhamdulillah, tsumma Alhamdulillah.

Siapa sangka perkara sebegini menjadi masalah kepada orang seperti saya? Orang lain tiada masalah pun. Tidak perlu pun clarification manager ke, pihak pengurusan ke. Kalau nak solat, mereka solat sahajalah. Apa yang saya boleh simpulkan di sini. Ketahuilah pertimbangan, pemikiran dan keputusan setiap orang itu berbeza-beza. Mungkin boleh dikatakan kelemahan diri saya. Sesuatu yang sepatutnya mudah, tetapi, sendiri diberati. Tetapi, tidak mengapa. Walau sedikit lambat untuk memperbaiki keadaan namun saya tetap dapat menemukan jalan keluar ini. Dan, Ibunda telah menjadi asbab sekali lagi menyelamatkan saya pada perkara seperti ini.

Jika kita punyai dilema yang terbungkam di jiwa, cubalah kongsikan kepada orang yang dipercayai. Mungkin, itulah cara terbaik menemukan jalan keluar dan kita lebih merasa yakin dengan ada yang menyokong tindakan kita. Jangan biar ia terkunci. Tanpa mencuba, tiada siapa tahu disudahi gagal atau berjaya. Jika sudah dikongsi tetapi masih belum menemukan jalan keluar itu, usahlah berputus asa. Dalam setiap langkah kerana Allah, kita ada Allah yang Maha Kuasa dan Dia boleh berkata “kun fayakun” Jadi, kuatkanlah keyakinan dan azammu.

Sekian sahaja.

Catatan,
MimRa.
15 November 2020,
29 Rabiulawwal 1442H.

First Edition: 15/12/2020

Tuesday, 8 December 2020

Syukur & Uji (035)

Ada masa tu, hari tu berjalan dengan lancar.
"Alhamdulillah, syukur," Allah mudahkan, tanda Allah izin dapat nikmat.. Allah sayang saya!
Tapi, ada juga pada sudut lain merasakan resah.
"Tidaklah beriman seseorang melainkan dia diuji,"
Kalau benar Allah sayang, mesti kena beriman dulu, dan tandanya Allah bagi ujian.
Jadi, bila-bila masa sahaja Allah boleh uji.
Yang penting, siapalah kita untuk mengetahui perkara ghaib (belum terjadi) itu, kerana Allah lah Yang Maha Mengetahui.

"Lain' syakartum la azidannakum,"
(Apabila kamu bersyukur, Aku tambah)

Itu janji Allah. Senang, Allah bagi. Jangan lupa diri.
Syukur tanpa henti. Syukur sekecil-kecil perkara. Allah janji akan tambah. Dekat mana? Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Kaya.

Catatan,
MimRa.
23 Rabiul Akhir 1442H,
09 Disember 2020.

First edition: 09/12/2020

Kesan melazimi zikir (125)

Bismillahirrahmanirrahim. Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad. PERMULAAN Biasa kan, tasbih digital dijadikan sebagai...