'Bagaimana keadaan dia hendak menyambut Ramadan nanti (minggu depan)?' itulah yang pertama saya fikirkan, selain terus bertindak menukar jalan.
Kata Dr. Omar Suleiman dalam rakaman salah satu khutbahnya, "Jika kita ambil berat tentang sesuatu perkara, kita akan lakukan persediaan untuknya,"
6@7 hari lagi untuk bertemu dengan Ramadan. Macam² boleh jadi. Macam² boleh dipersiapkan.
Kita tak nak jadi orang yang lalai dan rugi dengan tawaran kemuliaan bulan Ramadan yang Allah telah sediakan. Maka Ramadan datang dan pergi seperti tiada apa.
"Ada orang, sebelum Ramadan tiba, dosanya telahpun diampunkan." Kerana begitu bersungguh mengharapkan keampunan daripada Allah sejak sebelum datangnya bulan Ramadan.
"Kita masuk syurga bukan kerana amal, tetapi kerana rahmat Allah," Beramal dengan hati yang rosak, sia-sia.
اللهم سلمني لرمضان وسلم رمضان لي وتسلمه مني متقبلا
"Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadan, sejahterakanlah Ramadan bagiku, dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu)."
-Catatan MimRa-