Wuduk diambil adalah untuk dijaga, bukan untuk dibatalkan. Memperbaharui wuduk tidak bermakna kerana wuduk sebelumnya telah terbatal. Air yang mengalir ketika berwuduk, dosa-dosa kita juga mengalir keluar bersamanya.
Ilmu dipelajari adalah untuk difahami, dihadam, diamalkan dan diajarkan, bukan sekadar dijadikan hujah yang hanya berlepas di tenggorokan.
Mencintai ilmu itu indah. Tatkala ilmu dirindui, kalam dan kitab kembali dibuka, kita sentiasa ingin mempelajarinya semula. Dan, yang didapati setelah itu adalah kita mula menjumpai penyelesaian masalah hidup, dan ketenangan.
"Kita akan bersama dengan apa yang kita cinta."
27.11.2023
[13 Jamadilawwal 1445H]