Wednesday, 26 April 2023

Pertengahan (079)

16 Ramadan 1444H

Ramadan Kareem!
Kini, tibalah separuh terakhir bulan Ramadan. Tahun ini, menariknya juzuk 16 dalam Al-Quran ditambah pula jatuhnya tarikh harini pada hari Jumaat.
Pertengahan Ramadan - Juzuk 16 - Pertengahan Al-Quran - Surah Al-Kahfi - Hari Jumaat.
Pada juzuk 16, terangkum dan bermula dengan ayat 75 sehingga ayat 110 Surah Al-Kahfi. Bagi sesiapa yang baca Juzuk 16 harini seolah-olah "sambil menyelam minum air" sebab hari Jumaat pun disunatkan baca Surah Al-Kahfi, subhanallah!
Ingatkah kita, mengamalkan surah ini akan menjadi benteng kita kepada.... (apa?)
= benteng fitnah almasih addajjal
Last but not least, jom kita ambil ibrah (pengajaran) daripada 9 ayat terakhir Surah Al-Kahfi ini🤍
Suatu yang perlu kita ingatkan dan hayati bahawa Al-Quran telahpun datang sejak lebih 1,400 tahun yang lepas. Kebenarannya, dan ayat-ayatnya tidak pernah ada perubahan dan ia tetap relevan zaman berzaman, dan masih menemukan makna-makna baru. Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad, bagindalah (s.a.w.) penyampai kalam suci daripada Tuhan ini.
Di manakah ia (Al-Quran) di hati dan amal kita? Ramadan kareem 🤍
Catatan,
MimRa
[16 Ramadan 1444H]

Sabar dalam.. (078)

Sabar dalam mentaati Allah..

Sabar dalam mengasingkan diri dengan keduniaan..
Sabar dalam menjaga hablumminallah..
Sabar dalam menjaga hablumminannas..
Sabar dalam mengusahakan perkara yang Allah suka..
Sabar dalam menghadirkan reda ketika memaksa diri mentaati Allah..
Sabar dalam melakukan yang utama..
Sabar dalam menyuburkan akhlak dan sunnah..
Sabar dalam mencari dan menerima ilmu yang benar..
Sabar dalam mengelakkan maksiat..
Sabar dalam meninggalkan maksiat..
Sabar dalam meninggalkan perkara yang dilarang..
Sabar dalam menerima kisah silam..
Sabar untuk bergerak ke hadapan, kepada yang lebih baik..
Sabar dalam bertaubat..
Sabar dalam membetulkan yang salah..
Sabar dalam meninggalkan perkara yang Allah dan Nabi s.a.w. tidak suka..
Sabar dalam berdamai dengan takdir..
Sabar dalam menghadapi keduniaan..
Sabar dalam berhubungan dengan makhluk Allah..
Sabar dengan manusia..
Sabar dengan haiwan..
Sabar dengan harta benda..
Sabar dalam perkerjaan..
Sabar dengan rezeki..
Sabar dengan akhir zaman..
Sabar dalam menuju kepada bahagia abadi..
Sabar itu tidak akan datang tanpa kekuatan yang datang dari Allah.
La hawla wala quwwata illa billah.
Kita berhutang kepada Allah.
Berhutang dengan segala nikmat yang Allah pinjamkan pada diri kita. Setiap hutang, ada bayarannya. Bayarannya adalah melunaskan apa yang telah termaktub dalam perjanjian. Bermuamalat dengan Allah termasuklah bila kita buat baik, Allah janji akan balas dengan yang lebih baik.
{ أَلۡهَىٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُ }
[Surah At-Takāthur: 1]
"Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh)"
{ حَتَّىٰ زُرۡتُمُ ٱلۡمَقَابِرَ }
[Surah At-Takāthur: 2]
"Sehingga kamu masuk kubur."
Dunia ini sementara. Nikmatnya sementara, sakitnya sementara.
Bersabarlah.
Mintalah kekuatan daripada Allah yang Satu, bukan daripada manusia, bukan daripada makhluk yang lain.
Tidak cukup sabarnya kita kerana kita masih manusia. Kita banyak kekurangan, tidak bermakna kita perlu menegakkan kekurangan itu. Yang hak itu hak, yang batil itu batil. Percampuran antara dua bukti kelemahan kita, bukan tanda ia betul.
{ هُوَ ٱلۡأَوَّلُ وَٱلۡأٓخِرُ وَٱلظَّٰهِرُ وَٱلۡبَاطِنُۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيۡءٍ عَلِيمٌ }
[Surah Al-Ḥadīd, 57: 3]
"Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."
Bila salah (perihal ketaatan), kepada Allah tempat kita kembali, bukan kepada manusia. Bukan kepada makhluk ciptaan yang lain. Dalam berdoa, tidak boleh tergesa-gesa. Allah adalah Tuhan, dan kitalah hamba.
Kita minta kekuatan, Allah hadirkan manusia lain, Allah hadirkan makhluk lain membantu kita kuat. Hargai mereka, tanda terima kasih pada Allah.
Terima kasih.
Jazakumullahu khairan kasira.
Catatan,
MimRa.
[13 Ramadan 1444H]

Healing (077)

Dalam salah satu kelas tadabbur, ustaz ada mentioned tentang trend zaman sekarang pada sesuatu keadaan yang dipanggil "healing". Dan daripada itu, betapa banyaknya buku-buku 'healing' (yang saya fahami antaranya berbentuk puisi dan juga coretan luahan hati) yang sangat mendapat sambutan daripada masyarakat terutamanya anak-anak muda. Kerana yang menulisnya juga, kebanyakan anak muda; berpengaruh dan barangkali mempunyai pengikut mereka tersendiri.

Saya berbisik kepada kawan di sebelah, "awak ada koleksi buku-buku macam tu?" Kemudian dia membalas, "oh it doesn't work for me," I see. Saya tersenyum, dan merasa ada 'geng' perihal ini. Perbualan dan bisikan itu diselang seli dengan pertanyaan tentang bagaimana kawan itu memilih buku untuk dibeli, sambil memandang ustaz yang masih berceramah di hadapan.
Dalam satu usrah nurani di ikim.fm pula, para ahli usrah bersepakat mengiyakan satu pandangan ahli usrah yang mengaitkan bagaimana orang yang healing ini ada juga yang memilih untuk meluangkan masa melihat alam, sama ada ke pantai, hutan dan sebagainya kerana dengan melihatnya, hati menjadi tenang dan tenteram. Kerana apa? Sedarkah kita bahawa telah disebutkan bahawa alam ini sentiasa berzikir kepada-Nya, dan apabila berzikir, hati menjadi tenang. Itulah aura alam. Boleh copy paste link ini https://sigir.uitm.edu.my/svsi/dapatQH3.php?akar=Q064001... bagi melihat senarai ayat Al-Quran menyebutkan berkaitan itu, antaranya:
{ سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ }
[Surah Al-Ḥadīd, 57: ayat 1]
"Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
MasyaAllah, Subhanallah.
Jadi, bagaimana cara kalian 'healing'? Ada juga orang yang healing itu cukup dengan dapat meluangkan masa di rumah sahaja. Terserah kepada cara yang dipilih. Kita boleh fahami, lintasan hati untuk healing tidak akan wujud tanpa suatu 'kesakitan' dalam diri. Ramai antara kita yang 'sakit' secara tersembunyi.
Allah Maha Melihat, Allah Maha Mendengar, Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Penyayang, dan Allah Maha Penyembuh.
Yang penting, 'cara' yang kita pilih itu perlulah kita kembalikan kepada Pencipta. Kerana, "inna lillahi wainna ilaihi rajiun," Jika kita beriman kepada 'qadar' Allah, segala baik dan buruk kita perlu "syuhud", yakni bersaksi bahawa semua itu dalam aturan dan ketentuan Allah. Dunia ini medan ujian.
{ ...وَٱصۡبِرۡ عَلَىٰ مَآ أَصَابَكَۖ إِنَّ ذَٰلِكَ مِنۡ عَزۡمِ ٱلۡأُمُورِ }
[Surah Luqmān, 31: ayat 17]
"...dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya."
{ وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِۖ ... }
[Surah Al-Baqarah: 186]
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. ..."
Wallahu'alam.
Catatan,
MimRa.
[08 Ramadan 1444H]

Kesan melazimi zikir (125)

Bismillahirrahmanirrahim. Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad. PERMULAAN Biasa kan, tasbih digital dijadikan sebagai...